Perlukah Baby Walker dan Buai Untuk Bayi?

Perlukah baby walker dan buai untuk bayi?

Tahniah kepada ibu-ibu muda yang baru atau sudah pun mempunyai anak. Sudah tentu perasaan gembira tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Namun ramai ibu muda yang berada dalam dilema kerana tidak tahu apakah cara yang terbaik menjaga, mengasuh serta mendidik anak-anak.

Dilema yang sering timbul adalah seperti ‘perlukah bayi dibuaikan?’ atau ‘perlukah anak diletakkan di dalam baby walker?’.

Sebelum itu, kita lihat dahulu mengapa ibu-ibu memilih buai dan baby walker (mengikut tinjauan dan kaji selidik rambang):

1. Ibu meletakkan atau menidurkan anak di dalam buai kerana ingin memudahkan anak untuk tidur.

2. Ibu menidurkan anak di dalam buai kerana ingin anak tidur selesa dan lama.

3. Ibu menidurkan anak di dalam buai dan baby walker kerana ingin memudahkan ibu membuat kerja rumah.

4. Ibu meletakkan anak di dalam walker kerana ingin anak cepat berjalan dan berdikari.

Perlukah Menggunakan Buai Untuk Bayi?

Sebelum membuat keputusan samada ingin membeli dan menidurkan bayi di dalam buai, ibu-ibu amati dahulu point di bawah:

1. Ramai pakar kesihatan dan pakar penjagaan bayi menyarankan supaya tidak menggunakan buaian sarung.  Seorang pakar pediatrik di Lembah Klang, Dr Winston Wong, dan pakar BabyCenter berkata, “Saya sentiasa menasihatkan ibu bapa supaya sangat berhati-hati apabila menggunakan buaian sarung sebab kecederaan boleh berlaku. Selalunya saya menggalakkan supaya bayi tidur di dalam kot.”  – sumber: Babycenter.com

2. Seorang lagi pakar BabyCenter, pendidik antenatal dan Parent Craft, Jenifer Hor juga menegaskan bahawa tidur di dalam buaian sarung tidak patut digalakkan.

“Buaian tidak memberi sokongan yang mencukupi bagi tulang belakang bayi dan bahu bayi selalunya membongkok. Di samping itu, terdapat juga lain-lain aspek keselamatan: Risiko untuk jatuh adalah tinggi dan kadang-kala buaian sarung dibuai dengan terlalu kuat.” Ini akan meningkatkan risiko bayi jatuh keluar atau ditolak ke dinding.
Sumber: Babycenter.com

Baguskah baby walker untuk bayi?
Baguskah baby walker untuk bayi?

Perlukah Menggunakan Baby Walker?

Sebelum membuat keputusan samada mahu membeli baby walker atau pun tidak, mungkin ibu-ibu boleh baca beberapa point penting di bawah.

1. Pakar kesihatan dan keselamatan luar negara sangat tidak menggalakkan penggunaan baby walker kerana banyaknya kemalangan yang melibatkan baby walker ini. Ya, betul, merangkak di atas lantai juga terdedah kepada kemalangan dan anak sering terlentang atau terhantuk namun penggunaan baby walker lebih membahayakan kerana ia memberikan extra ketinggian, extra kelajuan dan mendedahkan anak kepada banyak bahaya lain.

2. Baby walker adalah tidak stabil di atas tempat yang tidak rata. Maka sudah tentu ia terdedah kepada kemalangan dan berbahaya kepada bayi. Tahukah anda bahawa di Kanada, penjualan baby walker adalah diharamkan? (The Dangers of Baby Walkers, The New York Times, 22 February 2010)

3. Baby walker melambatkan perkembangan skil motor anak- kita menyangka mereka akan cepat berjalan tetapi sebenarnya kita tidak mengikuti perkembangan semulajadinya di mana kita telah meninggalkan proses merangkak yang sebenarnya banyak memberikan manfaat kepada anak.

4. Kita menyangka bahawa apabila kita membiarkan anak di dalam baby walker, anak akan dapat ditinggalkan sebentar dan kita dapat melakukan kerja lain. Realitinya, penggunaan baby walker memerlukan extra penjagaan kerana walker bergerak 1 meter dalam sesaat. Jadi kemalangan boleh berlaku sebelum kita sempat memberhentikannya.

5. Lebih mengejutkan, kajian luar negara mendapati, penggunaan baby walker juga menyebabkan perkembangan mental anak menjadi lambat (Alan Greene, M.D., is the founder of the Web site DrGreene.com)

Semoga ibu-ibu mendapat manfaat daripada pembacaan ini.

Leave a Comment