‘Quiet book’, ‘Busy book’, ‘Soft book’, adalah nama yang biasa digunakan untuk menerangkan tentang buku istimewa ini.
Seperti gelaran di atas, buku ini bertujuan menarik minat anak-anak beraktiviti sambil menggalakkan pemikiran kreatif. Ramai ibu bapa yang menggemarinya kerana ia boleh ‘menyibukkan’ anak buat beberapa ketika.
Buku ini adalah salah satu alternatif untuk menarik minat kanak-kanak untuk belajar dan juga bagi menggantikan gadjet seperti tablet, ipad dan sebagainya.

Apakah Yang Unik Tentang ‘Busy Book’?
‘Busy book’ ini berbeza daripada buku-buku yang lain kerana terdapat beberapa aktiviti yang melibatkan kanak-kanak tersebut secara aktif.
Kebanyakannya adalah aktiviti motorik yang juga dapat merangsang perkembangan minda kanak-kanak.
Contohnya, cara mengikat kasut, membuka dan menutup zip, mengira, mengenal warna dan bentuk, suai padan gambar dan sebagainya.

Kraf DIY Comel Untuk Anak Anda
Selain ‘busy book’, ramai juga pembuat kraf yang mengusahakan pelbagai barangan comel untuk anak anda.
Yang istimewanya, kebanyakannya boleh ditempah mengikut pilihan citarasa anda. Ia amat sesuai untuk dijadikan hadiah ekslusif mahupun sesuatu yang anda boleh pakai sendiri.
Memang ‘special’ sebab rekaannya unik, takkan sama dengan orang lain!
Ini antara contoh kraf DIY yang dijual atau ditempah khas.


Bagaimana Mendapatkan ‘Busy Book’ & Kraf DIY Ini?
Di Malaysia, mungkin ia adalah sesuatu yang agak baru kerana tidak banyak kedai yang menjualnya. Sebaliknya, ia lebih banyak dihasilkan oleh pembuat kraf yang mahir dan kreatif. Kebanyakannya adalah ‘custom-made’ di mana anda boleh memilih mukasurat pilihan dengan ‘design’ tertentu.
Selain ‘busy book’, terdapat juga banyak barangan kraf yang direka khusus secara ‘handmade’ untuk anak kecil.
Tapi, bukan senang untuk menempah kerana ia mengambil masa dan kadangkala slot penuh. Jadi, kami berharap dengan menyenaraikan pembuat kraf di bawah, pembeli mempunyai lebih banyak pilihan dan mampu mendapatkannya dengan mudah.



Senarai Kraf DIY Handmade Seluruh Malaysia
Di sini kami senaraikan kesemua kraf DIY handmade dan pembuat ‘busy book’ dari seluruh Malaysia untuk tatapan anda yang berminat mendapatkannya.
Busy Book
1. Bzbook By KMS : https://www.facebook.com/bzbookbykms
2. Quietbook/Busybook by Hidayah : https://www.facebook.com/QuietbookBusybook-by-Hidayah
3. Tulip Petals : https://www.facebook.com/TulipPetalsCraft/
4. Craft Eika’s Ideas : https://www.facebook.com/crafteika/
5. My HomeSchool: https://www.facebook.com/MyHomeschool-105482702901213/home
6. Qasreeena Ventures : https://www.facebook.com/qasreeena/home
7. Q Busybook : https://www.facebook.com/Qbusybook/
8. Ulayyah CRAFT : https://www.facebook.com/ulayyah/home
9. Mynuha craft handmade : https://www.facebook.com/Mynuha-craft-handmade-294298580637606/home
10. Chieq Tie Hassan : https://www.facebook.com/chieqt.hassan
11. Efzeez Craft Busybook Quietbook : https://www.facebook.com/eFZees/
12. By Little Q Craft : https://www.facebook.com/littleqcraft/home
13. Creative SOFT Learning TOOLS : https://www.facebook.com/Creative-SOFT-Learning-TOOLS-1883072545251190/home
14. MFF Crafts : https://www.facebook.com/MFF-Crafts-157483597936008/home
15. Play & Grow : https://www.facebook.com/Play-Grow-643307995782318/home
16. Busybookwormss Ulat Buku Cerdik : https://www.facebook.com/busybookwormss/home
17. As EduCraft : https://www.facebook.com/aseducraft/
18. Dhiaz Craft Design – DCD : https://www.facebook.com/Dhiaz-Craft-Design-DCD-1206964025988410/home
19. Kedai Cantek Craft : https://www.facebook.com/kedaicantekcraft/home
Crochet, Pakaian, & Kasut Bayi
1. Comel Crochet Sue’s Page : https://www.facebook.com/ComelCrochetSues/
2. Anie Ajamain HandMade : https://www.facebook.com/AnieAjamainHandmade/home
3. ezloveycraft : https://www.facebook.com/ezlovey/home
4. Melor Rahman : https://www.facebook.com/melor.rahman
Bantal, Soft Toys & Kraf
1. Azimah Panot : https://www.facebook.com/azimah.panot
2. MinkyPillow By Itazzimania : https://www.facebook.com/minkypillow/home
3. Lovely Nuna Handmade : https://www.facebook.com/LovelyNunaHandmade/home
4. I Make Craft : https://www.facebook.com/imakecraft/home
5. Nezacraft Collections : https://www.facebook.com/nezacraftcollections/home
6. Schaziz Creative Art : https://www.facebook.com/thecreativeline/home
7. Melor Rahman : https://www.facebook.com/melor.rahman
8. Anis Haniza : https://www.facebook.com/anishaniza.abuhassan
9. Benda Comel~ : https://www.facebook.com/BendaComel/home
Ada Banyak Pilihan!
Comel-comel kan produk ‘handmade’ yang disenaraikan di atas?
Apa lagi, bolehlah anda mula ‘shopping’ untuk anak-anak mulai sekarang.
Thanks share laman web =) Boleh try buat aktiviti busy book dgn anak setahun 4 bln pula pasni ^^