Nama bayi ini Piper. Dia ada sedikit rabun dan tidak boleh melihat dengan jelas.
Piper berusia 10 bulan. Mula-mula, Piper macam kata, “Tak nak pakai la mama…. tak nak… tak nakkkk!”
Lepas dah pakai cermin mata, dia punya reaksi memang priceless. Cair hati ini bila tengok dia.
Kisah di sebalik video ini

Kata ibu Piper, Sinclar, “Saya mula perasan, dia ada masalah penglihatan semasa Piper dalam peringkat merangkak. Dia macam tidak seperti bayi lain yang boleh merangkak jauh. Macam ada yang tidak kena. Doktor membuat ujian mata dan mendapati yang Piper sebenarnya sedikit rabun (slight astigmatism)”
Bayi rabun
Piper perlukan power +7.00 untuk satu mata, dan +9.00 untuk yang sebelah lagi. Selepas cermin mata siap, famili ini pergi makan bersama dan cuba mengenakan cermim mata itu pada Piper. Masa inilah reaksi comel Piper diabadikan.
Rabun kanak-kanak
Walaupun video ini bakal membuatkan kita tersenyum dengan kecomelan Piper, ibunya berharap reaksi anaknya akan dapat meningkat kesedaran tentang pentingkan untuk membuat ujian saringan mata pada peringkat awal lagi.
Sumber: today.com
So cute piper
A good content. Informasi yang memberi inspirasi.