Masalah Nafas Berbau Pada Anak-anak? Ini Sebab dan Cara Atasinya

Halitosis atau dalam Bahasa Melayunya ‘nafas berbau’ adalah masalah yang biasa berlaku pada kanak-kanak dan orang dewasa.

Bagaimana pun, jika dibandingkan dengan orang dewasa, kanak-kanak paling mudah mendapat masalah ini.

Kenapa ya?

Punca Masalah Nafas Berbau Pada Anak-anak

Anak-anak mudah diserang nafas berbau sebab kanak-kanak biasanya:

1. Suka Kunyah Benda Manis

Kebanyakan makanan manis seperti gula-gula, coklat dan makanan ringan mengandungi gula serta karamel yang mudah melekat pada gigi. Inilah makanan kesukaan anak-anak yang amat sukar dielak.

Oleh itu, pastikan anak-anak memberus gigi dan mencuci mulut selepas makan makanan sebegini. Apabila gigi tidak dibersihkan dengan betul, makanan yang melekat pada gigi bercampur bakteria dalam mulut menjadikan nafas berbau.

wanita mengandung mengidam
Foto Kredit: kitchenette.jezebel.com

 

2. Tidak Membersihkan Lidah

Memberus gigi sahaja tidak mencukupi. Lidah juga perlu dibersihkan setiap kali memberus gigi agar bakteria tidak berkumpul dalam lidah dan menghasilkan bau mulut.

Bukan saja anak kecil yang sudah tumbuh gigi patut memberikan penekanan terhadap kebersihan mulut, sebaliknya sejak bayi lagi mereka sudah boleh diajar untuk menjaga kebersihan.

Pastikan bayi anda turut mengambil langkah waspada dalam mengekalkan kebersihan gigi serta mulut.

Pemeriksaan gigi anak kecil
Foto Kredit: aliexpress.com

3. Malas Berus Gigi

Tidak semua kanak-kanak suka memberus gigi sendiri. Kalau tidak disuruh, memang takkan dibuat. Kalau buat pun, masih ada yang memberus gigi secara sambil lewa. Maka, kuman dan kotoran yang tersekat di celah gigi akan terus berkumpul sehingga mennyebabkan masalah nafas berbau.

Ibu bapa perlu mainkan peranan agar anak memberus gigi selepas makan dan sebelum tidur. Pantau cara memberus gigi yang betul agar tiada sisa makanan berkumpul dalam mulut

4. Hisap Jari

Tabiat ini memang nampak comel tapi sebenarnya boleh menyebabkan mulut anak kering dan berbau.

Seelok-eloknya, beri dorongan kepada anak agar mengurang dan menghentikan tabiat ini dengan mengingatkannya berulang kali.

Jika masalah menjadi lebih serius sehingga mengubah bentuk semulajadi gigi, dapatkan pemeriksaan doktor gigi serta-merta.

masalah nafas berbau
Foto Kredit: ritty.ru

Jadi, cara untuk atasi masalah nafas berbau adalah:

  • Pastikan anak memberus gigi selama 10 minit. Kemudian berus lidah selama 10 minit.
  • Latih anak berkumuh dengan pencuci mulut sekali sehari.
  • Kurangkan pengambilan makanan manis seperti gula-gula dan coklat.
  • Banyakkan minum air agar mulut anak tidak kering.
  • Periksa selalu mulut anak sebelum tidur untuk pastikan tiada sisa makanan yang tertinggal dalam mulut.
  • Galakkan anak makan buah-buahan rangup seperti epal dan mangga muda setiap kali lepas makan. Isinya yang keras boleh mengeluarkan sisa makanan halus yang melekat dalam gigi.
masalah nafas berbau
Foto Kredit: ritty.ru

 

Pentingnya Penjagaan Gigi Dan Mulut Anak-anak

Ia mudah diubati namun, jika tidak dicegah daripada awal, boleh melarat hingga dewasa dan menimbulkan masalah pada orang di sekeliling. Siapa tak terasa kalau orang sebelah menutup hidung setiap kali kita membuka mulut.

Terus tak konfiden nak bercakap! Rasa segan dan malu bersilih ganti.

Jadi, elakkan anak kita mengalami masalah nafas berbau dengan menanamkan kesedaran kepada mereka sedari kecil.

Leave a Comment