Pulau-pulau Menarik di Malaysia Yang Tidak Popular
Kita biasa dengar Pulau Tioman, Pulau Sipadan, Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Tidak dinafikan, itu ialah pulau yang cantik dan antara pulau menarik di Malaysia.
Sebelum ini, kami pernah menyenaraikan 10 pulau paling cantik di Malaysia satu ketika dulu siap dengan infografik dengan sumber dari akhbar The Star.
Namun, bagaimana dengan pulau-pulau lain yang kurang popular dan tidak banyak mendapat promosi di media massa?
Memandangkan banyak laman web lain yang turut sama menyenaraikan 5 senarai asal kami ini, maka kami tambah lagi senarai pulau menarik di Malaysia.
Mari sama-sama ketahui pelbagai lagi pulau-pulau menarik di Malaysia yang tidak ramai orang tahu. Mungkin langsung tidak pernah dengar!
1. Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah

Pulau ini juga dikenali dan dipanggil Pulau Bohaydulong atau Pulau Bohidulong. Jarak perjalanan dari bandar Semporna lebih kurang 30 minit, dengan menaiki bot. Pulau Bohey Dulang ialah satu daripada 8 pulau dalam Tun Sakaran Marine Park.

Kalau ada masa, baca entri honeymoon dari Chawanna ini penuh dengan gambar kecantikan Pulau Bohey Dulang.

Kami teramat pasti, gambar-gambar ini bakal menggetarkan jiwa anda dan buat anda tergamam kerana teramat cantik!
2. Pulau Kapalai, Semporna, Sabah

Pulau Kapalai terletak lebih kurang 15 kilometer dari Pulau Sipadan. Ia adalah syurga bagi penggemar sukan skuba dan snorkeling. Pulau Kapalai juga adalah destinasi yang sangat sesuai untuk bulan madu.
Biasanya, ramai orang akan pergi ke Pulau Mabul-Pulau Sipadan-Pulau Kapalai-Pulau Bohey Dulang. Bak kata seorang blogger, akibat kawasan sekitar yang terlalu cantik, hatiku tertinggal di Kapalai.
3. Pulau Banggi, Kudat, Sabah

Kalau mahu tahu, menurut Wikipedia, Pulau Banggi ini adalah pulau terbesar di Malaysia. Lebih besar dari Langkawi dan Pulau Pinang!

Baca catatan kembara dan pengalaman ke Pulau Banggi untuk maklumat lanjut. Jika minat diving, jangan lupa singgah ke sini juga.
4. Pulau Aur, Mersing, Johor

Johor ada pulau? Ingatkan cuma Legoland dan Hello Kitty Land sahaja. Terletak di sebelah pantai timur di daerah Mersing, Pulau Aur adalah khazanah yang cukup cantik. Sehinggakan anak jati Pulau Aur ini cukup berbangga dengan kecantikannya.

Cuma harus diingat, seperti perkongsian blogger akukahtuah, tidak ada kaunter untuk beli tiket untuk ke Pulau Aur. Kena pandai-pandai cari bot sendiri. Bagi yang minat memancing di laut dalam, jangan lupa lepaskan peluang untuk merasai pengalaman memancing di Pulau Aur.
5. Pulau Tenggol, Dungun, Terengganu

Mungkin pulau ini tidak sepopular Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Sebaliknya, ia adalah tumpuan bagi peminat sukan skuba di seluruh dunia. Yang minat snorkeling juga boleh ke sini.

Lebar Pulau Tenggol lebih kurang 2-3 kilometer sahaja. Pantainya pendek dan sangat landai dan amat sesuai untuk anak-anak kecil. Siap boleh main kejar-kejar lagi!
6. Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah

Menurut Wikipedia, Pulau Bum Bum terletak berhampiran dengan perairan Semporna, Kunak dan Lahad Datu. Dikatakan juga, saiz Pulau Bum Bum lebih kurang sebesar Singapura.
Walaupun Pulau Bum Bum bukanlah sebuah pulau pelancongan, airnya masih lagi crystal clear. Percutian ke Semporna tidak sempurna jika tidak singgah ke sini.
7. Pulau Mataking, Semporna, Sabah

Tidak perlu cakap banyak, lihat gambar sahaja sudah buat mulut kita terlopong. Malah terdetik di hati, benarkah ada pulau sebegini di Malaysia?

Jika terlalu banyak kerja di pejabat, ambil cuti dan hilangkan stress di sini. Bila sudah sampai Pulau Mabul, jangan lupa singgah ke Pulau Mataking. Mungkin kena sewa bot yang agak mahal, tetapi sangat-sangat berbaloi.
8. Pulau Rawa, Besut, Terengganu
Pulau Rawa ialah sebuah pulau yang kecil dan tidak didiami. Ia terletak di barat laut Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.

Seseorang hanya boleh ke sana dengan menyewa bot dari Pulau Perhentian sahaja. Walaupun Pulau Rawa ini kecil sahaja, terumbu karangnya sangat cantik dan berwarna-warni.
9. Pulau Rawa, Mersing, Johor

Jangan ingat Terengganu sahaja ada Pulau Rawa. Johor juga ada Pulau Rawa. Dikatakan, dahulunya adalah pulau persendirian atau dipanggil private island. Kini menjadi salah satu destinasi pelancongan pilihan.

Untuk cuci mata, boleh baca perjalanan blogger shin ke Pulau Rawa. Nasib baik dia ada kamera GoPro, yang merakamkan suasana tenang dan damai di Pulau Rawa.
10. Pulau Sibu, Mersing, Johor

Pulau Sibu yang terletak dalam daerah Mersing ini mengadap Laut Cina Selatan. Ia sebenarnya gugusan pulau-pulau lain seperti Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung.

Pulau Sibu, walaupun tidak terkenal seperti Pulau Tioman, ia sangat sesuai untuk weekend getaway. Ada juga yang menjadikan Pulau Sibu sebagai alternatif kerana semua resort telah penuh di Pulau Tioman.
Yang penting, jangan naik jeti di Mersing, tetapi jeti di Tanjung Leman. Kalau mahu cuci mata, lihat gambar di sini dan di sini puas-puas.
11. Pulau Timba Timba, Semporna,Sabah

Ini sememangnya pulau yang jarang dikenali ramai. Jikalau anda cuba Google untuk mencari maklumat, pasti anda akan kecewa. Nasib baik ada yang sudi berkongsi gambar ketika beliau pergi island hopping ke sana.

Pulau Timba Timba terkenal dengan pantainya yang cantik dan hidupan laut yang jarang dijumpai. Juga ada warna 3 layer yang sangat cantik.
Hidupan lautnya termasuk sotong besar, ular laut dan ikan jerung kecil. Selain itu, penyu juga selalui dijumpai di sini. Antara yang lain ialah udang kara, blue ribbon eels, moray eels, barracudas dan large coral trout.
12. Pulau Sibuan, Semporna, Sabah

Walaupun namanya sama, ini bukan Pulau Sibu yang terletak di Mersing, Johor. Pulau Sibuan termasuk dalam rangkaian Taman Marin Tun Sakaran.
Pulau ini berpenghuni dengan etnik Bajau Laut. Ada yang bersetuju, bercerita tentang pulau-pulau di Semporna lebih menarik dari tempat lain. Dikatakan lagi Pulau Sibuan adalah tempat pilihan diver sebelum Pulau Sipadan menjadi terkenal.

Air di sini, katanya sangat jernih. Sekejap hijau, sekejap biru. Suasana sekeliling pula, bagaikan dalam filem yang dibuat-buat, padahal ia adalah yang semulajadi.
Akhir kata
Tidak perlu ke luar negara untuk nikmati keindahan pantai dan pulau. Ini kerana negara kita sendiri menyajikan destinasi yang hebat untuk kita sekeluarga. Kalau bukan kita yang menikmati keindahan negara sendiri, siapa lagi?
Untuk maklumat lanjut, boleh berhubungan terus dengan pihak Tourism Malaysia.
[infobox title=’Tentang Tourism Malaysia’]
Tourism Malaysia atau Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB) ialah satu agensi di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia. Berdasarkan Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992, fungsi Lembaga (Tourism Malaysia) adalah seperti berikut:
- Menggiatkan dan menggalakkan pelancongan ke dan dalam Malaysia
- Merangsangkan, memajukan dan memasarkan Malaysia sebagai destinasi tumpuan pelancong di arena antarabangsa dan tempatan
- Menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau penggalakkan yang berkaitan dengan pelancongan yang dijalankan oleh mana-mana organisasi, agensi kerajaan atau bukan kerajaan
- Membuat syor kepada menteri berkaitan tindakan dan program menggiatkan kemajuan penggalakkan industri pelancongan di Malaysia dan melaksanakan setelah dipersetujui
Selaras dengan fungsi Tourism Malaysia sebagai sebuah organisasi penggalakkan, matlamat-matlamat yang berikut telah ditetapkan:
- Meningkatkan ketibaan pelancong asing
- Meningkatkan purata tempoh lawatan para pelancong untuk menambah hasil pendapatan dari pelancongan
- Merangsang pertumbuhan pelancongan dalam negeri
- Meningkatkan faedah/hasil yang boleh diperolehi dari pasaran Persidangan, Insentif dan Pameran (MICE)
[/infobox]
Kebanyakannya terletak dia Sabah. Jauhnya nk ke sana…boleh x admin paparkn pulau2 lain dia Johor slain pulau air dan pulau tioman.
so…i nk moon kt cni2 bole firdaus azman??
salam sejahtera
kami menyediakan pakej ke pulau aur Aur, Mersing Johor.
Untuk makluman,, sebenarnya resort kami telah pon beroperasi lebih daripada 20 tahun.
Namun kebanyakannya, pelancong datang adalah para penyelam dari Singapura..
Sila like page kami:
https://www.facebook.com/sebukangbay?fref=ts
atau visit official website kami:
sebukangbayresort.com
Siti Normunira pulau tenggol jom.wakakaka 😀
sy berminat…brapa pakej utk hny moon 3h4m?
Hahaha kampungku tercinta.. Pulau aur..
Siapa nak ke sana boleh email saya [email protected]
Nak ke sana mmg susah kalau setakat 1 -2 family.. baiknya pegi ramai2 .. kos ke sana boleh tahan juga.. tp port memancing mmg best!! Kalau nak trip memancing boleh hubungi saya juga
semporna! Pulau Bum-bum … kampung aku tu ..
Mohon dibuat pembetulan..pulau kapalai bukan di tawau tapi di semporna
Pulau² kat semporna tu memang femes memang banyak yang tau..tapi kat sana banyak sangat lanun…macam mana orang tak takut nak datang..
bagi rate. nak pergi. takut kena ketuk kaw2 je huhu
Pulau Lang Tengah juga sangat cantik dan mempuyai tempat snorkeling yang betul betul berhadapan dengan resort Square Point, Pulau ini lebih aman dan kurang sibuk berbanding dengan Pulau Redang namun sama cantik
Btol tu
Admin tlg btlkan fakta, gambar no 10 ialah gambar Pulau Sipadan. Terima kasih 🙂
Pulau kapas, terengganu tidak tersenarai? White sand beach..clear blue water and awesome snorkeling spots!
bukan ke pulau yg di area sabah banyak kidnapping
Banyak lagi…Pulau Lang Tengah, Pulau Tulai,
terbaik la aliff klw aku pergi sana leh jd touris guide nnti
Eddie Putra x lah … aku masi pelajar dan aku tinggal d Lahad datu
Pulau kapas sy rasa dh popular cik zanariah..
Dh smpi ke pulau bum bum.. mmg mcm x percaya ada tmpt secantik itu di Malaysia..
Except Sipadan, I have been to all Semporna islands mentioned here. Bohey Dulang and Sibuan are no longer as beautiful as said. A lot of corals in the straits between Bohey Dulang and Gahaya had been destroyed, presumably by fish bombers. Bum Bum is not near Lahad Datu or Kunak, and certainly not regarded as a beautiful island in the eyes of visitors. However it does have many beautiful spots. Water in Semporna is crystal clear no doubt but nobody enjoys seeing garbage in crystal clear water.
Pulau Rawa masih private island yg dimiliki oleh kerabat Johor. Tetapi dijadikan sbg tempat pelancongan.
Antara pulau yg paling saya gemar di Sabah n Tganu.. setuju dgn idea admin diatas.. saya berpeluang ke Bohey Dulang,Timba Timba & Sibuan. Diving di Sibuan memang moment yg x dpt dilupakan.. marine life nye jinak,sgt cantek. coral pun.. 🙂
Wow baik punya tempat rehat rehat…
agreed with izzati. pulau rawa private island and yes it is superbly beautiful! 🙂
nice .. bole pegi ni
dh pegi smporna tp stu plau ja pnah jlajah,,argghh
cantiknya!!!!
Saujana mata memandang
Malaysia kaya dengan khazanah alam semulajadi.
Perhhh.. Lawa gila..
bole jd guider dak ? hehe
Kalaula dapat duduk sebulan kat pulau area sabah fuhh..
Mohamad Amirul Amin
Pulau Lang Tengah, sebab salah satu pulau yang diwartakan sebagai taman laut.