Sedihnya, Peniaga Online Di Facebook Ini Bakal Kena Denda RM5,000!

Peniaga Online Di Facebook Bakal Dikenakan Tindakan Undang-undang

Masih ingat artikel dari tahun 2010 mengenai “400 Peniaga Online Diheret Ke Mahkamah”? Boleh baca Berita Harian untuk menyorot kembali detik-detik hitam ini. Selepas empat tahun, kini muncul kerisauan baru untuk peniagaa online.

Satu keratan surat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) diterima oleh seorang peniaga online menyatakan, kesalahan tidak memaparkan nombor pendaftaran syarikat di Facebook Fanpage perniagaan. Ini semakin menjadi viral kerana jika disabitkan kesalahan, penalti sebanyak RM5,000 bakal dikenakan.

Banyak! Cukup banyak. Sekali kena bayar mungkin boleh hanguskan keuntungan untuk 2-3 bulan. Itu kalau untungnya RM2,000 sebulan, kalau untungnya RM1,000 sebulan? Hangus untung untuk lima bulan!

Denda RM5000 untuk peniaga online papar nombor daftar syarikat
Selepas 4 tahun isu ini, masih ada lagi yang tak daftar, denda RM5,000

Patuh Pada Peraturan, Peniaga Online Daftar SSM?

Persoalannya, wajarkah peniaga online daftar di Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM)? Ramai yang beranggapan peniaga online tidak perlu mendaftar syarikat kerana keuntungan yang tidak sebanyak peniaga biasa. Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira untuk menetapkan perlaksanaan pendaftaran perniagaan online.

 

Kenapa ramai yang cuba-cuba dan mula beralih berniaga online?

Mahu tahu? Ini antara alasan yang diberikan oleh para peniaga online.

1. Gaji Tidak Cukup

Golongan yang berniaga secara online secara part time untuk mendapat side income  bukannya suri-rumah atau pelajar universiti sahaja. Jangan tidak percaya, ada juga pekerja kerajaan, malahan pekerja swasta yang berniaga secara online untuk tambah pendapatan. Kalau lihat di Facebook dan Instagram, ramai mencuba nasib mencari sesuap nasi. Ada yang berkata, “Buat apa perlu susah-susah kerja di pejabat yang tidak pernah bagi bonus. Gaji pun sudah 5 tahun tidak pernah naik!”.

Ini bukan satu saranan saya agar anda yang masih bekerja untuk menceburi bidang ini. Pendapatan berniaga secara online tidak menentu.

2. Kos Sara Hidup Tinggi

Ramai mengeluh apabila harga minyak naik pada 1 Oktober 2014 yang lalu. Orang bujang sudah pandai mengeluh, apa lagi yang sudah berumahtangga dan beranak pinak? Besar impaknya. Mahu beli susu dan lampin anak sahaja bukan beribu ringgit. Belum lagi bayaran sekolah dan pengasuh. Inilah cabaran hidup di bandar zaman sekarang.

3. Teringin Miliki Rumah Sendiri

Harga rumah yang melampau membuatkan golongan pendapat rendah dan sederhana akan terus hidup menyewa sampai bila-bila. Harapkan duit gaji? Ramai menjuih bibir kerana kerja makan gaji tidak akan dapat berikan rumah idaman. Lebih-lebih lagi yang bergaji kecil. Katanya, bajet 2015 tidak dapat beri rumah PR1MA pada semua orang. Siap kena cabut undi lagi.

Peniaga ini ingin sangat beli rumah sendiri akibat desakan ekonomi.  Kalau dengan gaji sekarang agaknya bila boleh membeli rumah? Harga rumah sekarang mahal menjadi-jadi. Ramai mengeluh tidak mampu membeli rumah. Bila berniaga online, kita boleh lihat ramai mendapat manfaat, seperti suri rumah atau pekerja kerajaan & swasta yang berjaya mengubah gaya hidup mereka. Jangan tidak percaya, ada yang sudah mampu membeli rumah sendiri dengan berniaga online!

Apa-apa pun, untuk mengelakkan di denda RM5,000 yang membolehkan keuntungan hangus, rasanya lebih elok daftar sahaja perniagaan anda.

Cara daftar syarikat di SSM

  1. Semak lokasi SSM berdekatan anda di http://www.ssm.com.my/
  2. Bawa salinan fotostat IC dan juga wang tunai
    – RM70 bayaran untuk nama perniagaan bukan nama sendiri /
    – RM40 bayaran untuk nama perniagaan dari nama sendiri
  3. Minta borang pendaftaran perniagaan milikan tunggal di kaunter.
  4. Isi dengan menggunakan huruf besar.
  5. Ambil nombor dan tunggu sehingga di panggil!

 

Pendapat Saya

Tidak dapat disangkal, tidak semua peniaga online itu jujur. Ada yang penipu, ada yang biadap. Ramai yang suka terkena, ditipu bulat-bulat.

Persoalan sekarang, dengan memaksa peniaga online mendaftarkan perniagaan online mereka, adakan SSM dapat selesaikan masalah penipuan ini? Boleh sediakan bantuan untuk yang mahu bermula? Boleh atur untuk beri pinjaman untuk peniaga online yang kekeringan wang?

Dengar kata, peniaga atas talian ini bakal dikenakan GST juga. Pendekatan saya mudah, ikut sahaja kata kerajaan. Apa sangat keluarkan RM70 daripada kena denda RM5000!

Anda bagaimana?.

34 thoughts on “Sedihnya, Peniaga Online Di Facebook Ini Bakal Kena Denda RM5,000!”

  1. biarlah orang nak berniaga, instagram/fesbuk bkn kerajaan yg punya. RM70.00 besar tu, kerajaan selagi boleh cari jalan nak suruh rakyat bayar duit, tiba2 dtg cukai hitu cukai hini, yuran hitu, yuran hini. BR1M bg sekali je, cukai, minyak dan bahan lain2 yg dy kurangkan subsidi nak guna hari-hari. Kita yang Allah bagi akal ni, guna lah elok2, fikir, adakah kita yg nampak kezaliman berlaku dpn kita ni ada kita cuba tegah ? kalau tiada, seorang2 Allah persoalkan kat akhirat esok.

    Reply
    • bro..zalim ke buat mcm tu? sikit2 ungkit tentang hukum..cuba fikir, langkah ni untuk apa? elak menipu dan ditipu kan? maka, salah ke dari segi hukum klu kerajaan wujudkan peraturan mcm ni? kena bayar? opkos la kena bayar bro…kencing pon skg kena bayar..leceh betul klu semua org mcm lu…-_-

      Reply
  2. adakah semua yg berniaga on9 daftar? bukan semuanya buat barang sendiri. just dropship. bukan sendiri punya business.

    Reply
  3. cube jgn lari tajuk, boleh? ssm tu untuk mngelakkan pelanggan ditipu.kita semua pelanggan.tak kira la pelanggan ape pon. lagipun bukan kena cukai klu daftar pemilikan tunggal pe sume. ko nak ke sedara mara ko kna tipu, bini ko ke kna tipu beratus, pastu org tu lenyap cmtu je..adil ke?

    Reply
  4. Cekuduk Gorgeus owh..sebenarnye berniaga ape pon kna daftar..tapi klu cod xde masalah kot..biasenye jadi mcm ni sebab ade org report je..klu awk deliver and amik duit on the spot, rsenye org x komplen kot..:)

    Reply
  5. Odessa Maya saya peniaga on9. so far saya tak da tipu orang lagi, masalahnye dlm malaysia ni cakap nak kurangkan beban rakyat, beban orang golongan bawah, majoriti yg berniaga on9 orang kelas bawah, ada sesetengah budak sekolah lagi.
    Wahai sahabat, aku pon g daftar ssm lah kat Plaza Alam sentral Shah Alam utk bisnes aku, tp bagi aku yg niaga on9 x wajar. Kalau daftar ssm tu percuma atau RM10 wajar lah, ni bayar sampai RM70 utk mereka yg jual sambil-sambilan fikirlah. Aku buka kedai xpelah, dorg kedai pon xde, cuma guna FB/insta sebagai platform then kne beratur setengah hari nak bayar benda yang bukan dari kerajaan pon.
    -Ruangan komen ni utk utara kan pendapat. Aku x lari dari tajuk, Pendapat aku X wajar, sbb ni bukan langkah sbnr nk elak scammer dan penjual yg biadap. Ni alasan utk kenakan rakyat supaya penuhkan poket kerajaan.

    Reply
  6. Setiap perniagaan perlu didaftarkan supaya ia sah dan pelanggan mendapat perllindungan dari penipuan. Ramai peniaga yang enggan mendaftar kerana menganggap ia tidak penting walhal ia satu yang perlu dilakukan untuk manafaat semua juga

    Reply
  7. Ko je x tipu org.org lain x same.pendaftaran tu utk win2 situation. Same2 rase selamat utk mnjual n mmbeli.xyah la smpi drag kerajaan la, cukai la.cube blajar tidak mempolitikkan semua isu, boleh? Kite ade akal, ade tnggungjwb utk komuniti. Bknnya mahal pon. Kite pon ade hak, pelanggan pon same.fikir lebih jauh. Xyah drag kerajaan sgt!

    Reply
  8. rasenyer x salah utk daftar ssm.. yang berdaftar mngkin akan dapat lebih keyakinan dari customer2 lg lepas daftar nga ssm. Bende2 ni penting sbb bnyk sngt dah kes tipu jual beli kt fb/insta ni.. bkn merujuk kepada peniaga2 yg betul2 jujur berniaga..cuma ini langkah pncegahan utk jadikan yg betul2 berniaga jer wat jual beli kt online.. jgn pikir nk salahkan kerajaan,, sebab kebiasaanya,, jika berlaku kes penipuan, customer senang utk membuat rujukan dan ambil tindakkan bile pernigaan/syarikat tu berdaftar dgn SSM.. sbb details record semua dh ade kt situ

    Reply
  9. Lu kena faham bro!
    Peniaga On9 dan penipuan.
    Peniaga =meniaga=jujur=ikhlas
    Penipuan =tipu=klentong=kaki kencing.
    Yang 400org diheret ke mahkamah tu bukan peniaga..tu kaki kencing..
    So stakat copy paste/dropship baik takyah daftar ssm..70ringgit dpt beli susu dugro 900mg&pamper whoopee 1bandle.
    Ingat betul2.hanya kaki kencing jer diheret mahkamah. .akta jenayah cyber!

    Reply
  10. 70 je kot,
    Xde zalim nye
    Cuba bagi tau macam mana kerajaan nak kawal lambakan peniaga online yang tidak jujur..
    So, ni utk kebaikan bersama..
    Tak susah daftar je..
    Alang2 meniaga online kan..
    Chill~~~

    Reply
  11. Saya buat bisnes online part time je….keja sy x benarkn staff ada register dgn ssm…mcm mn? blh ke sy guna register ssm atas nama org lain…?

    Reply
  12. better daftar. kadang2 kita tak ada niat menipu pelanggan, tapi malang tak berbau. peniaga yang ditipu pun dah banyak, jadi bila berdaftar, peniaga dan pengguna ada hak yang sama.

    Reply
  13. Dropship je xde stok brang pn kne ke?yg sbulan kdng2 dlm 30@40 ringgit je income….kne jgk?xde gna page…jz kt wall fb…cmne?

    Reply
  14. Haihhh..sy x pasti tentang korang, tp sy dan ibu bniaga frozen food secara kecil2an selama hampir 10 tahun dan pndapatan kami average aje.x pernah sekalipun kami dikejar org mtk byr tax atau ape pon masalah dr ssm. Klu korg benci pentadbiran kerajaan sekalipun, jgn smpi mmpertikaikan kebaikan daftar ssm ni.lain la klu korang untung 5k sbulan..haruslah byr cukai..lg satu, kite ni hidup zaman moden, ade byk cara utk lari cukai..xkan la korang cerdik pandai ni x taw..x gitu?

    Reply
  15. Klu rase nk bniaga lebih jauh, supply smpi indon, smpi thailand, lg baik daftar.kang dorang kate mak ko tipu, perasa milo, tp buat guna coklat van houten, ko nak jwb??

    Reply
  16. Aku rase ramai x faham konsep ssm ni..dorang tlepas tgk iklan johan promote daftar ssm.dulu kot..nak daftar, daftar la xnk daftar, TERPULANG.jgn smpi ade org dengki bisnes korang, pastu report korang menipu, dh la..mase tu bru ralit nk dftar ssm, x guna dh.xde alibi lagi…

    Reply
  17. Huhuhu….tye je…cz sye dropship,xde stock xde pos2 jz org tgh je…..itu yg brtye….if kne jgk..kne la gi buat…tu je….huhuhu

    Reply
  18. Tahniah diucapkan kepada penulis artikel ini. Bahasanya bagus, isinya padat dan bermanfaat. Inilah contoh artikel yang patut diperbanyakkan oleh pihak siraplimau.com, ramai orang yang menerima faedahnya.

    Syabas, pihak editorial! Semoga dimurahkan rezeki.

    Reply

Leave a Comment