APDM – Aplikasi Pangkalan Data Murid
Berdasarkan laman rasmi APDM, guru-guru perlu memastikan yang semua murid telah didaftarkan dalam APDM dan maklumat telah dikemaskini sebelum 15 Januari 2014. Walaupun tarikh itu sudah lama berlalu, ia masih lagi dipaparkan. Seharusnya, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia membuang makluman tersebut yang sudah tidak relevan.
Kerap-kali kita mendengar keluhan guru tentang sistem APDM yang bukan sekadar ‘slow‘, tetapi menyusahkan.

Ya, hanya 17 orang sahaja. Tetapi, bayangkan pada jam 3 pagi, ada 17 orang guru yang masih bersengkang mata menyiapkan data murid. Bagi guru yang bertugas pada pagi esoknya, kasihan pada mereka.
Harap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
Link: apdm.moe.gov.my