Mengandung, tapi kantung kosong?

Salam pembaca setia Sirap Limau,

Baru-baru ini, kami menerima mesej dari seorang pembaca. Semoga kita sama-sama dapat berkongsi kesedihan.

Saya sekadar mahu berkongsi kesedihan. Saya baru mendirikan rumah tangga dan Alhamdulillah saya disahkan mengandung sebulan selepas saya nikah. Bunting pelamin kata orang tua.

Namun, baru-baru ni apabila saya buat second check-up di klinik, doktor beritahu kantung saya kosong. Allah saja yang tahu betapa sedihnya saya pada masa itu.

Tanpa berputus asa, saya check up kali ketiga. Doktor ukur kantung saya mengecil. Saya tida mengalami apa-apa pendarahan (bleeding). Dalam hati saya, saya amat yakin yang janin saya sihat. Mungkin scan itu tidak tepat. Mungkin juga saya tidak dapat terima hakikat. Saya dan suami sepakat nak biarkan dulusampai dua minggu. Selepas itu, kami bercadang untuk berjumpa dengan pakar sakit puan utk second opinion. Saya berharap sangat dan berdoa agar Allah lindungi janin saya. Tiada sesuatu yang mustahil disisi Allah.

Namun kalau memang bukan rezeki saya, saya redha.

18 thoughts on “Mengandung, tapi kantung kosong?”

  1. Assamekum..kak sbr saja.tggu kandungan akak mcecah dlm 4-5bulan mcm.mudah2an anak akak akan kelihatan.brtawakal n yakin kententuan dari-NYA..

    Reply
  2. Saya baru mengalaminya..tapi kandungan saya gugur sendiri ni sudah 44 hari… Mungkin tiada rezeki..insyallah boleh cuba lagi

    Reply
  3. SAYA JUGA SEDANG MENGALAMI.SPOTTING SIKIT SIKIT .RASA SANGAT KECEWA SEKALI TAPI YA SEMUA KENTENTUAN ALLAH.TUNGGU NEXT SCAN BARU SAYA BUAT KEPUTUSAN

    Reply
  4. Saya sedang mengalaminya.. saya sebenar hamil kembar.. ada 2 kantung.. tapi scan 1 kantung je ada bby.. 1 kantung lagi x ada.. kosong.. mcm mana pun ni kuasa Allah.. saya tetap bersyukur walaupun hanya ada 1 bby..

    Reply
    • Saya mengalami situasi yang sama dengan Arma Falisa. Cuma saya nak tanya kantung yang kosong tu akan keluar seperti keguguran atau akan hilang dengan sendirinya kerana saya sekarang keluar warna kecoklatan dari faraj dan ketika buang air kecil akan keluar air kencing bercampur darah. Adakah disebabkan kantung yang kosong tu? Minta kongsi pengalaman.

      Reply
  5. ada satu istilah yang disebut kehamilan anggur. gejala awal adalah sama dengan kehamilan normal seperti lambat datang bulan, morning sickness dan mual. namun perkembangan kehamilan adalah tidak normal. walaupun persenyawaan berlaku, proses pembentukan plasenta gagal berlaku secara normal menyebabkan janin tidak terbentuk.

    Reply

Leave a Comment