Hilangkan Senggugut Dengan 8 Tips Berkesan. Ramai Belum Cuba #6!

“Sakitnya pinggang. Kepala pening, rasa loya dan nak muntah… ‘Miss V’ pula rasa berdenyut-denyut. Semuanya serba tak kena…! Macamana nak hilangkan senggugut ya?”

Padanlah orang perempuan selalu ‘moody’, PMS katanya… Habis satu badan diserang sakit-sakit. Manalah tak mengamuk, kan?

Selalunya, simptom yang dialami selama ‘datang bulan’ ini akan berlanjutan sekitar 2-3 hari sejak sebelum haid atau semasa haid.

400-05748183c-Masterfile-4774344sean
Foto Kredit: health.org

Kenapa Rasa Sakit Bila ‘Period’?

Semasa haid, kontraksi kuat akan terjadi sebagai salah satu proses meluruhkan dinding rahim.

Kontraksi ini menekan pembuluh darah yang mengelilingi rahim, sehingga memutuskan bekalan darah dan oksigen ke rahim. Sebagai tindak balas, rahim melepaskan bahan kimia yang menyebabkan rasa nyeri dan sakit.

hilangkan senggugut
Foto Kredit: antranik.org

Selain itu, tubuh juga mengeluarkan bahan kimia bernama prostaglandin. Bahan ini memicu otot rahim supaya terus berkontraksi.

Jika terlebih paras prostaglandin, ia mampu juga menyebabkan berlakunya loya, cirit birit, perasaan gelisah, dan sakit kepala.

8 Tips Berkesan Hilangkan Senggugut

Terdapat pelbagai cara yang sering diwar-warkan untuk hilangkan senggugut.

Ini adalah cara yang paling ringkas dan berkesan bagi kebanyakan wanita:

1. Tuaman Panas

tips hilangkan senggugut
Untungnya badan kalau dapat yang besar macam ni… / Foto Kredit: physipak.com.au

Percaya tak? Inilah cara paling mudah dan berkesan untuk hilangkan senggugut. Melalui tuaman panas, otot-otot yang sedang berkontraksi akan menjadi lebih relaks.

Bukan saja boleh dipakai di rumah, tetapi juga di pejabat, kelas, atau di mana-mana. Tuamkan di sekitar perut, pinggang, atau punggung. Legaaaa….!

Jadi, laburkan sedikit wang untuk membeli beg tuaman panas ini. Ia lazimnya boleh didapati di farmasi.

Kalau malas, cubalah buat sendiri dengan mengisi air panas ke dalam botol yang sesuai.

2. Minum Air Suam

Air suam mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan seperti dapat membuang toksin serta membantu melancarkan peredaran darah.

Selain itu, ia juga memberi tenaga dan mampu mengelakkan anda daripada memakan snek yang tidak berkhasiat kerana ia secara tidak langsung memberi kesan ‘penuh’ pada perut.

Seperti tuaman, meminum air suam juga boleh memberi kelegaan kepada otot rahim yang kejang.

3. Aktifkan Diri

Kalau asyik berkurung dalam bilik kerana menahan sakit, kita akan cenderung merasa emosi yang negatif. Stres ini mampu memburukkan keadaan akibat penghasilan hormon yang tidak seimbang. Ia dibuktikan Journal of Women’s Health melalui sebuah laman web.

Oleh itu, cubalah menyibukkan diri dengan membuat kerja-kerja rumah, mengajak suami berjalan-jalan, bermain dengan anak-anak, bersosial dengan kawan-kawan, atau melakukan senaman ringan di taman.

Aktiviti ini dapat membantu melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan, dan ini boleh terhasilnya endorfin yang dapat mengurangkan senggugut.

4. Ambil Herba Dan Suplemen

sakit gastrik
Foto Kredit: sac.or.th

Banyak jenis herba yang selalu disyorkan oleh petua orang lama. Memang banyak yang berkesan.

Antara yang paling popular ialah halia. Caranya, ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam untuk dijadikan teh.

Selain halia, anda juga boleh meminum teh hijau, air asam jawa, madu, atau jus daun betik.

Antara suplemen yang disyorkan dalam bentuk pil biasanya terdiri daripada magnesium, vitamin D, dan minyak ikan yang kaya dengan Omega-3 seperti pati ikan haruan

5. Jaga ‘Pantang’

Untuk hilangkan senggugut, ada beberapa makanan yang mampu menjadikannya lebih baik, dan begitulah juga sebaliknya:

Elakkan – makanan berproses dan berminyak, gula dan garam berlebihan, minuman berkafein, snek yang tidak berkhasiat.

Banyakkan – Buah-buahan, sayuran, dan makanan yang berserat tinggi. Kalau teringin memakan coklat, carilah dari sumber coklat gelap yang kurang manis. Snek seperti buah-buahan kering dan kekacang seperti ‘cashew nut’ dan ‘almond’ juga amat sesuai kerana ia berprotein tinggi.

6. Bertukar Kepada ‘Cloth Pad’ Atau ‘Organic Pad’

cara hilangkan senggugut
Foto Kredit: weeessentials.wordpress.com

Mungkinkah salah satu penyebab anda mengalami senggugut berpunca daripada tuala wanita yang digunakan?

Sesetengah wanita sebenarnya memang sensitif terhadap bahan kimia yang terkandung dalam pemprosesan bahan seperti ini, tetapi mereka tidak menyedarinya.

Jadi, anda bolehlah cuba bertukar kepada ‘cloth pad’ atau tuala wanita jenis kain. Kini, ia mudah didapati di kedai mahupun secara ‘online’.

Bukan saja anda dapat mengurangkan pendedahan ‘vagina’ terhadap bahan kimia, ia amat menjimatkan dan anda turut membantu menghijaukan alam!

7. Pil Penahan Sakit

Walaupun ramai yang cuba mengelak daripada mengambilnya, kesakitan ini boleh dikawal dengan mengambil ubat penahan sakit seperti Panadol, iaitu sejenis paracetamol.

Menurut doktor, pengambilan ubat-ubatan begini tidaklah memudaratkan asalkan anda mengambilnya dengan dos yang betul.

Namun, seperkara yang perlu diingat ialah ubat seperti ini tidak berfungsi untuk merawat, tetapi hanya untuk melegakan.

7. Pil Perancang

Sebenarnya, selain digunakan untuk merancang kelahiran, pengambilan pil perancang mampu menjadikan proses ovulasi lebih teratur.

Penggunaan pil perancang bertindak hilangkan senggugut dengan mengawal paras hormon dalam badan.

Walau apa pun, dapatkan nasihat doktor sebelum anda mengambil apa-apa ubat-ubatan berkala seperti pil perancang ini.

cara hilangkan senggugut
Foto Kredit: altsantiri.gr

Senggugut Teruk Mungkin Petanda Penyakit Lain Yang Lebih Serius

Kadangkala, kesakitan atau kekejangan yang berlaku secara serius adalah petanda bagi beberapa penyakit lain berkaitan dengan rahim.

Jadi, jangan ambil ringan kerana antara penyakit yang paling biasa dikaitkan dengan senggugut teruk adalah endometriosis dan fibroid (cyst).

Dapatkan kepastian doktor sekiranya anda terpaksa melalui detik-detik sukar ini sepanjang bulan.

Leave a Comment