Al-Quran bukan satu-satunya agama yang meletakkan garis panduan dan hukuman dalam melindungi kesucian agamanya. Tetapi, umat Islam selalu diperlekehkan dan didakwa ‘agama penindasan‘ atau ‘agama keganasan‘ kerana adanya hukum dalam menutup aurat, zina, minum arak, peperangan, mencuri, dan sebagainya. Ini kerana tidak ramai yang membuat kajian terhadap kebenaran agama itu sendiri sebelum membuat sebarang kesimpulan.
Bukankah agama lain juga mempunyai undang-undang dan garis panduan tertentu? Inilah sandaran yang menjadi tunjang eksperimen sosial sekumpulan anak muda Dit is Normaal di bandar Belanda. Eksperimen yang digelar ‘The Holy Quran Experiment’ di laman Youtube mereka kini hampir mencecah 6 juta ‘views’ dan mendapat kritikan (serta pujian) daripada pelbagai pihak.
Eksperimen sosial khas untuk penganut Kristian
Dalam eksperimen ini, mereka meminta pejalan kaki membaca ungkapan dan memberi pandangan terhadap larangan keras, amaran dan hukuman yang terdapat dalam sebuah kitab. ‘Trick’nya di sini, mereka mengatakan ayat yang dibacakan tersebut adalah daripada kitab Al-Quran.
Sangat mengejutkan kerana tiada antara mereka yang menyangka bahawa ia sebenarnya Kitab Bible! Ada yang tersipu malu dan mengaku mereka tidak menyedari bagaimana mereka boleh berfikiran prejudis terhadap Islam. Cuba lihat reaksi mereka dan renungkanlah pengajarannya.
Sebenarnya mereka pun tak tahu dalam Bible ada cerita macam tu. Ramai yang dimomokkan keburukan islam dari keindahan islam.
sya seorg pnganut Kristian roman katolik…
saya sangat setuju dengan lampiran admin.
kerna dalam agama kita masing masing tidak ada yang mengajar untuk menghina agama lain. akibat orang yang suka menghakimi dengan tujuan menghina ialah Malu…jadi kits orang beragama Dan berpelajaran kena lebih terbuka untuk mempalajari serta menghayati dengan lebih dalam agama yang kita anuti Dan jangan lupa untuk mempelajari sedikit sebanyak agama Latin supaya kita faham..betul x admin..
pembetulan Kata yang silap taip “Latin – lain”