Ramai Tertanya-tanya, Bolehkah Pakai Tudung Masa Bersalin?

Pakai Tudung Masa Bersalin

Ramai di kalangan ibu-ibu di luar sana menceritakan pengalaman mengerikan di saat melahirkan anak. Di antara isu yang kurang dititikberatkan tetapi semakin diberi perhatian adalah isu pakai tudung masa bersalin. Di dalam apa keadaan sekalipun, seseorang wanita itu wajib menutup aurat dan adalah wajib bagi suami untuk memelihara aurat dan maruah isteri sepanjang masa.

Sensitif

Isu ini amat sensitif bagi sesetengah orang dan mari kita kupas permasalahan pakai tudung masa bersalin ini. Saya pasti anda yang pernah melahirkan anak samada di hospital kerajaan mahu pun swasta sebelum ini, akan mempunyai seribu satu pengalaman pahit manis yang boleh dikongsikan bersama.

Tetapi sebelum itu, mari kita fahami aurat seseorang ibu hamil semasa hendak bersalin. Pertama suami harus sedar bahawa tanggungjawab utama seorang suami adalah untuk memelihara aurat isteri walaupun ketika hendak bersalin. Oleh itu adalah wajib untuk mendahulukan doktor perempuan terlebih dahulu bagi menyambut bayi yang bakal dilahirkan.

Tidak ada masalah sebenarnya untuk seseorang ibu untuk pakai tudung masa bersalin. Sebelum memasuki dewan pembedahan, seeloknya suami memastikan isteri pakai tudung seeloknya selain dari mendoakan keselamatan ibu dan bayi.

Suami temankan isteri

Kalau suami boleh menemani isteri di dewan pembedahan lagi bagus. Ini adalah mustahak kerana lagi sekali perlu ditekankan, suami wajib memelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan. Lebih-lebih lagi di saat isteri hendak melahirkan anak, kerana isteri pasti berdepan dengan segala jenis kesakitan dan perlu menumpukan perhatian sepenuhnya bagi memastikan anak di dalam kandungan selamat dilahirkan.

Keadaan darurat

Di saat seseorang ibu hendak melahirkan anak boleh dikategorikan sebagai keadaan darurat. Oleh sebab itu perlu didahulukan seorang doktor perempuan terlebih dahulu untuk menyambut bayi, jika tidak terdapat doktor perempuan barulah seorang doktor lelaki boleh datang membantu. Dari segi jururawat perempuan mungkin tidak ada masalah, kerana majoriti jururawat memang sudah sedia maklum memang orang perempuan.

Walaupun di dalam keadaan darurat, kita perlu faham bahawa seorang isteri yang hendak bersalin wajib ditemani oleh mahram beliau. Mengikut turutan, pertama perlu ada suami, kalau suami tidak dapat temankan, kedua adalah saudara perempuan iaitu kakak, adik, ipar perempuan dan sebagainya. Dan terakhir sekali, jika doktor tersebut adalah lelaki perlu ada jururawat perempuan. Ini adalah bagi memastikan kesejahteraan ibu yang hendak bersalin tadi dan tidak berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini.

Aurat dan maruah

Jika mungkin sebelum ini anda tidak begitu mengambil peduli tentang betapa pentingnya pakai tudung masa bersalin dan menutup aurat walaupun di dalam keadaan darurat, ini adalah masanya untuk berubah. Aurat dan maruah seseorang wanita amatlah penting. Bagi seorang suami pula, adalah wajib bagi memelihara aurat isterinya terutama sekali berdepan situasi genting seperti proses melahirkan anak.

Kredit kepada FB Semanis Kurma TV9: https://ms-my.facebook.com/SemanisKurmaTv9/posts/470546936397427

16 thoughts on “Ramai Tertanya-tanya, Bolehkah Pakai Tudung Masa Bersalin?”

  1. Saya sendiri ketika sedang bertarung nyawa dlm bilik bersalin..tetap memakai tudung walaupun tudung dah senget benget..hehe..pada masa itu Tuhan saja yg tau sakitnya nak bersalin.Alhamdulillah..

    Reply
  2. Saya juga pakai tudung,walaupun tudung senget benget…pin tudung dah jadi atas kepala terpusing-pusing..kenangan..heeee

    Reply
  3. yes..alhamdulillah masih pakai tudung..wlupn nurse bgtau kena bkak semua…tp tiada halangan utk kita pakai tudung…walaupun x pasti tudung tu dah cmana rupanya..xpikir dah semua tu…sbb dah time sakit tu Allah je yg tau…huhu..

    Reply
  4. Pakai tudung tu perkara biasa…tp aurat betis peha tu macam mana…pernah dengar tak psl seluar bersalin mama pride utk tutup aurat ibu..alangkah bagusnye semua hospital menyediakan seluar ini..tp boleh juge bli sendiri..tapi risau jugak tidak dibenarkan pakai

    Reply
  5. Alhamdulillah, x ada masalah pakai tudung. Akak pakai kemas n comel tudung akak dr dlm wad lagi..pakai siap2. Juga syukur kesemua ank akak bsalin dgn nurse n doktor prm. Masa ank bongsu ramai pelatih lelaki, akak bgtau elok2 x nak pelatih leaki n diorg fhm…diminta keluar semua pelatih leaki. Kita blg minta cuma cakap baik2..insyaallab x ada masalah…

    Reply
  6. Aku sebenarnya tak paham. Ikut qaul, sebenarnya perubatan adalah salah satu masa yang aurat/sentuhan bukan isu. Kalau dah terkangkang dgn betis peha nak lahirkan anak,kalau terasa nak pakai tudung pakailah. Tapi sebenarnya takde dosa pun. Alhamdulillah utk yg pakai. Tapi rasanya artikel ni sungguh misleading pasal hukum.

    Reply
  7. alhamdulillah bsalin 33 org ank sy pki tdung .. ok je , xjd 1 mslh pon sbb di waktu itu rsanya xde nk pkir psl tdung, even tdung senget benget jd nya.. dn isu suami temankan tu belom berpengalaman lg, hihi.. so far ketiga2nya mudah berkat doa suami juga, semua di permudahkan.. ank sulong stgh jam dlm LB, YG 2nd dlm ward je, xsmpi 10 minit atas ktil dh keluar, yg 3rd ni.. xtaw nk ckp.. baring atas ktil tggal lg nk trik keluar je. alhamdulillah.. terima kasih YA ALLAH….

    rsa klu cik somi kt sebelah lg gementar ke cmne tah laaa.. huhu

    Reply
  8. Salam

    Memang dibenarkan pakai tudung tapi bab kena seluk dengan doktor lelaki tuh malu akak. Doktor lelaki india pulak tuh masa buat check up, ingat lagi doktor lelaki india tuh kata, puan baring yer I nak check u punya bukaan vagina. Masa tuh rasa macam nak pitam dah sebenarnya tak sangka lak doktor nak tengok bawah, dalam hati aduh senang senang jer nak tengok kita punya, kita malu tau doktor. Doktor tuh macam paham jer saya malu, dia pun tanya ni 1st pregnancy yer, takpa awak tanggal seluar dalam dulu nanti saya datang balik. Nurse pun senyum senyum jer tengok aku, ishk budak ni mestilah aku malu nak tayang mahkota ku kat lelaki lain selama ni awak jaga aurat dengan semporna tup tup nak dedah semua.

    Reply

Leave a Comment