Assalamualaikum,
Saya ingin berkongsi cerita, tentang perkahwinan saya. Saya baru mendirikan rumah tangga, sebagai isteri nombor dua. Ya, aku memang bermadu. Kadang-kadang orang lihat bermadu ini dari segi pandangan yang negatif. Namun, Alhamdulillah kehidupan kami okay. Kadang-kadang ada juga masalah, biasalah kan?
Saya masih lagi belajar. Memang berjauhan dengan suami. Saya di sini, dia di sana. Tetapi, tidak mengapa. Setiap hujung minggu dia akan datang ke universiti saya. Rindu memang rindu, tetapi hendak buat macam mana. Lagipun kakak, iaitu isteri pertama selalu sahaja menelefon dan bertanya khabar. Kadang-kadang dia sendiri datang ke Kuala Lumpur kerana nak menjenguk saya.
Alhamdulillah semua okay. Kadang-kadang bergantung kepada kita hendak urus rumahtngga macam mana. Saya baru berumur sekitar 20-an. Hendak cakap tentang masak memasak memang ‘hancus’. Tetapi kakak banyak ajar. Sedap tak sedap, suami saya tetap telan. Bahagia sangat-sangat. Kakak pula banyak beri tunjuk ajar. Pada mulanya, memang susah nak hidup bersama kakak, tetapi suami selalu bagi pesanan dan nasihat. Tak rugi pun kalau mengalah kan?
Apa yang menariknya, apabila tiba musim cuti semester, rumah itu memang riuh. Saya dapat “anak segera”, 3 orang pula tu. Alhamdulillah “anak-anak” saya pun boleh rapat dengan saya, manja pula. Kadang-kadang penat layan kerenah mereka. Kalau kami di dapur, memang riuh rendah jadinya. Kerja yang ambil masa sejam boleh jadi lapan jam. Memang kelakar.
Kalau keluar shopping, suami yang jadi mangsa bawa barang-barang kami. Kalau keluar bercuti bersama-sama, memang seronok sangat. Serius saya kata, memang bahagia sangat-sangat.
Nota:
Kepada Abang, terima kasih banyak kerana sudi terima Ayang dalam hidup dan hati abang.
Kepada kakak, terima kasih juga sebab sudi jadikan saya sebahagian dari keluarga bahagia kakak.
Kepada anak-anakku, terima kasih sebab sudi terima Mama dalam hidup kalian. Nanti kita main air lagi sama-sama!
I love you all..
kadang kala ada juga yang bruntung mnjadi madu. ada kalanya juga sebaliknya, nilah asam garam didunia.
selagi suami pandai memainkan peranan dan tanggungjawabnya maka manislah kehidupannya…
Untunglah dapat suami bijak menjadi KETUA KELUARGA….bimbing isteri dan anak2 dengan baik….hargailah kehidupan anda….lahirkan ramai ahli sunnah yang bijak dan alim….moga iSLAM TERUS BERKEMBANG DGN KUKUH DI BUMI MALAYSIA…
1 dalam sejuta..payah perempuan nak terima mcm ni..alhamdulillah
no.komen
poligami bukan perkara salah…tapi tentangannya tinggi….
eloklah kalau di malaysia undang2 nya mesra poligami….bolehlah mengurangkan masaalah ibu tunggal dan andartu….
cuma trend org tak berkahwin makin menjadi……anak2 boleh buang bawah jambatan….
nak kata semua sempurna tidak lah..ku sangka panas sampai kepetang rupa hujan ditghri.harap jgn lah mcm tu..mula je baik mesra lama kelamaan yg muda kuat cemburu dengki iri hati bila tgk kebhgian suami dgn isteri pertama bertambah bhg dn baik..yg muda kena sedar lah sape kita dlm keluarga tu..masing2 tahu peranan masing2. jgn ada persaingan antara satu sama lain..terima lah hakikat yg kita ni sape antara mereka..jgn cara salah siapa tapi cari cara nak perbaiki silap kita..dan cuba buat yg terbaik. apa yg penting jgn menganggu masa org lain dn jgn amik kesempatan atas kebaikan madu kita..mentang2 lah kakak kita tu baik lembut, suka beralah nak dipijak kepalanye ..
memang mula baik tp bila dah lama tak tentu baiknya. lelaki memang mcm tu biasa la kita tak serumah ngan dia lg.. jangan terlalu bangga yang kita ada sekarang.. ye lah jumpa jarang2 bila duk serumah baru kita tahu mcm mana perangainya…
sapa nak jadi no 3 plese call me
sungguh pon isteri pertama rela dimadukan, saya minta pada Allah supaya dijauhkan dari situasi ini..kerana aku juga seorang wanita..diluar tersenyum dalam hati siapa tahu.. manusia bukan mesin,tak mungkin saya sanggup mencipta bahagia diatas kedukaan wanita lain..
Salam,
I’m Nisa Hamdan, producer of an English women talkshow called Bella on ntv7. I would like to invite you to be on the show. How can I contact you?
Looking forward to your reply.
Thank you.
Nisa Hamdan
016-616 2874
Syukur Alhamdulillah jika benar bagai dikata…saya doa keadaan ini terus kekal atau bertambah baik..bukan sebaliknya. Jika suami mampu dalam segala hal…memang layak berpoligami. Cuma nak ingatkan para suami. Kalau nak ikut sunnah nabi SAW, baginda cuma beristeri satu sehingga wafatnya Sayyadatina Khadijah. Selepas kewafatannya barulah baginda beristeri lagi dan berpoligami. Sama-samalah kita renungkan…
Salute adik ni.. akak baru jadi no 3. Ya Allah.. dugaan yg sgt berat..
masih cuba menyesuaikan diri.. cemburu yg sangat kuat..
kadang2 rasa menyesal terima pinangan.. tapi dah jodoh..
Assalamualaikum. Setakat ini sy rasa sy belum lg dimadukan. Sy dan suami telah bernikah hampir 3 tahun tp masih belum dikurniakan cahayamata…tp sebulan yg lepas suami sy ada meluahkn hasrat hati utk bernikah lg. Perasaan sy waktu itu…hancur dan berkecai..wanita mana yg sanggup dimadukan…sy hanya mampu bersabar dan pasrah. Andai ini takdir Nya.