Ingatkah lagi anda dengan pau cendawan yang ‘viral’ semasa bulan puasa yang lalu?
Bila diingatkan semula, mesti ada yang teringin dan ada juga yang belum sempa merasanya. Jangan risau, di sini kami kongsikan resepi pau cendawan yang diolah oleh Puan Nor Haslinda.
Yang menariknya, beliau kongsikan langkah demi langkah supaya ramai dapat membuatnya dengan mudah.
Baiklah, jom tengok resepi pau cendawan yang menggiurkan ini.
Resepi Pau Cendawan Viral, Memang Sedap!
Bahan Inti
- 2 keping isi ayam bahagian dada di potong dadu.
- [email protected] cendawan shintake rendam hingga kembang baru hiris dadu
- 2 sudu besar mentega
- 1 sudu besar minyak zaitun
- [email protected] sudu besar bawang besar kisar
- [email protected] ‘dash’ serbuk lada hitam berperisa
- 1/4 sudu teh garam halus
- 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Bahan Doh
- 300 gram tepung pau
- 1 sudu teh yis
- 3/4 sudu teh baking powder
- 1 sudu besar gula kastor
- 1/2 sudu teh pelembut roti
- 1/2 sudu besar shortening
- 200 ml air suam
Bahan Untuk Pewarna
- 2 sudu besar tepung beras
- 2 sudu besar serbuk koko
- 4 sudu besar air
(Bancuhkan semua dan ketepikan.)
Resepi Pau Cendawan: Langkah Demi Langkah
1. Cara Buat Inti
- Mula-mula cairkan mentega bersama minyak dahulu.
- Kemudian masukkan bawang besar kisar dan tumis hingga naik bau.
- Masukkan pula cendawan shintake dan kacau hingga nampak layu sedikit.
- Masukkan ayam dan kacau lagi.
- Oh ya, dalam gambar tadi saya terlupa sos tiram Maggi. Masukkan dalam 2 sudu besar dan kacau.
- Kemudian perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
- Untuk dapatkan inti yang pekat tuangkan tepung jagung yang dibancuh dengan air.
- Kacau sehingga pekat dan padamkan api. Jika inginkan lebih nampak ‘creamy’ boleh tambahkan ‘mushroom soup Campbell’. Siap intinya! Sementara ia sejuk, kita buat dohnya.
2. Cara Buat Doh
- Masukkan kesemua bahan kecuali shortening dan gaul.
- Adunan agak melekit sedikit ya.
- Kemudian masukkan shortening dan uli sehingga doh menjadi elastik.
- Perapkan selama 10 minit hingga ia naik dua kali ganda seperti dalam gambar. Tumbuk-tumbuk manja sahaja untuk buangkan udara.
- Kemudian, bulat-bulatkan doh seperti dalam gambar. Siap!
3. Masukkan Inti
- Leperkan doh kemudian sudukan inti ikut banyak mana kalian mahu. Saya suka inti banyak baru sedap!
4. Bentukkan
- Tutupkan semula doh tadi kemudian ambil sedikit adunan bulatkan dan tepek atasnya. Konon-konon batang cendawan lah ya.
5. Warnakan
- Apabila dah siap bentuknya, kita main cat-cat pula! Guna berus dan tepek-tepekkan atasnya dengan adunan coklat tadi. Setelah dicat, biarkan selama 30 minit sehingga ia jadi mengembang, baru boleh kukus.
6. Sedia Untuk Kukus
Naikkan tempat pengukus dahulu biar air mendidih. Susunkan dalam pengukus dan kukus 2-3 minit sahaja.
7. Siap
Inilah hasilnya. Adalah rupa cendawan shitake, kan? Rasanya pun sedap. Yang tengah tengok mesti terliur.
Selamat Mencuba!
Rupanya, tak adalah susah sangat nak buat pau ya? Apa kata kita cuba dan kongsikan kelazatannya bersama keluarga dan juga jiran tetangga.
Yang dah cuba bolehlah komen di sini untuk memberi ulasan atau tips-tips tambahan. Tentu menarik!
*Resepi asal oleh Puan Nor Haslinda Chua ini diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Beliau amat handal dalam bidang memasak dan turut menerima tempahan kuih bulan. Banyak lagi resepi yang dikongsikan di Facebook beliau di pautan sini.