12 Cara Manfaatkan Teknologi Untuk Sambut Hari Raya Aidilfitri

Cara Moden Sambut Hari Raya

Di laman Facebook dan Whatsapp, masih lagi tidak berhenti diskusi tentang cara sambut raya untuk menjimatkan wang. Banyak gambar dan video yang dikongsikan, sampai membuatkan meningkatnya nafsu amarah. Tidak kurang juga yang ketawa berdekah-dekah.

Buat apa mahu penat-penat marah-marah? Maka kami kongsikan beberapa cadangan kami untuk sambut raya dengan memanfaatkan teknologi, berbantukan beberapa cadangan yang kami telah baca sebelum ini:

1. Blast Whatsapp group dengan mesej Selamat Hari Raya

Sambut hari raya
Foto Kredit: imore.com

Buat apa penat-penat mahu mesej satu persatu? Siap-siap copy mesej hari raya siapa yang paling best!. Lepas tu, blast pada semua Whatsapp group yang ada.

Patut atau Tidak?: Tidak

2. Mohon maaf dengan Skype atau Facetime

Sambut raya
Foto Kredit: onecardme.com

Walaupun tinggal satu negara (dan walaupun satu rumah), mungkin boleh cuba mohon maaf di hari mulia ini menggunakan teknologi. Agak-agak berkesan tak?

Perlukah diikut?: Tidak

3. Sediakan Wi-Fi di kampung

Sambut hari raya
Foto Kredit: pi1mkgbanggol.blogspot.com

Untung kalau kampung ada Streamyx. Jarang-jarang ada UniFi. Maka, penyelesaiannya, cuba bawa balik mobile broadband yang ada. Siap-siap topup Yes4G, Maxis, Celcom, Digi, U-Mobile atau apa-apa sahaja yang ada.

Perlukah diikut?: Mungkin

4. Masukkan topup dalam sampul duit raya

Sambut hari raya
Foto Kredit: nachmeinemeinung.wordpress.com

Rata-rata, kanak-kanak zaman sekarang sudah ada telefon sendiri. Sedar tau tidak, bila kita beri mereka duit raya, duit itu juga akan digunakan untuk beli topup.

RM5 pun cukup dah!

Perlukah diikut?: Agak pelik, tetapi boleh cuba

5. Balik kampung guna Waze

Sambut hari raya
Foto Kredit: poskod.my

Ini penting. Sentiasa siap sedia untuk cilok jalan lain kalau dah nampak merah. Biar jauh sedikit asalkan tidak terperangkap dalam kesesakan jalanraya.

Bila tiba hari raya, kampung adalah kawasan yang paling jem. Tidak seperti di bandar, kesesakan di kampung kadang-kala lebih teruk.

Cuma jangan gatal guna Waze kalau memandu sendirian!

Perlukah diikut?: Mesti

 

6. Rakam video pengguna jalan raya yang biadap

Sambut hari raya
Foto Kredit: thestar.com.my

Akan ada makhluk-makhluk tidak faham bahasa yang fikir jalan raya itu dia punya. Sudahlah bawa membabi-buta, langgar peraturan pula.

Kalau terlalu marah dan orang yang memandu secara gila itu popular, rakam video dan muat-naik ke Facebook. Lagi satu, oang potong laluan kiri tu yang buat kita panas hati. Ingat dia seorang ada kampung?

Perlukah diikut?: Bergantung

7. Laporkan pada SPAD dan PLUS

Sambut hari raya
Foto Kredit: tropicalexpat.wordpress.com

Kalau ada duit lebih, boleh guna SMS, kerana SPAD tiada Whatsapp. Taip SPAD <Aduan> dan hantar ke 15888. Untuk lebih canggih, boleh juga tweet @aduanSPAD.

Jika menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), boleh tweet @PLUStrafik

Perlukah diikut?: Perlu

 

8. Download mobile app yang berguna secara percuma

Sambut hari raya

Selain Waze, ada banyak lagi mobile app yang menarik. Contohnya PLUS Expressway untuk iOS dan Android. Siap ada live CCTV lagi!

Perlukah diikut?: Perlu

9. Bawa extension plug banyak-banyak

Sambut hari raya
Foto Kredit: hardwarezone.com.sg

Bila balik kampung, power socket di dinding adalah terhad. Jadi, pandai-pandailah bawa balik extension plug sendiri. Kalau tidak, kenalah tunggu turn untuk caj telefon.

 

10. Beli powerbank spare

Sambut hari raya
Foto Kredit: shopclues.com

Untuk kita sendiri, mungkin cukup. Percayalah, akan ada insan terpilih yang menumpang nanti untuk caj telefon sebab habis bateri.

Tambahan lagi, bila berjalan jauh melawat saudara-mara, ia mungkin akan masa berjam-jam. Tentu sekali tidak ada masa untuk caj telefon. Masa inilah powerbank sangat berguna.

Perlukah diikut?: Bergantung

 

11. Selfie semasa mohon maaf di pagi raya

Sambut hari raya
Foto Kredit: amazon.com

“Sayang atuk, sayang nenek, sayang mak, sayang ayah!”. Atau “Inilah keluarga kami, semuanya sedondon!”

Itulah caption yang akan kita lihat di News Feed Facebook sejurus selepas selesai solat sunat Aidilfitri. Jangan pula upload gambar adik-beradik lain yang menangis semasa sesi mohon maaf pula!

Jangan lupa selfie stick sekali. Nak lebih hebat, guna GoPro!

Perlukah diikut?: Tidak

 

12. Hantar duit raya secara online

Sambut raya

Mula-mula, rasa nak ketawa juga bila ada yang kata begini. Macam tak logik!

Namun, agak terkejut juga bila Maybank2U betul-betul memberikan servis e-Duit Raya secara percuma! Hantar duit raya pun boleh dapat duit raya.

Ini antara hadiahnya:

Hadiah Pertama : RM1,000 x 3 pemenang
Hadiah Kedua : RM500 x 10 pemenang
Hadiah Saguhati : RM100 x 50 pemenang

Perlukah diikut?: Bergantung

Akhir kata

Mungkin ada cadangan di atas yang boleh digunapakai. Ada juga yang agak sinis. Kami pasti ada yang tidak selesa. Kami bukan mahukan anda benar-benar ikut cara di atas. Ia sekadar lontaran idea, dek ramai sangat yang mengkiritik cara sambut raya yang terbaik.

Ada cadangan lain untuk sambut raya agar nampak lebih meriah dan urban? Kongsikan dengan kami di ruangan komen!

2 thoughts on “12 Cara Manfaatkan Teknologi Untuk Sambut Hari Raya Aidilfitri”

  1. hahaha..
    zaman sudah serba canggih..
    kalau boleh nak salam mintak maaf pun secara maya .
    apa pun.. yang penting kita tetap balik kampung raya tahun ni !!!

    Reply

Leave a Comment