5 Persediaan Sebelum Bersalin, Dari Segi Mental & Emosi

Persediaan Sebelum Bersalin

Perkara yang selalu diabaikan semasa hamil adalah persediaan mental semasa mahu bersalin. Kebiasaannya, perkara yang lebih dirisaukan oleh wanita hamil adalah hospital pilihan, pakaian, mainan, katil bayi, kerusi tolak bayi, kerusi kereta dan lain-lain barang keperluan fizikal.

Bab ini, ramai sangat wanita yang tidak ambil peduli. Persediaan mental adalah antara latihan yang paling penting perlu dilakukan oleh wanita hamil jika mahu bersalin secara alami. Apa yang merisaukan banyak wanita, mereka lebih mementingkan persediaan yang memenuhi keperluan emosinya seperti barang-barang keperluan bayinya nanti.

Kalau bayi lelaki mahu belikan barang berwarna biru, kalau bayi perempuan mahu beli semuanya dengan warna pink sahaja.

Trend turun menurun.

Contoh persediaan mental adalah seperti berikut :

1. Emosi Semasa Bersalin
Kenal pasti emosi yang mungkin berlaku semasa bersalin nanti. Jika sebarang perasaan yang tidak stabil dapat dikesan, bekerja keras dari sekarang bagaimana cara untuk mengatasinya.

2. Kenalpasti Tahap Ketakutan
Latihan ini sangat bagus kerana ia dapat membuatkan anda lebih berusaha mencari jalan penyelesaian untuk menghilangkan ketakutan anda. Hilangkan ketakutan dengan melakukan perkara yang menyeronokkan anda. Itu sahaja

3. Kemahuan atau Kehendak
Latihan ini dapat melatih anda untuk mengenalpasti apa yang benar-benar diperlukan dalam rancangan bersalin (birth plan). Ia memberikan kebebasan memilih dan bukan lagi berserah sepenuhnya pada pilihan doktor.

4. Proses Bersalin
Semua wanita mahukan proses bersalin yang cepat dan tenang. Hal ini akan membuatkan rasa terpaksa berusaha cari apa yang perlu dilakukan sekarang dan gali lagi ilmu banyak-banyak.

5. Meditasi Bersalin
Latihan ini dapat melatih anda untuk mengenalpasti apa kekuatan dalaman anda dan bagaimana untuk melatih kekuatan dalaman supaya dapat dibuat semasa sedang sakit bersalin.

Antara rahsia kejayaan seseorang wanita dapat bersalin alami adalah kepercayaan pada diri sendiri serta keyakinan yang sangat tinggi pada Allah S.W.T. Percaya badan akan mampu dan kuat untuk lalui proses bersalin dengan mudah seperti yang telah Allah S.W.T kurniakan buat semua wanita. Yakin Allah S.W.T akan memberikan kekuatan untuk melahirkan bayi. Tidak ada orang lain yang mampu untuk memberi keyakinan semasa bersalin melainkan Allah S.W.T. Emosi yang cukup positif dan keyakinan yang tinggi dapat membawa anda untuk menempuhi proses bersalin alami.

Leave a Comment