Panduan Makanan Untuk Ibu Mengandung, Sihat Untuk Bayi!

Makanan Untuk Ibu Mengandung

Mengapakah pengambilan makanan sihat penting semasa hamil?

Tujuannya ialah :

  • Untuk memastikan perkembangan janin yang sihat.
  • Untuk mengekalkan kesihatan ibu.
  • Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa hamil
  • Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah di antara 12-18kg.
  • Jika berat badan anda normal sebelum hamil, anda perlu menambah di antara 11-16kg.
  • Jika berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah di antara 7-11kg.
  • Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg.

Semasa hamil, berapa banyakkah yang perlu saya makan?

  • 7 hidangan nasi/bijiran atau roti
  • 3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan Vitamin C dan satu dalam Vitamin A)
  • 2 hidangan susu atau produk tenusu
  • 1 hidangan ikan, 1 hidangan daging/ayam dan 1 hidangan kekacang
  • 6-8 gelas air, dan tidak lebih daripada satu cawan minuman ringan atau satu cawan kopi atau teh sehari

Apakah jenis makanan yang perlu saya makan lebih semasa hamil?

1. Kalori (tenaga) dan nutrien tambahan adalah penting untuk memenuhi keperluan perkembangan fetus dan tisu baru, terutama semasa trimester kedua dan ketiga.

Tenaga tambahan yang diperlukan semasa hamil

Trimester Kedua + 360 kcal/hari
Trimester Ketiga + 470 kcal/hari

 

Cadangan pengambilan nutrien semasa hamil

Trimester Kedua Trimester Ketiga
Lemak(g/day) 54-82 57-85
Protein(g) + 7.5 +7.5
Kalsium(mg) 1000 1000
Zink(mg) 7.0 10.0
Selenium(µg) 27 29
Thiamine(mg) 1.4 1.4
Riboflavin(mg/day) 54-82 57-85
Niasin(mg NE) + 7.5 +7.5
Asid Folic(µg) 1000 1000
Vitamin C(mg) 7.0 10.0
Vitamin A(µg) 27 29
Vitamin D(µg) 1.4 1.4
Vitamin E(mg) 7.5 7.5

Sumber : Recommended Nutrient Intakes for Malaysia 2005

Pilih makanan yang mempunyai tinggi bahan nutrien seperti :

  • Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya)
  • Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering (kacang peas)
  • Vitamin A (hati, susu, telur)
  • Vitamin B Kompleks ( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
  • Vitamin C (jambu, betik dan limau)
  • Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).

Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh Doktor atau Pakar Pemakanan).

Jika menghadapi masalah ini, apakah patut saya lakukan?

‘Lactose intolerance’

  • Cuba produk susu yang mengandungi rendah laktosa.
  • Lebihkan pengambilan ikan yang mempunyai tulang yang lembut dan boleh dimakan (sardin, ikan bilis).
  • Minum susu kacang soya dan produk kacang soya.
  • Ambil lebih sayuran seperti bayam dan kailan yang mempunyai sumber kalsium yang baik.

Loya (Morning Sickness)

  • Makan pada waktu makan yang teratur.
  • Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak atau bergoreng.
  • Minum banyak air.

Sakit ulu hati (Heartburn)

  • Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
  • Kunyah makanan dengan perlahan.
  • Elakkan berbaring sejurus selepas makan.

Sembelit (Constipation)

  • Minum banyak air.
  • Ambil makanan yang tinggi kandungan serat (bijiran, bijirin penuh, buah-buahan yang tinggi serat dan sayuran).
  • Sentiasa aktif.

Untuk bacaan tambahan tentang makanan untuk ibu mengandung, boleh dapat informasi melalui entri kami tentang makanan ibu mengandung menurut Islam. Juga boleh baca makanan yang dilarang untuk ibu hamil.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Dr Zainab bt Kusiar, Kementerian Kesihatan Malaysia

Leave a Comment