Pengalaman Bersalin di Hospital Naluri (Hospital Wanita dan Kanak-kanak Naluri), KL

Jenis Hospital : Swasta

Alamat :

Hospital Wanita dan Kanak-kanak Naluri
94, Jalan Wangsa Delima 6,
Pusat Bandar Wangsa Maju,
53300, Kuala Lumpur.

Nombor telefon:

603 – 4143 3633 (General Line)
603 – 4142 9633 (Fax)

Laman Web : www.hospitalnaluri.com.my

Email : Tiada info

Lokasi:

[flexiblemap address=”Hospital Naluri” title=”Hospital Naluri”]

[infobox title=’Tentang Hospital Wanita & Kanak-kanak Naluri’]

Pengalaman Bersalin di Hospital wanita dan Kanak-kanak Naluri

 

Hospital Wanita dan kanak-kanak Naluri atau dikenali juga sebagai Pusat Perubatan Wanita dan kanak-Kanak Naluri ditubuhkan pada tahun 1999.

Seiring dengan pembangunan dan permintaan didalam Obsterik dan Ginekologi, Hospital NALURI telah menukar imej dan menaiktaraf prasarananya seiringan dengan Visi dan Misi memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelangan-pelanggannya.[/infobox]

 

1. Kos / Harga Bilik :

  • Open ward : RM 70 sehari
  • Single Room : RM180 sehari
  • Deluxe Room : RM 280 sehari

 

2. Harga / Kos Bersalin :

Sila rujuk pakej bersalin

 

3. Pakej Bersalin :

1. Bersalin Normal (2 hari 1 malam)

Kadar bayaran

  • Open Ward : RM 1,990
  • Single Room : RM 2,200
  • Deluxe Room : RM 2,500

Info tambahan :

Pakej bersalin termasuk :

  • Bersalin secara normal
  • Penginapan 2 hari 1 malam
  • Kos rawatan O&G dan pemeriksaan pakar kanak-kanak
  • Saringan neonatal untuk mengenalpasti kumpulan darah, pemeriksaan G6PD dan TSH

 

2. Bersalin Pembedahan (3 hari 2 malam)

Kadar bayaran

  • Open Ward : RM 5,100
  • Single Room : RM 5,550
  • Deluxe Room : RM 6,000

Info tambahan :

Pakej bersalin termasuk :

  • Bersalin secara pembedahan
  • Penginapan 3 hari 2 malam
  • Kos rawatan O&G dan pemeriksaan pakar kanak-kanak
  • Saringan neonatal untuk mengenalpasti kumpulan darah, pemeriksaan G6PD dan TSH

 

4. Bilangan Katil / Jumlah bilik

  • Single Room : 6 bilik
  • Open Ward : 5 bilik

 

5. Kemudahan, Servis dan Fasiliti

  • Dewan pembedahan serba moden
  • Dewan bersalin
  • Pelbagai jenis wad
  • Unit jagaan rapi bayi dan khidmat pakar
  • Khidmat pakar kesuburan
  • Perkhidmatan berkhatan dengan pakar bedah
  • Perkhidmatan imbasan (scan) kehamilan (3D & 4D)

 

6. Senarai Doktor Pakar

Obstetrics & Gynaecology

Tiada info

 

7. Pengalaman bersalin di Hospital Naluri

Pengalaman bersalin di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Naluri pada tahun 2015

1. Puan Zira berkongsi hasil survey beliau mencari tempat bersalin anak pertamanya. Jom baca review beliau tentang Hospital Wanita dn Kanak-kanak Naluri

Pengalaman Bersalin di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Naluri

Klik link ini untuk meneruskan bacaan anda.

 

2. Puan Amalina pula merancang untuk bersalin anak kedua di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Naluri kerana berpuas hati dengan perkhidmatan mereka dahulu.

 

pengalaman bersalin di hospital wanita dan kanak-kanak naluri

Teruskan bacaan anda di link ini

 

3. Baca pula pengalaman Puan Liyana Mastura yang melahirkan anak pertama beliau pada tahun 2013

 

Pengalaman bersalin di hospital wanita dan kanak-kanak naluri

 

Bersambung di link ini

 

Bagaimana dengan anda?

Pernah bersalin di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Naluri? Jika pernah, kongsikan pengalaman bersalin anda di ruangan komen di bawah. Bukannya apa, sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit maklumat, panduan dan manfaat untuk bakal ibu yang lain!

[rwp-review id=”0″]

[rwp-table id=”0″]

[rwp-table id=”1″]

 

 

 

1 thought on “Pengalaman Bersalin di Hospital Naluri (Hospital Wanita dan Kanak-kanak Naluri), KL”

  1. Saya kena induce masa 38minggu lebih, jumpa 2 pakar sakit perubatan Klinik Naluri dan masing2 kata tiada guna tunggu 40minggu sebab uri da matang dan baby dah cukup besar (awal2 saya susah juga nak terima sebab tu tapi mungkin sebab EDD saya ikut ultrasound jadi mungkin salah)
    12PM : Lepas daftar di kaunter, terus masuk Recovery Room untuk tukar baju, masukkan ubat untuk buang air besar dan CTG (utk tgk kadar degupan jantung bayi) dan masukkan ubat prostin (induce). Lepas dalam sejam baring situ, masuk wad tunggu masa.
    4PM: Nurse masuk bilik. Bila saya kata perut mengeras setiap 3minit dan sakit sangat, dia gelak sebab itu tandanya saya nak bersalin dah. Dia tak percaya sebab bagi dia terlalu awal. Lepas buat CTG dalam bilik dan memang betul kontraksi saya kerap macam tu, baru dia suruh saya turun ward. Pembukaan dah 5cm. Saya cepat2 minta epidural sebab doctor pernah cakap lepas 5cm risiko akan naik.
    5pm: Da kat bilik bersalin. Nurse2 prepare barang (kot?) Sambil tu tunggu pakar bius datang untuk epidural
    6pm: Pakar bius sampai. Klinik Naluri ada 2, seorang laki seorang perempuan. Saya request yang perempuan. Masa tu mesin masukkan ubat epidural low battery jadi asyik beep beep beep je. Dia cari mesin lain tapi mesin tu dia tak biasa pakai. Siap tanya suami saya macam mana nak pakai (suami saya doktor) Last sekali dia putus juga untuk pakai mesin low battery tu, katanya tak pe ye bateri tahan je untuk waktu saya nak bersalin tu Cuma dia bising la sepajang masa..
    Sebelum cucuk epidural dia Cuma tanya kepada saya “ awk tahu la ye semua risiko epidural?” Tak terangkan/warning apa2 pun. (Doctor patutnya pastikan patient ada INFORMED CONSENT. Informed tu maksudnya pesakit diberi informasi yang secukupnya untuk membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya CONSENT maksudnya persetujuan untuk doctor melakukan sesuatu)
    Lepas da masukkan jarum epidural kat belakang, saya pun baring. Macam mana entah tiba2 saya perasan tiub yang salurkan ubat epidural yang dilekat kat dada tercabut, jadi cepat2 tanya pakar bius tu “memang tiub ni tak perlu disambung ke?” Dia pun cepat2 betulkan.. kalau tak tak sampai la epidural tu kat spine. Lepas tu, dia balik. Dia tak tunggu kita pun kat klinik sepanjang proses bersalin tu! Dia Cuma cakap “ saya set epidural ni berjalan selama 4 jam jadi kalau awk bersalin lambat sikit, epidural ada lagi, jgn risau”
    Lepas dia balik saya baring je kat katil. Sakit mula hilang, dan tak ada nurse pun dalam bilik (rasanya sebab bilik sebelah ada orang lain tengah bersalin dengan doctor yang sama saya pilih). Kemudian ada nurse datang tanya, air ketuban dah pecah ke ? Saya kata belum. Dia pun seluk sikit je terus pecah. Katanya pembukaan dah 7cm. Nurse tu pun keluar bilik.
    Tak lama lepas tu dia masuk bilik dan seluk lagi. Dah 10cm! Dia kata dah boleh teran ni, boleh nampak rambut baby terjuntai2. Tapi doctor bersalin saya tak habis lagi kat bilik sebelah! Nurse ni pun suruh saya teran. Saya jadi blur sebab cara dia cakap mcm selamba (bukan macam pasukan sorak orang lain cerita HAHA). Suami saya perasan CTG tak pasang pun? Kalau di-induce, kan tak rasa apa2 jadi kena pakai benda ni untuk bgtau kita bila kontraksi berlaku untuk kita teran. Suami saya suruh dia pasang CTG tu kat perut. Namum sebab baby tu dah nak keluar da, dia sempat letak kat bahagian ari2. (Alhamdulillah jantung baby kuat masa tu)
    Nurse kata lagi push je bila rasa sakit. Saya dan suami tambah lagi blur sebab saya epidural mana rasa sakit? Lahhhh…. Rupanya dia tak tahu saya epidural! Pakar bius tadi tak bagitahu. Patutla relax je bilik saya.. diorang tunggu saya rasa sakit untuk dipanggil….CTG pun tak pasang….
    Suami saya cakap kat nurse, “dia epidural dia tak rasa!” Tapi nurse tak dengar pun, dia terus cakap (dengan selambanya) “teran je bila rasa sakit…”
    Suami saya cepat2 letak tangan dia atas perut saya. Dia la yang tukang rasa kontraksi bila. Bila dia rasa perut saya mengeras, dia suruh saya teran.
    Tengah teran, doctor saya datang dan terus ambil alih. Lepas baby da keluar, diorang turunkan kepala katil utk saya baring untuk dijahit bawah tu. Masa tu terus rasa nak pengsan. Saya cakap kat doctor saya rasa nak pengsan.. nak air. Dia dan nurse cepat2 cek tekanan darah dan pasang alat ukur oksigen dalam darah kat jari. Sekali doctor perasan ada tiub epidural tu.. Dia kata “Dia on epidural lah! Tak boleh baring macam ni” Rupanya doctor bersalin pun tak diberitahu?
    Itulah kisah saya, anak saya keluar biru dan perlu masuk ICU (Klinik Naluri tak ada peralatan yang serba lengkap macam hospital besar jadi terpaksa pindah ke hospital lain. Ambulans yang dipanggil pun private –bukan Klinik punya. Kena caj RM1000, dan sempat salah jalan otw ke hospital besar tu)
    Sekarang anak saya kelihatan normal, namun kena terus follow up dengan pakar kanak2. Saya tak tahu masa depan dia lagi macam mana.
    Tambahan: Nurse2 tak tahu suhu demam untuk bayi berapa, Ujian air kencing tu uji apa- tau warna perubahan warna tu tak normal je.

    Reply

Leave a Comment