Demam kuning atau ‘jaundice’ adalah perkara biasa yang berlaku pada bayi. Tidak kira pada bayi cukup bulan atau pramatang, jika ia berlaku, perkara paling penting ialah jangan panik. Pihak hospital akan memantu perkara ini dimana rawatan akan diberikan pada bayi dengan sebaiknya. Bayi pramatang amat tinggi kebarangkaliannya. Pastikan demam kuning bayi tidak berpanjangan.
Apakah rawatan dan ubat untuk penyakit demam kuning?
Untuk rawatan, doktor biasanya akan mengambil darah untuk mengenal pasti tahap dan jenis jaundis. Sekiranya perlu, bayi akan diletak di bawah lampu fototerapi. Ini akan membantu mengurangkan tahap jaundis pada kadar yang lebih rendah. Ketika menjalani rawatan fototerapi, baju dan seluar akan ditanggalkan dan mata akan ditutup dengan cermin mata khas untuk mengelakkan kerosakan pada retina. Bayi juga perlu diberi susu dengan lebih kerap dan banyak untuk mengelakkan daripada dehidrasi atau kekurangan air. Dalam kes terpencil, sekiranya tahap jaundis terlalu tinggi, doktor mungkin perlu melakukan pertukaran darah.
Apakah punca demam kuning?
Penyakit kuning, atau jaundis, sebenarnya bukan satu penyakit. Ia berlaku akibat sel darah merah yang pecah. Lebih banyak sel darah merah yang pecah, lebih tinggi kadar jaundis. Mudah untuk mengetahuinya, di mana bayi terbabit mempunyai akan mengeluarkan najis berwarna kuning dan air kencing jernih.
Sila ikuti petua dan tips di bawah untuk menghilangkan demam kuning.

1. Berikan susu badan sekerap mungkin kerana ia menggalakkan bayi membuang air besar dan ia dapat menyingkirkan bilirubin dari badan.

2. Ibu perlu banyak makan kurma dan menelan madu sepanjang tempoh menyusu kerana susu ibu sangat baik untuk merawat bayi yang terkena jaundice.

3. Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidap jaundice

4. Elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih lagi nipis dan kurang perlindungan. Jika terpaksa berjemur, maka jemurkan pada waktu awal Dhuha iaitu ketika jam 8.30 – 9.30 pagi. Lebih dari waktu ini kulit bayi sudah tidak boleh menerima kepanasan cahaya matahari lagi.

5. Beri hisapan madu dari jari ibu atau bapa bayi sendiri. Amalan ini tidak tertumpu kepada bayi yang menghidap jaundice sahaja.

6. Buat urutan lembut di atas kening bayi iaitu dari pangkal mata ke dalam pangkal mata luar sambil berselawat atau bertasbih. Paling kurang 7 kali setiap kali. Ini dapat membantu mengelakkan kuning naik ke kepala. Bimbang akan diserang sawan.
Jika mahukan cara mengelakkan dan cara mencegah bayi kuning, boleh rujuk artikel terdahulu kami di sini.
Semoga bermanfaat!
Buat semua ahli keluarga, kawan2, members Beauty cares Health, jom share info ini. Sharing is Caring.
sangat berguna… share n tq
Assalamualaikum. Bayi kuning kebiasaannya terjadi kerana ada juga kaitan dgn faktor pemakanan si ibu ketika hamil. Oleh itu, ibu hamil disarankan sangat utk minum susu kambing ketika hamil. tidak kisah samada baru sangat hamil, sedang hamil, atau sudah hampir beranak.InsyaAllah susu kambing dapat mengurangkan atau dapat mengelakkan terus bayi kuning ketika lahir. Amalkan daripada awal kehamilan. InsyaAllah. belum lagi terlambat kalau nak mengubah nasib si bayi jikalau bertindak sekarang. yakin & percaya pada Allah insyaAllah susu kambing boleh menyelesaikan byk masalah. Sy lahir anak yg pertama dengan kuning pada bayi yang amat sedikit sehinggakan bidan dan nurse bertanyakan kepada saya apakah tips atau petua yg sy amalkan ketika hamil jawapan saya ialah susu kambing. Dan alhamdulillah, kini sy menjual susu kambing untuk mengatasi dan membantu ramai ibu ibu hamil, ibu meyusu dan juga bayi di luar sana.
informasi yang sangat bermanfaat dok.. semoga kawan kawan yang memiliki bayi kuning segera sembuh.
Assalamualaikum..nk tnye sket..bby sy kena kuning..da 3 kali keluar masuk wad..bila keluar je hospital, bacaan kuning msti naik balik..doktor ckp kuning akan kurg kalo selalu berak..tapi masalah nya baby tak berak2 ag..bf 100% bg..tkde bg ape2 mknan selain bf je..tp bby tetap xberak..doktor ckp bby xde masalah kembung perut..kencing boleh, kentut pn ade..jadi cmne nk setel masalah ni..da xtau nk buat cara mcmane ag..
Tolong double triple check dgn doktor dulu adakah susu kambing & madu selamat utk newbord walaupun hanya beberapa titik.
*newborn
For My info
Farid N Ana
Saya telah mencuba semua cara,berkesan dengan cepat.Terima kasih.
Terima kasih di atas perkongsian tips yang sangat berguna ini.
Perkara paling kesian bila tengok baby kena demam kuning nie, bila tiap2 hari kena ambil darah. Si ibu pun tiap2 hari kena pergi hospital bawak anak.
Kesian kan.
Terima kasih kerana berkongsi infomasi.
Anak kami last year pun kena jaundice…baru lahir jaundice reading lebih kurang 280, doctor kata tinggi dan kena masuk wad. Memang pening agak masalah kerana isteri baru bersalin dan anak pulak kena masuk wad kerana jaundice….Nasib baik kawan bagitahu anda wedsite ( http://www.hometherapyy.com ) menawar khidmat menyewa machine PHOTOTHERAPY untuk jaundice. Kami buat rawatan kat rumah ..selesai masalah dan isteri pun selesa. Lepas 3 hari pegi check kat hospital dah turun normal…160…ALHAMDULLILAH…kemudahan TUHAN bagi dengan teknologi sekarang dapat membantu mereka yang memerlukan.