Petua Rambut Gugur Selepas Bersalin Secara Tradisional

Petua Rambut Gugur Selepas Bersalin

Bila sikat rambut, segugus rambut melekat pada sikat. Ya, bukan sehelai dua, tetapi berbelas-belas helai rambut. Ramai yang mengalami masalah rambut gugur selepas bersalin. Bila mandi pula, walaupun tidak gosok kepala, banyak sangat rambut yang gugur.

Adakah normal jika rambut gugur selepas bersalin? BabyCenter ada jawapannya tentang Pospartum Hair Loss.

Pasti situasi di atas merisaukan ramai ibu yang baru bersalin. Ada juga yang bimbang jadi botak kerana banyak rambut yang hilang!

Petua tradisional

Untuk mengelakkan terus kehilangan rambut, mari cuba petua rambut gugur selepas bersalin secara tradisional yang diamalkan oleh orang-orang lama:

  1. Sediakan santan dari sebiji kelapa.
  2. Perah santan dengan air suam dengan hanya sekali perah sahaja.
  3. Ketiha mahu mandi, basahkan rambut dahulu
  4. Selepas itu, baru lumurkan pati santan pada rambut, sehingga meresap pada akar rambut
  5. Perapkan rambut dengan tuala kering selama 30 minit
  6. Cuci rambut dengan air suam
  7. Keringkan rambut dengan pengering rambut
  8. Ulang 2-3 kali seminggu

Bagaimana jika rambut masih lagi gugur teruk?

Apa yang perlu saya buat jika saya menghadapi masalah keguguran rambut yang teruk dan tidak normal? Ikuti petua rambut gugur selepas bersalin seperti di bawah ini.

Jika rambut masih lagi gugur, sila jumpa doktor untuk dapatkan nasihat dan rawatan. Nasihat ini dari Kementerian Kesihatan.

  • Jika masalah rambut gugur disebabkan oleh stres, jangan bimbang kerana ia hanya sementara dan rambut akan tumbuh semula
  • Penyiasatan untuk mengesahkan penyakit lain seperti penyakit tiroid dan SLE perlu dilakukan untuk rawatan
  • Jangkitan kulat boleh dirawat menggunakan ubat anti-kulat
  • Ubat dapat membantu dalam beberapa situasi
    • Contohnya, minoxidil dalam bentuk topikal 2% dan 5% dapat memperlahankan atau mencegah masalah botak mengikut corak lelaki atau wanita
    • Tablet finasteride dapat membantu masalah botak pada lelaki
  • Terapi psiko logikal diperlukan untuk rawatan Trichotillomania

Akhir kata

Bagi yang sedang hamil, dan risau akan rambut gugur, mohon bertenang. Usah panik dan cuba dulu petua rambut gugur selepas bersalin yang dikongsikan ini.

Jika ada masa, selepas selesai kegusaran tentang rambut gugur, baca pula petua menghilangkan perut buncit selepas bersalin.

Selamat mencuba!

6 thoughts on “Petua Rambut Gugur Selepas Bersalin Secara Tradisional”

Leave a Comment