Kalau Nak Panjangkan Bulu Mata, Buat 6 Cara Ini. Mesti Lentik!

“Dahlah mata aku ni sepet, bulu mata pulak pendek. Jeles betul tengok si Kamilia tu, mata sudahlah bulat, bulu mata pun panjang melentik. Tak payah susah-susah pakai maskara tebal pun dah nampak cantik. Untunglah.  Agaknya mesti ada cara semulajadi nak panjangkan bulu mata.”

Tak semua orang bertuah dikurniakan bulu mata lebat dan panjang semula jadi.

Tapi tak bermakna mereka yang punya bulu mata yang pendek tidak boleh berbuat apa-apa untuk mendapatkan bulu mata yang panjang.

Cuma perlu usaha lebih sikit dengan ‘apply’ banyak tips, teknik dan guna produk yang sesuai untuk mendapatkannya.

Di sini kami ingin bongkar rahsia dan kongsikan caranya.

cara panjangkan bulu mata
Foto Kredit: womenexchangenetwork.com

7 Cara Panjangkan Bulu Mata Dengan Mudah Dan Berkesan

Antara yang boleh diamalkan untuk panjangkan bulu mata adalah:

1. Sikat dengan kerap

Biar betul! Ada ke sikat untuk bulu mata?

Ya, ada. Sikat bulu mata dengan kerap dan anda akan lihat hasilnya.

panjangkan bulu mata semulajadi

2. Sapu Vaseline setiap malam

Produk ‘petroleum jelly’ seperti vaseline boleh digunakan untuk membantu pertumbuhan bulu mata.

Ambil sedikit Vaseline mengguna cotton bud atau berus maskara.

Kemudian sapu pada bulu mata sebelum tidur.

panjangkan bulu mata
Foto Kredit: brit.co

3. Guna minyak semula jadi

Minyak zaitun, minyak kelapa, minyak jojoba dan minyak castor mengandungi mineral, vitamin dan agen pemanjang.

Ia bukan sahaja membantu memanjangkan bulu mata malah melembapkannya.

Foto Kredit: fairwaymarket.com http://blog.fairwaymarket.com/2013/02/the-truth-about-olive-oil/
Foto Kredit: fairwaymarket.com

4. Sapu vitamin E

Vitamin E membantu pertumbuhan dan memanjangkan bulu mata.

Sapu losyen yang mengandungi vitamin E pada bulu mata untuk memanjangkannya.

cara panjangkan bulu mata
Foto Kredit: foodfactsindex.com

5. Makan Biotin

Ambil vitamin B Kompleks dipanggil Biotin. Ia juga terdapat dlam makanan seperti avocado, keju, kobis bunga, almond, sayuran hijau, serta kacang.

Ia berkesan bukan saja untuk panjangkan bulu mata, tetapi boleh juga memanjangkan serta menyihatkan rambut.

cara panjangkan bulu mata
Foto Kredit: dailycurlz.com

5. Tekap dengan teh hijau

Jika kurang selesa dengan minyak, boleh juga guna teh hijau untuk panjangkan bulu mata.

Basahkan cotton swab dalam teh hijau dan tekap pada bulu mata.

Bilas dengan air bersih sebaik saja anda bangun tidur.

petua panjangkan bulu mata
Foto Kredit: fashionsense.bg

6. Guna produk ‘Lash Accelerator’

Ada produk maskara yang dilengkapi dengan ‘Lash Accelarator’ seperti Rimmel London.

Hanya sapukan pada bulu mata dan…. ta-da!

Bulu mata pasti nampak panjang dan tebal.

produk panjangkan bulu mata
Foto Kredit: sassiamblog.com

Amalkan Dan Tengok Hasilnya Sendiri

Dengan mengamalkan teknik yang betul untuk panjangkan bulu mata, anda mungkin boleh nampak kesannya dalam masa yang singkat.

Menurut blog seorang penggemar kecantikan, beliau sendiri telah mendapat kesan positif setelah bereksperimen dengan teknik ini dalam masa 1 bulan.

Selepas 3 bulan, kesannya juga bertambah ketara. Tak perlu lagi maskara.

Ia bukan sahaja memberi penampilan yang menarik malah menjadikan seseorang itu tampil lebih muda, lebih segar dan lebih vibrant.

Cubalah!

Leave a Comment