Senarai Barang Baby Ke Hospital
Untuk memudahkan semua bakal ibu, pihak kami mengambil inisiatif untuk membuat checklist barang baby ke hospital. Ini kerana selalu orang bertanya tentang senarai barang keperluan ibu dan bayi. Sebagai satu projek komuniti, daripada senarai ini, kami akan sediakan fail dalam bentuk PDF yang boleh di muat turun. Maaf, kami tiada fail berbentuk Microsoft Word atau Excel.
Jika anda ada senarai yang dibuat sendiri, kongsikan dengan kami. Tidak kira untuk anak baru lahir, anak pertama atau yang kedua, sesiapa sahaja boleh berkongsi informasi ini
Senarai barang bayi yang perlu dibeli
Jika ini bukan bayi pertama, tidak perlu membazir untuk beli barang-barang baru. Senarai barang baby ini hanya panduan semata-mata. Beli mana yang perlu sahaja.
Bila perlu mula shopping?
Terpulang pada masing-masing. Ada yang kumpul duit terlebih dahulu, sampai 7 bulan baru ada duit untuk beli kesemuanya. Ada pula yang beli sedikit-sedikit, dan simpan di rumah. Tidak nampak duit keluar banyak sekaligus.
Apa-apa pun, beli yang penting dahulu. Barang seperti stroller, boleh beli kemudian hari.
Sebelum itu, mohon para ibu sekelian memberikan sedikit pendapat berkenaan senarai atau ‘checklist‘ ini. Mungkin senarai barang baby ini tidak lengkap. Sila kongsi dan beritahu di ruangan komen jika ada yang tertinggal.
A) Keperluan di Hospital
IBU
1. Kad Rawatan Bulanan
2. Pakaian Di hospital
3. Nursing Bra
4. Nursing Pad
5. Maternity Panty
6. Sanitary Pad
7. Baju Panas
8. Stokin
9. Kain Batik
10. Sabun
11. Berus Gigi
12. Tuala Mandi
13. Sikat
14. Selipar
15. Peralatan Makan Minum
16. Pakaian Pulang
BAYI
1. Diapers
2. Tuala (Receiving Towel)
3. Tuala Mandi
4. Wet Tissue
5. Tisu
6. Baju Bayi
7. Selimut
8. Sarung Tangan
9. Stokin

B) Keperluan di Rumah
MANDIAN
1. Tuala
2. Sabun Bayi
3. Syampu
4. Bedak
5. Lotion Bayi
6. Besen Mandi
7. Minyak Rambut
8. Krim Bayi (Nappy Rash)
TIDUR
1. Bantal Bayi
2. Kelambu
3. Tilam Bayi
4. Katil Bayi
5. Buaian
6. Selimut
PAKAIAN
1. Baju Lengan Panjang
2. Lampin/Diapers
3. Baju Lengan Pendek
4. Seluar Panjang
5. Seluar Pendek
6. Stokin Tangan
7. Stokin Kaki
LAIN-LAIN
1. Pin Keselamatan
2. Baby Wipes
3. Cotton Bud
4. Bakul Baju
5. Bakul Baju Kotor
6. Baby Detergent
7. Bakul Sampah
Nasihat kami
Kelengkapan barang baby mesti cukup. Kalau tidak boleh jadi kelam kabut. Setelah lebih kurang 34 minggu hamil, kemas dan sediakan beg yang sepatutnya. Asingkan 3 beg untuk:
1. Beg untuk ibu
2. Beg untuk baby
3. Beg untuk masuk labour room
Letak dalam kereta siap-siap. Takut kalau tiba-tiba rasa mahu bersalin, boleh terus capai dan pergi ke hospital.
Gunakan senarai barang baby ini sebaiknya. Kongsikan dengan kawan-kawan hamil yang lain. Boleh download checklist barang baby di sini.
Semoga bermanfaat!
🙂
terbaik.
Bestnya info2 ni
Good info for mummy to be…..
thanks for sharing this info.. =) sgt mmbantu!
banyak nya benda yg tak perlu…losen baby…syampoo….sebaiknya tak payah guna apa2 sabun…
Terima kasih atas perkongsian.. really appreciate it! check list tersebut sgt membantu.. thanks again..
barut baby tak de pulak dlm check list tuu.. hihiii..
tp check list PDF tu membantu sy 🙂
salam.. ni sy edit sket ikut pengalaman bersalin di HKL thn lepas.. bermalam di wad cuma satu malam.
IBU
1. Kad Rawatan Bulanan – yes!
2. Pakaian Di hospital – tak perlu sbb start nak masuk labour room dah kene pakai baju spital.
3. Nursing Bra – yes!
4. Nursing Pad – yes!
5. Maternity Panty – yes!
6. Sanitary Pad – yes!
7. Baju Panas – wad kelas 3 panas. x perlu. haha
8. Stokin – yes!
9. Kain Batik – tak perlu sbb kene pakai baju spital.
10. Sabun – bwk jenis liquid, senang.
11. Berus Gigi – yes!
12. Tuala Mandi – yes!
13. Sikat – bole la bwk..
14. Selipar – yes!
15. Peralatan Makan Minum – sebotol air masak atau air zamzam pun dah cukup, insyaAllah.
16. Pakaian Pulang – tshirt n kain batik shj..
tambahan : ic, kad nikah, GL
BAYI
1. Diapers – yes!
2. Tuala (Receiving Towel) – yes!
3. Tuala Mandi – yes!
4. Wet Tissue – yes!
5. Tisu – yes!
6. Baju Bayi – yes! tapi x perlu byk.. sepasang dua cukup
7. Selimut – yes!
8. Sarung Tangan – yes!
9. Stokin – yes!
Mohon ‘copy’ sedikit checklist barang-barang baby ini ya untuk entry blog saya. terima kasih.
checklist memang penting.lagi2 bg ibu baru…kalo brg tak cukup ms kat spital, stress jadinya..yg jd ibu berkali2 pon kdg masih lupa..hihihii..
buat mommies, ada giveaway best utk anda…..hadiah2 set penyusuan ibu bernilai RM 750.00 ..nk tau hadiah apa?? klik je link kat atas tu haaa… jemput mommies blogger join giveaway ni yea… !
Thanks utk info ni…
Klau saya, sy akan tambah skit iaitu ubat (minyak urut), kurma,barut n kain bedung bby
Pohon share di blog saya yea… Terima kasih!
saya bakal bersalin bulan Feb 2015. InshaAllah..doakan saya…
Mesin pemerah susu ibu dan storage bottles… breastfeeding is important.. dan manalah tau ibu takde dgn baby atas sebab masalah kesihatan dsb.. bolehlah diperah susu ibu tersebut
Sgt2 membantu
Tengs.. I isau de yg tetggal.. Tqsm