6 Cara Rawatan Demam Campak Kanak-kanak Yang Efektif

Apakah tanda demam campak?

Jangan pandang remeh jika dalam mulut si kecil terdapat lingkaran merah di sekeliling bintik-bintik putih.
Itu mungkin tanda awal anak anda mengidap demam campak.

Selain itu, anak mula meragam dan kelihatan lesu. Suhu badan mulai tinggi menyebabkan hidung serta mata berair dan merah. Berselang-seli pula dengan batuk, cirit-birit dan muntah malah mudah diserang sawan apabila suhu terlalu tinggi.

Jadi, apakah tindakan kita sebagai ibu-bapa?

1. Pertama sekali, buat pemeriksaan di klinik/hospital

Dapatkan rawatan perubatan dengan segera untuk mengelakkan keadaan bertambah buruk

2. Kerap periksa suhu badan

Lap badan si kecil untuk turunkan suhu

3. Banyakkan minum air

Beri anak minum air dalam kuantiti yang banyak untuk menggantikan cairan yang keluar

4. Pakaikan pakaian nipis

Elak memakai pakaian tebal agar anak rasa selesa

5. Asingkan anak

Biasanya ruam campak akan mula kelihatan di anggota badan selepas beberapa hari demam. Asingkan anak dari orang ramai untuk elakkan sebaran penyakit terutamanya kanak-kanak berusia bawah 10 tahun. Ia mudah berjangkit melalui titisan cecair dari mulut dan hidung yang keluar ketika bercakap, batuk mahupun bersin.

6. Banyakkan bersabar

Tingkatkan kesabaran kerana anak-anak yang terkena demam campak akan menuntut fokus 100 peratus. Ruam campak akan menyebabkan badan mereka rasa miang dan tidak selesa sehingga kerap merengek.

Bagaimana mencegah demam campak?

Pemberian suntikan imunisasi MMR (Measles, Mumps & Rubella) adalah sangat penting.
Suntikan untuk menghindari demam campak ini diberikan ketika bayi berusia 12 bulan dan 7 tahun.

Ada cara tradisional?

Cara tradisional yang boleh dilakukan adalah mandi dengan air kelapa muda.

Kalau takut berjangkit?

Jika anda terdedah kepada pesakit demam campak, cepat berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan antibiotik.

Demam campak
Foto Kredit: healthyprotocols.com

Jika anda terkena demam campak, jangan panik. Banyakkan berehat dan minum air dengan kerap.

Bermula dengan sekadar demam, ia boleh menjadi serius hingga membawa maut. Amat penting untuk kita menjaga taraf kesihatan serta pemakanan anak yang menghidap penyakit ini agar dapat mengelakkan komplikasi sampingan seperti jangkitan telinga, jangkitan paru-paru, jangkitan otak dan lain-lain lagi yang melambatkan proses penyembuhan.

Leave a Comment