Punca Perceraian
Dengan telefon iPhone, Blackberry & Android yang semakin murah, dirancakkan lagi dengan ‘data-plan’ yang mampu milik dari Maxis, Celcom, DiGi dan U-Mobile, semakin ramai pasangan suami isteri yang terlibat dalam kancah skandal. Apa yang lebih memalukan, ia membawa kepada kadar perceraian yang semakin tinggi di Malaysia. Hanya klik ‘download’ dari Google Play, Blackberry App World atau App Store, semuanya dihujung jari. Samada mahu atau tidak sahaja untuk berlaku curang di belakang pasangan masing-masing.
Mari kita lihat, apakah aplikasi chat yang selalu membuat samada suami atau isteri rasa ‘terbuai-buai’ bila mula berbicara dengan insan lain, yang bukan pasangan sendiri.

1. WeChat
Tidak perlu diperkatakan lagi kepopularan WeChat dalam berskandal. Lihat sahaja entri di blog ini, kebanyakan wanita meluahkan perasaan mereka tentang suami yang menghubungi perempuan lain melalui WeChat. Tak percaya? Rujuk pautan di bawah:
- Suami berahsia tentang akaun Facebook dan WeChat
- Suami leka main WeChat dengan perempuan lain
- Suami leka dengan WeChat
- Ada akaun WeChat lain
- Kerana WeChat, suami bersumpah, junjung Al-Quran
- Suami tersenyum-senyum sambil main WeChat
- (Kisah Isteri Curang) Terlanjur dengan 3 lelaki kerana WeChat
- Suami suka main WeChat. Isteri kesunyian.
Bagaimana sekarang? Sudah percaya bagaimana penangan WeChat?
Malahan, ada juga isteri yang mula melayan lelaki lain. Fungsi-fungsi yang boleh membawa kepada kemudaratan ialah “Look Around”, dimana seseorang boleh mencari sesiapa sahaja pengguna WeChat yang berdekatan.
Andaikan bila seseorang suami atau isteri itu berseorangan, “Look Around” di WeChat membolehkan mereka berjumpa orang lain yang mungkin hanya berada di meja sebelah. Hebat bukan teknologi zaman sekarang? Hebat dalalam merosakkan dan meruntuhkan rumahtangga jika tidak digunakan dengan betul.
Fungsi “Shake” juga dapat mempertemukan seseorang lain yang ‘menggoncang’ telefon bimbit mereka. Ini bermakna, orang yang “Shake” telefon bimbit ialah orang yang kebosanan. Oleh itu, orang bosan bila bertemu orang bosan yang satu lagi, macam-macam boleh terjadi.

2. WhatsApp
Pada awalnya, Whatsapp dikatakan jadi penghubung antara teman-teman lama. Fungsi “Group Chat” ini akan mengumpulkan kawan-kawan dalam satu kumpulan yang sama, maksimum 50 orang. Ramai yang mengambil kesempatan untuk menambah kenalan semasa di sekolah atau universiti. Maka, dari sinilah bermula permasalahan sebenar.
Kami tidak mereka cerita ini. Mari kita lihat contoh-contoh aduan dari pasangan masin-masing tentang Whatsapp:
- Leka dengan WhatsApp dan We chat
- Kerana Whatsapp, suami mengaku terlanjur dengan isteri orang
- Lena belaian cinta perempuan lain
- Kawan – kawan kaki menghasut
Andaikan kita meminati seseorang itu dari sekolah, tetapi tidak pernah meluahkannya, maka WhatsApp menjadi jambatan perhubungan mereka berdua. Susah untuk mengatakan samada ia benar-benar berlaku secara ‘perhubungan fizikal’ atau ‘perhubungan maya’ semata-mata.

3. Line
Mungkin tidak sepopular WeChat dan WhatsApp, namun Line semakin mengambil tempat di hati pengguna di Malaysia. Berasal dari Jepun, semakin hari semakin ramai menggunakan Line sebagai alternatif.
Fungsi terbaik Line ialah kecomelan ’emoticon’ yang sedia ada. Jika seorang suami yang tampak garang, menghantar satu ’emoticon’ senyum pada seorang pelajar universiti, pasti pelajar wanita itu cair. Terlalu ‘cute’ dan comel untuk diabaikan.
Perbezaan
Kesemua ‘mobile app’ yang berasaskan ‘chat’ ini adalah sama. Aplikasi ini tidak salah. Orang yang tidak tahu menggunakannya secara beretika itu yang salah.
Kami tidak mahu dituduh mana-mana pihak yang mungkin mengatakan sengaja mahu jadi batu-api dalam perkara sebegini. Kami berharap anda semua dapat ambil iktibar. Mulakan ‘audit’ telefon bimbit pasangan masing-masing jika perlu.
Elakkan perceraian. Sayangi keluarga dan anak-anak.
Saya guna apps begini utk berinteraksi dengan students saya. Sangat membantu.
Setuju….
Teknologi tidak salah tapi salah kita yang salah menggunakannya…
saya guna aplikasi ini untuk menjana ribuan bahkan sudah jutaan ringgit. dengan ada nya aplikasi ni customer saya semua order melalui whatsapp.
Makin banyak laman sosial…makin menularkankes-kes cam nie…
Aktiviti suami isteri kena pantau juga kalau dah cam nie….
Memang hakikat susah nak kawal kan encik admin…
Tapi andai dia tahu mana dosanya…insyaAllah…dia akan faham…
Bila baca artikel encik admin..rasanya bertapa manusia perlukan perubahan..tapi tak tahu nak berfikir keburukannya….
semakin mudah.. Dulu email, sms etc.. Pokok pangkal diri sendiri..
pucuk pangkal hati sendiri yg tentukan mau baik ka mau buruk.. technology it gadget sume ni xsalah.. manusia yg cipta kan.. ini benda bkn ade otak.. kta yg bernama manusia ni ha d bagi otak akal fikiran so sendiri fkr lor.. 😛 lallalala
betul tu.. mobile appl ni ada baik ada buruk nya.. bahaya nya apabila ada selisihan faham antara pasangan n mula luah meluah tu yang jadi perkara buruk.. apabila ada masalah nak luah pada pasangan tapi tiada masa dan ada yang sudi menjadi pendengar terbaik di situ mula terbuka nya pintu2 kecurangan… para isteri/suami pon mula rasa terabai apabila patner masing2 bz dengan gadget,bz melayan orang lain..
ramai dah berani berlaku curang didepan suami/isteri masing2..bila tanya kata layan di A la si B la, kn opis, kwn sekelas, ..padahal mlayan 'cinta hati'…BERDOSA tu melayan yg haram sdang ada suami/isteri yg halal.. dan tembelang itu pasti pecah jugak satu hari nanti…
Setiap applications ni ada baik buruknya..kita manusia la kena menilai..jgn sbb kemudahan ni semua kita hanyut..mula nk curang segala..plez take note
Dalam laptop ada lagi imesh yg lebih jauh lagi kenalan boleh di cari
Penghuru hara rumah tangga
Mengelapkan mata hati
Suami & isteri
Ade lg 1 tu..beetalk
adalah tidak adil untuk menyalahkan aplikasi kerana aplikasi sebenarnya kosong dan pengguna yang muatkan content. Tidak kiraq aplikasi apa sekalipun yang bersalah pengguna bukan aplikasi. Sama juga dengan zaman SMS di mana yang salah bukan SMS tetapi pengguna SMS itu.
betul tu admin, aplikasi tidak salah tapi manusia yg salah guna…tp tajuk artikel cam menyalahkan apps..
Mmg betul.. Suami sy pun salah seorang yg myalahgunakn wechat.. Mcm2 jenis betina dlm tu.. Dan what kind of man yg suka layan sgt betina dlm tu.. Dasar jantan murahan. When he wish to buy iphone6 i larang coz i know wht gonna happen. Wth.. Nvr trust anymore.
Isteri cikgu. Saya pun kerja dengan kerajaan juga. Saya jarang kerja atau kursus oustation. Isteri selalu kursus sana-sini. Bila isteri time balik dari kursus, saya perhati dia selalu pegang hp ke mana saja dia pergi. Alasannya urusan rasmi. Oklah boleh terima alasan begitu. Tapi saya mula gelisah sikit apabila bunyi mesej masuk terlalu kerap sehingga tengah malam dan awal2 pagi. Tapi saya tak kesah sangat pasal mungkin mesej lambat masuk atau sampai lagipun kawasan tempat tinggal saya line tidak berapa OK. Tetapi apabila gaya perangai isteri sudah banyak berubah saya mula menyesaki sesuatu yang tak betul. Contohnya, isteri sudah mula suka dengar lagu-lagu jiwang. Saya tanya mana dapat lagu, isteri cakap kawan2 lama hantar. Lagi satu perangai ialah biasanya kalau sampai rumah dari tempat kerja dia akan urus kebersihan rumah; tapi sekarang kalau sampai sj rumah dia duduk kerusi dulu sambil belek2 hp baca mesej whatsapp. DAN yang saya tidak senang adalah dia buat tak kesah dengan kita, seolah-olah kita tak lagi wujud dalam hidupnya. Tak kesah lagi nak tengok muka kita, selalu marah-marah dah bukan dengan kita sj tapi dengan anak2. Selain itu, dia dah mula pandai simpan password dekat hp nya. Saya tanya kenapa simpan password, dia kata takut anak2 pakai hp dia utk main games nanti habis bateri. Mmg sangat jauh berubah gaya dari dulu sebelum adanya whatsapp. Masa mula2 ada FB taklah sangat ketara pasal masa tu hp belom berapa canggih lagi bukan mcm sekarang. So, saya dah mula gelisah sangat. Satu malam isteri tengah tido saya pergi cek hp isteri (ini kes dah terpaksa kot). Paswd hp mmg saya dah tahu kerana dah lama saya target. Dia guna 4 nombor maka mesti nombor hujung ic pny. So memang betul tekaan saya. Bila saya buka whatsapp..fulamak!! punyalah banyk group termasuk yg individual pny. Saya baca setiap mesej dan memang sah isteri saya main kayu 3! Apa tak nya sampai menggunakan perkataan2 seperti : I missed u. I missed your sharing (kenapa tinggalkn group?), icon hugging, forever, darling..dan mcm2 lagilah. Dan ada juga lelaki termiskol (dengan sengaja atau tidak) dan isteri tanya balik kenapa tu? Lelaki tu ckp budak dia main hp.. So you know what happen next?
Saya gaduh perang besar dengan isteri saya sebab dia tak dapat menjelaskan apa yang dia telah kedapatan oleh saya. Saya telah ‘checkmate’ dia (isteri). Masalah lagi adalah dia (isteri) buat2 tak kesah apa yang kita nak tanya, dan ITU yang menambahkan lagi kemarahan. Seolah-olah kita dah tak penting lagi bagi dia….bersambung
Sakit hati bila dituduh selalu main whatsapp.. padahal status online kita tu sbb kita duk view conversation dlm group je.. dlm group yg banyak2 tu menyampuk sekali sekala je.. duk ingat org tgh chat dgn pempuan lain.. dah bagi check handphone pun dia ingat kita ni delete chat history..kalo kes macam ni rasa nak buat apa..rasa macam dah tak nak pakai smartphone lak..sakit betul hati..