Pendarahan Semasa Hamil (Bleeding). Apa Perlu Buat?

Salam,

Saya berumur 32 tahun dan mempunyai 2 orang anak. Ingin bertanya tentang pendarahan semasa hamil.

Pada bulan lalu, ‘period’ saya lewat satu minggu. Selepas itu baru keluar darah dengan jumlah yang agak sedikit. Pada hari ke-3, ia keluar seperti biasa dan berlanjutan hingga hari ke-7, namun masih tidak berhenti. Saya menjadi risau. Setelah 2 minggu ‘period’, saya berjumpa doktor dan hasil pemeriksaan kehamilan, ia positif tetapi hasil ujian scan ultrasound masih tidak nampak apa-apa. Doktor menasihati saya supaya datang semula selepas 2 hari. Kemudian baru nampak satu titik pada ultrasound tu. Doktor kemudian menasihati untuk datang semula selepas 2 minggu. Namun, risau tetap ada berkenaan pendarahan ketika mengadung ini. Maklumlah, kali pertama.

Dalam jangkamasa itu, darah masih lagi keluar dalam jumlah yang sedikit. Pada hari ke-10 selepas pemeriksaan terakhir, darah kemudian keluar dengan banyak. Saya menjadi risau lalu mengunjungi doktor. Hasil ujian ‘ultrasound’, kandungan masih tidak terjejas dan ada perkembangan. Dan doktor masih belum dapat membuat keputusan tentang keadaan darah yang keluar tu. Katanya masih terlalu awal.

Saya agak risau tentang keadaan ini. Dari pemeriksaan doktor, kandungan berusia 5 minggu. Pendarahan atau ‘bleeding’ ini bukan boleh buat main-main. Ini soal nyawa.

Harap sesiapa yang ada pengalaman mcm ni berkongsi maklumat.

Sekian, terima kasih.

25 thoughts on “Pendarahan Semasa Hamil (Bleeding). Apa Perlu Buat?”

  1. sedih kalo tringat 6 bln lepas gugur..br tau semggu preggy mggu dpan nya gugur punca xtau darah keluar xbnyk tp hari yg sama dktor ckp jatug xbrdenyut, so bnykan brdoa moga selamat.

    Reply
  2. jgn wat keja berat… jgn stress.. jgn byk berjln terutama perjlnan yg jauh…bykkan berehat… mcm kes aku dulu, 2x keguguran… kali pertama dia bg hint sket2… g jmpa doc, doc sahkan jantung baby dh stop.. masa tu usia kandungan 12 minggu…2nd time lak tanpa ada sebarang pendarahan… g check up, doc kata jantung baby dah stop gak… masa nie usia kandungan 14 minggu… x tau apa punca..

    Reply
  3. Assalammualaikum….saya nasihat kan puan agar mengamalkan bacaan 3 ayat terakhir dari surah Al-Hijr. Ayat ini adalah untuk mengelakkan keguguran. Di samping itu, mungkin puan boleh cuba guna produk lumiglow yang bole menguatkan Rahim insya Allah.

    Reply
  4. Masih sedih saya sdh keguguran 3 kali dlm jngka waktu 2thn ini…sdh cek lab Aca alhamdulillah negatif..harap2 cemas hasil cek Torch..

    Reply
  5. sy mse pregnant ank ke sulung pun mcm tu….smpau usia kndungan 4 bln…msih dtg period mcm biase….kne pastikan xde sakit mcm sngugut ..klau x trus jmpe doc…tu tnde2 awal keguguran…

    Reply
  6. Saya pun mengalami perkara yang sama sekarang ni. Saya lewat period dah 2 bulan . Saya cek UPT hasilnya positive tapi bile check kat hosp negative. Pagi tadi saya dapati kluar darah yang pekat sangat tapi bau tak busuk macam period. Boleh sesiapa terangkan adakah ini haid?

    Reply
  7. sya mcm sma baru 5 minggu pregy..tiba2 td darah trun pastu g scan,doc ckp kantung masih ada..tp skrg drah koko trun lg..risau jgk..doc ckp tnda kguguran…bnykan brehat..

    Reply
  8. salam sy kali masok kali ke-2 mengandong..pertama sy 3 bulan ggur sbb asyik kua darah jer..then skrg sy mgandong kali ke-2 dh msok 5 mgu 7 hari tp 3 hari lps sy kuar darah lagi..sy trus g emergency doc bt ujian darah 2 hri dan smlm sy ambil kptsn alhmdlila xde ape mslah cme scan xnpk..doc saran kan lg 3 minggu scan dkt klinik tok pastikan..

    Reply
  9. Salam sejathera,

    sy nk tayak period saya lewat 7hari tetapi dua ari ni nampak

    sediket lendir campuran darah semasa membuang air kecil.

    adakah ni awal kehamilan?

    Reply
  10. Salam. saya nak tanya, sekarang saya mengndung ank yang kedua. Masalah saya, saya bleeding sudah 3 hari tapi perut tak ada rasa sakit. Pada hari pertama darah keluar, doktor ada scan dan mmg nampak saya punya janin. tetapi janin saya kecil dan tiada denyutan jantung. Ikutkan tempoh period saya sudah 2bulan. Doktor suruh saya datang lagi 1 minggu. So, sekarang saya risau… ada sapa-sapa tak mengalami macam saya??

    Reply

Leave a Comment