Apa itu STRETCH MARK?

Stretch mark adalah garisan-garisan putih yang muncul pada kulit. Selalunya stretch mark ini akan menyerang wanita hamil kerana kulit merenggang akibat rahim mengembang dengan kadar yang agak cepat. Mereka yang mengalami obesiti juga berkemungkinan diserang stretch mark. Perubahan hormon sewaktu mengandung menyebabkan garisan stretch mark akan berwarna merah, ungu atau merah jambu. Kawasan badan yang sering timbul stretch mark adalah perut, peha, payudara, lengan dan  punggung. Kadang-kadang agak seram melihat stretch mark ini. Adakalanya nak berpakaian seksi di hadapan suami pun agak malu. Jadi takkan nak biarkan sahaja kulit penuh dengan garisan-garisan yang menyesakkan mata ini?
Jom baca tips yang mungkin para ibu boleh praktikkan. Ingat, rawatan stretch mark itu sangat penting!
Cara merawat stretch mark

1. Elakkan pertambahan berat badan yang mendadak sewaktu mengandung
Tidak dinafikan semasa hamil selera makan bertambah dua kali ganda. Tetapi harus diingat untuk mengawal selera makan anda. Bimbang nanti sewaktu hamil diserang kencing manis pula. Stretch mark dapat, penyakit pun dapat!

2. Ambil makanan seimbang dan pengambilan vitamin C untuk merangsang kolagen
Amalkan memakan buah, minum yogurt dan susu segar. Elakkan juga pengambilan kafien yang boleh mengeringkan kulit.

3. Sapu pelembap
Sekarang banyak pelembap untuk stretch mark yang dijual di farmasi. Contohnya minyak zaitun, baby oil, cocoa butter dan lain-lain lagi. Sapukan pelembab selepas mandi dan sebelum tidur di kawasan badan yang disebut tadi.

4. Memakai korset
Korset ini boleh pakai selepas bersalin ya para ibu. Bukan sebelum bersalin. Korset akan membantu menegangkan kulit yang kendur selepas bersalin. Siapa tahu boleh bertukar jadi anak dara kembali.

5. Bersenam
Walaupun anda sedang hamil, jangan abaikan senaman untuk ibu mengandung. Amalkan senaman ini sehingga anda melahirkan anak.

6- Rawatan fractional CO2 laser
Garisan merah atau ungu akan bertukar menjadi garisan putih. Bagi para ibu yang inginkan kesan yang pantas, anda disyorkan untuk mencuba rawatan fractional CO2 laser. Tetapi harus diingatkan rawatan ini mungkin perlu dilakukan berulang kali sehingga garisan ini pudar kerana ia bergantung kepada tahap stretch mark itu sendiri.

7. Amalkan petua tradisional
Walaupun kini sudah zaman moden, jangan sekali-kali lupakan petua tok nenek kita dahulu. Lagipun petua dahulu kala lebih menjimatkan dan selamat. Tiada sebarang bahan kimia pun. Antara petua lama yang boleh dikongsi ialah ramas sedikit asam jawa dengan kapur atau ragi. Campurkan dengan sedikit air sehingga sebati. Kemudian sapu di bahagian yang ada stretch mark sebelum tidur. Lakukan setiap malam. Insyaallah berkesan.
Salam… nk tya… nk pkai asan jawa dgn kapur tu sblm tidur kn.? Lps tu biarkn sje smpai pg atw mcm mne?
Rawatan tradisional lagi jimat dan murah. Tapi kena tahan gatal sahajalah sebab penggunaan kapur