Petua Menghilangkan Perut Buncit Selepas Bersalin
Perkara yang paling merisaukan kaum wanita selepas bersalin ialah perut buncit! Perut menggeleber dan tiada bentuk badan seperti zaman anak dara adalah perkara yang menyeramkan.
Kesibukan menguruskan bayi yang baru lahir dan perlu kembali bekerja selepas habis pantang menyebabkan ibu moden pada zaman sekarang terlupa untuk menjaga bentuk tubuh badan.
Petua warisan orang lama semakin dilupakan. Hal ini kerana proses berpantang juga menjadi semakin moden. Semua menjadi mudah dan segera. Baiklah, kali ini artikel akan berkongsi petua orang lama tentang bagaimana mahu kempiskan perut yang menggeleber selepas bersalin.

Apakah cara mengatasi perut buncit selepas bersalin?
- Ambil beberapa biji limau kasturi dan sedikit kapur makan. Perahkan jus limau dan gaul bersama kapur tadi. Sapukan pada perut untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Boleh diamalkan semasa berpantang sebelum memakai bengkung dan pada bila-bila masa sahaja.
- Satukan satu camca besar kapur sirih, 20 titik minyak kayu putih dan satu camca besar air limau nipis. Sapukan pada perut selepas bersalin. Lakukan selama beberapa minggu. InsyaAllah, perut kembali kendur dan kedutan juga hilang.
- Tumbuk halus beberapa helai daun jambu batu dan sebuku halia. Letakkan sedikit air dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Gaul rata, kemudian sapukan pada perut. Biarkan sehingga kering. Boleh amalkan pada setiap malam. Petua ini juga dapat atasi untuk perut ibu yang kembung.
- Tumbuk kapur sirih, daun jambu batu dan halia hingga lumat. Sapukan pada bahagian perut dengan menggunakan bengkung. Lakukan pada setiap malam.
- Lima biki buah delima diambil isinya. Kemudian, tumbuk lumat. Masukkan ke dalam dua gelas air besar dan campurkan dengan sedikit garam. Minum setiap pagi selepas sarapan. Amalkan selama dua minggu pada setiap bulan.
- Ambil 2 sentimeter kunyit hidup dan tumbuk hingga lumat. Selepas itu, ambil air patinya dan campurkan dengan sebiji limau nipis. Minum diiringi selawat pada waktu pagi dan malam.
- Bancuh secawan teh pekat. Campurkan dengan sedikit gula dan perahan sebiji limau nipis. Minum sementara air masih suam. Petua ini boleh diamalkan selesai proses berpantang.
- Angkat kaki sambil berbaring dan tangan diletakkan di bawah kepala. Lakukan senaman ringan ini setiap hari selama 20minit.
- Bancuh segelas air dengan sedikit kapur. Perapkan air kapur sehingga mendap kapurnya ke bawah gelas. Ambil air yang jernih di sebelah atas dan perahkan sebiji limau nipis. Minum air tersebut dua kali pada setiap hari iaitu pada sebelah pagi dan malam.
- Rebus 10 helai daun salam dalam air sebanyak dua gelas. Rebuskan hingga mendidih. Sejukkan dan minum dua kali pada setiap hari.
Rujuk semua petua di atas dan jaga pemakanan. InsyaAllah akan kembali ramping dan anggun.
Selamat mencuba!
Salam nak tanya sy dah kawin mempunyai 3org anak akrg anak sy yang ketiga dah berumur 2 tahun..masalah sy skrg perut sy dah buncit,bagaimana cara untuk ingin kempiskan balik perut sy ni???
Boleh try 🙂
Best petua ni..hujung minggu ni nak try buat la..masa berpantang dlu just sempat bt 2 ke 3 kali jek yang petua no.1 tu..thanks sis..
hai salmah…izah amalkn minum air limau nipis suam pagi dan malam alhamdulillah perut kmpis bancuh dgn teh pun boleh….teh o limau suam atau panas2 lgi baik
Salam..klau sapu kapur dgn air limau kt perut masa berpantang tu xtimbul ke gatal2?
fuh!!!!….terbaik ni…jom cuba
BAGAIMANAKAH MENURUNKAN PERUT BUNCIT
Bismillah,
kat mana mudah nak cari daun salam ya.
bagus tips kempiskan perut ini 🙂
Hai! Slps bersalin memang amal petua tradisional. Perut memang tak buncit tapi kesan parut masih ada. Susah nak hilangkan. Ada petua yg mudah utk hilangkan? Terima kasih
Kena simpan petua ni….bila2 free boleh buat….caranye pun sng dn jimat tu….
Kalo czer blh minum air limau x…