Ini Luahan Isteri Yang Sudah Lama Kahwin Belum Dapat Anak. Sedih Sangat Bila Baca.

Sudah Lama Kahwin Belum Dapat Anak

Soal dapat anak adalah ketentuan Allah. Rezeki anak telah ditentukan sejak dari awal kejadian kita lagi. Usah bertanya soalan sinis seperti “Kenapa belum dapat anak lagi?”, terutama pada pasangan yang sudah lama berkahwin. Walaupun dengan nada bersahaja, muka mereka tersenyum, jauh di sudut hati mereka rasa terluka.

 

Persepsi negatif masyarakat

Ingat lagi masa sedang melanjut pelajaran di kolej atau universiti. Orang-orang lain sibuk tanya, “Bila nak habis belajar”. Bila habis belajar, orang tanya lagi, “Bila nak kerja”. Tidak cukup dengan itu, setelah stabil dalam karier, masyarakat mula bertanya, “Bila nak kahwin”. Namun puncak bagi segala-galanya, ialah apabila sudah berkahwin beberapa bulan, usikan-usikan lain pula muncul, “Dah ada isi ke?”. “Bila nak dapat anak?”. Pernah terkena?

Hikmah belum dapat anak

Ramai yang tidak sedar, dalam meniti alam rumahtangga, kesabaran dalam menepis tohmahan masyarakat adalah sesuatu yang terpuji. Sudah tentu, ada hikmah disebaliknya. Allah bukan tidak mahu berikan rezeki anak lagi, Mungkin masanya belum sesuai. Mungkin juga Allah mahu berikan yang terbaik untuk kita.

 

Foto Kredit: behindthestalldoor.wordpress.com
Foto Kredit: behindthestalldoor.wordpress.com

 

Luahan isteri yang belum hamil

Terus-terang, blogger inaachik di inaachik.blogspot.com menulis entri beliau bukan untuk minta simpati. Beliau sekadar ingin meluahkan perasaan yang sudah lama terbuku dalam hati. Menariknya, bukan beliau seorang berperasaan sebegitu. Ramai yang merasai kedukaan inaachik. Baca luahan mereka di bawah ini.

Luahan #1

Adik kakak abang makcik pakcik…
Bila bab anak ni hati2 lah dlm bercakap. Tambah2 melibatkan pasangan yg telah lama berkahwin tapi rezekinya Allah tangguhkan. Jgn sampai ketidakpekaan dan kelancangan mulut kita buat hati org pecah berkeping-keping.

Jujur… 7 thn setengah saya jadi isteri yg belum diberi peluang jadi ibu, tak pernah saya hati saya pecah berkeping keping seteruk ini. Lebih teruk dari saya kehilangan anak yg hanya sempat hidup dlm rahim saya selama 11 minggu.

Saya terima dgn lapang dada apa yg Allah aturkan utk saya sebab saya tahu DIA sebaik baik perancang dan maha tahu apa yg terbaik utk setiap hambaNya. Dan kalian jugak harus melihat di sisi yg sama. Jangan menghukum seseorang like; ooo si polan ni takde anak sebab perangai dia cenggitu cenggini, sebab dia ni begitu begini, patutlah takde anak sebab bla3…
Bertambah pedih bila ayat pedas sebegini keluar dari orang2 terdekat, kaum kerabat yang kita harap mereka ni bagi sokongan.
Allahuakbar, kamu takde hak menghukum orang lain. Habis, Saidatina Aisyah takde anak sebab Allah tak sayang beliau kah?!!! Sebab beliau tidak sempurnakah?!!!

Pada saya…
Biarlah Allah tak beri anak jika itu yg buat saya makin dekat denganNya…
biarlah saya takde anak dari jadi orang kufur nikmat…
biarlah saya takde anak dari punya anak berderet tapi saya tak mampu menjaga amanah sebagaimana yg Allah perintahkan.

Bukan simpati yang dipinta…
cuma mengharap orang2 yang terdekat dan kaum kerabat menyokong kami.
jaga tutur walaupun tak nak memahami…
jangan musnahkan kekuatan yg kalian sendiri tak tahu betapa lelah kami bina kekuatan itu.
please, jangan musnahkan kekuatan yg kami bina.

Redha mmg redha tapi kadangkala saya wanita lemah yg tak mampu nak takung air mata. menangis bkn sebab tak redha… tapi terhiris dan terluka dengan kata yang tajam dan bisa.

Pada yang Allah beri rezeki anak,
Saya doakan kalian jadi ibu bapa yg baik dan menjaga amanahNya dgn baik…

 

Luahan #2

Akak saya pernah keluar cakap ‘padanlah xde anak’ kat saya, raya dua tahun lepas.. sebelum tu saya rasa family adik beradik paling faham saya, rupanya saya salah. Allah je tau camner saya nk kutip kekuatan sebelum ni, tp sesenang tu adik beradik sendiri leburkan k.ina.

Tp saya tau, cm k.ina slalu ckp, perancangan Allah sebaik baik perancangan. Bila saya tgk camner k.ina berubah, saya turut cuba berubah kak. saya cari usrah, saya pergi kelas mgaji sebab saya nmpk manisnya seronoknya bila dekat dgn Allah. saya nmpk dr kehidupan k.ina… kehidupan yg org kata kosong, lompong sbb xde anak..
tq tuk akk jugak sbb byk share yg baik2 smpi saya terpengaruh!

 

Luahan #3

Assalam cik kaki..jgn sedih2..kita punya nasib serupa. prkhwinan kita pun sm usianya..na wanita badang..jgn mudah menangis dgn kata2 sinis tu..Allah tahu apa yg trbaik utk kita..dia prncg trhebat..cekalkan hati..na beruntung sbb ada ank syurga menanti disana..Allah bg jgk nikmat peluang mnjd ibu..sy xde lg smua tu..sy nie siap dikata lg..xde anak sbb x tahu nak buat..kalau suami sy kawen dgn pompuan polan nie..dh ada 2 anak dh..depan ramai org ms tu..oleh org yg spttnya bg sokongan pd menantu sndiri..tp sy dh xpedulikan dh smua tu..katalah apa nak kata..sy tahu sy ada suami..dan sy ada Allah..jgn nangis lg..
Btl na..hati mn x sedih bila org yg plg rapat yg sepatutnya bg sokongan dan smgt..tub2 lain plak kata2nya..in shaa Allah..sama2 kita doakan..moga andai ini yg Allah aturkan utk kita..alhamdulillah..semoga kita trs kuat dan lbh dkt padaNya mcm na ckp..

Saya dpt byk kata2 smgt dr tulisan na n few others yg lain..terima kasih jgk utk itu..alhmdulillah Allah hadirkan kita suami yg x prnh kondem isteri sbb xdpt bg zuriat..suami yg sntiasa ada..sntiasa jd bahu utk kita menangis..suami yg sntiasa ssh sng bersama..ckp hebat kurniaan itu pd kita..

Luahan #4

Bismillahirrahmaan nirraheem
Saya jarang sekali luahkan.. kadang2 saya berkongsi rasa dengan sahabat yang seangkatan dengan saya.. :’)
dalam menanti cahaya mata. Mustahil untuk tidak rasa sedih .. Tapi bukan bermakna kita tidak redha dan putus asa..Jauh sekali cemburu atau hasad dengan khabar berita dari sahabat yang lain yang mana, lama menanti ‘miracle’ itu. Sungguh yang melalui itu pasti faham .titik rasa itu..
Buat insan, keluarga dan sahabat yang di uji Allah dengan ujian begini. Nukilan saya ini sekadar berkongsi rasa buat mereka yang seangkatan dengan saya. Mohon doa kalian-kalian yang membaca, Doakan saya dan mereka yang ada.
“Hati…Tabahlah..
Mata..Tangislah se esaknya
Jari jemari… Jangan penah jemu mengesat derai airmata

Allah…
PadaMu aku bermohon
Redhakan hatiku..
Kentalkan jiwa dan rasa hatiku
Saat KAU belum memberi aku
‘Peluang’ itu , maka Aku mohon Ya Allah

Tabahkan aku
Sabarkan aku
Redhakan hatiku..”

 

Ekoran dari kisah ini, ramai lagi yang tampil untuk berkongsi cerita tentang pengalaman mereka terutama di media sosial.

Luahan #5

Sy kawin 2 tahun setengah baru hamil ni 3 bulan. Mmg sepanjang 2 tahun tu perli sindir menyindir saya kena. Zuriat ni kalau bukan waktunya tuhan nak bg mmg kena sabar. Di awal perkahwinan sy keadaan kewangan pun sgt sempit. Ye la baru kawin kan. Duduk flat yg tak selesa, ada tilam n almari zip je. Masak atas dapur gas atas lantai. Dan hanya ada motor masa tu.

Sy n suami giat bekerja kumpul duit alhamdulillah dlm dua saja rezeki kerja mmg mencurah2, suami naik pangkat 2 kali, saya dpt offer kerja gaji lebih besar. Dlm dua tahun tu lah kami dpt beli kereta proton, dan apartment middle cost yg selesa. Dpt beli perabot rumah yg lengkap.

Rezeki tu semua dtg, org2 , keluarga kerabat yg tengok hidup kami naik taraf pandang sinis, dan mengata menyindir bab tak ada anak.

Allah bg rezeki anak ni selepas kami bersedia dgn kewangan yg baik skrg. Itu lah rancangan Allah yg sgt hebat bukan? Dulu waktu keadaan sgt tersepit makan nasi n bawang goreng, pg blk kerja berpanas hujan naik motor, kalau ada baby masa tu mcm mana? Tuhan tau apa yg dia rancang utk kami. Sekarang sy hamil , Alhamdulillah. Sy sgt fahami keadaan para isteri yg masih menunggu.

Sy doakan semua tg terbaik utk para isteri yg penyabar dan baik hati.

Luahan #6

Sblm ni sy pernah rs mcm mn bila di keji xmampu lahirkn zuriat sendiri. Dh plbgai cara sy dan suami lakukan tp allah belum berikn kami zuriat.. keluarga trdekat ada yg memahami tp lebih ramai yg memerli. Dikatakn setiap hr ada jer ayat2 pedih serta sindiran tajam masuk ke telinga. Tp syukur sy ada suami yg byk beri sokongan wpn sy tau dia pn turut bersedih.. tp kuasa allah xder siapa yg tau.. hampir 8 tahun berusaha dan diri sudah mula berputus asa allah kirimkn khabar gembira buat sy n suami.. khabar yg menutup mulut2 jahat.. khabar dimana seorng khlifah allah akn hadir.. 230314 lahirlh seorng putera.. lahir dlm penuh kesyukuran.. duhai pasangan yg belum dikurniakn ank jgnlh berduka.. jika allah tidak memberi kamu zuriat mungkin allah akn memberi kamu harta lain.. insyallah bidadari allah akn menyambut kamu disana kelak.. la tahzan..

Luahan #7

sayu hati baca luahan sahabat2 nie….sebab saya juga mengalami situasi yang sama….12 tahun bergelar seorang isteri, 4 kali keguguran…yang terbaru keguguran pada 5hb november 2014 yang lalu. saat hati gembira bila heartbeat baby mula berdenyut, allah turunkan ujianNYA sekali lagi kepada kami…allahuakbar. DIA yang memberi, DIA jua la yang mengambil nyer semula. Ke empat2 anak yang pernah saya kandung hanya sempat hidup dalam rahim saya selama 11 minggu…bayangkan, bertapa ALLAH sedang menguji saya & suami….berlinang air mata, mencari kekuatan & redha….

Luahan #8

Sy kawen 2 thun lebh br lekat. Skrg dah 32w.. doakan sy ye.. sbnrnya xsgka sy akn pregnnt sbb thun lpas buat check up. Sy ada pcos. Suami plak low count sperm.. spnjg 2 thn lbh xyah ckp la pghinaan org mcm mana. Xreti buat. X subur. Org byk duit xperlu ada anak.. sedih nye Allah sja tahu.. tips sy la.. sy byk kab execise. Sy sntiasa berfkirn postf. Mtk mak ayah ,mk mertua doakan utk kita.. klu org tnya sy x cpt sentap.. sy mtk dorg tlg doakan sy.. org kutuk pun sy snyum dan mtk dorg doakan sy… Allah tu ada.. sblm2 ni rasa cmburu gila tgok org pregnnt. Xnak like pn sape2 prgnt d fb. Tp sy ubah skap sy. Sy berbaik2 dgn kawn2 yg prgnnt. Sy tlg mereka dlm prkara yg sy mmpu.. mgkin ini jga doa kawn2 sy.. byk kn solat dhuha. Bykkn mtk ampun dr Allah.. ingt 1 perkara. Ujian ni sbnrnya mendekatkan kita pd Allah. Klu kita pilih jln tu. Tp klu kita pilih mnyalahkan tkdir Allah.. sia2 la penantian kita. Byk kan berusaha.. jgn tggu 4 5 thun br nk g gynae. Br nk ambek spplement itu ini.. Allah kan suka hambaNya yg berusaha. Sy doakan isteri2 yg blm ada zuriat, smoga Allah perkenankan doa2 kamu smua.. aminn

 

Luahan #9

Allahuakbar….sy jg tlh melalui saat2 itu…5 thn sy blm dikurniakn rezki ank…pelbagai kata yg sy dpt…dr org luar jg keluarga sebelah…yg biasa org kata….ermmm…mandul le tu…ibu ayah dan adik beradik kandung alhamdulillah amt memahami dn sentiasa berikan sokongan…ditakdirk pd thn ke6 sy hamil…syukur x terkira…tp..rezki Allah ambil stlh 3 bln dlm ksndungan…sy redho…jika itu yg trbaik buat sy…setelah beberapa bulan, sy disahkn hamil lagi…Alhamdulillah…lahirlah seorang putera….bermula dr inilah, setiap tahun sy hamil. Alhamdulillah….skrg sy punya 8 org ank….5 org telah kembali pd penciptaNya dan msh ada 3 org ank penyejuk mata ayhbonda….apa yg sy ingin kongsikn ialah…redho dgn ujian Allah, sabar dlm menghadapinya….Insyaallah…kebahagiaan akn mnjadi milik kita…jgn dipeduli kata2 org sekeliling yg x membina….Allah ada untuk kita…Dia Maha Tahu apa yg trbaik buat kita..wallahualam

Luahan #10

Saya faham situasi ni sbb tu lah yg berlaku pd kami suami isteri hampir 5 thn. Kdg2 org sekeliling kita krg sensitif. Tanya perkara diluar kemampuan manusia. Siapa tak nk anak..tanya mcm kte ni x berusaha ape2. Tp perlu ke kte bg tau pd smua org, ape yg tlh kte usahakan?

Lagi sedih kalau ade kwn2 yg dtg. Kte igt dia fhm kesedihan kta. Rupa2nya lbh kpd nk lariskan product msg2.

Saya lbh suka nasihatkan kwn2 yg senasib dgn saya, berdikiran terbuka. Suami isteri prlu krjasama. Check pd Dr pakar utk tahu masalah sbenar. Usaha semampu kita. Bnyak kaedah tradisional & moden. Tp jgn suka2 ambil. Yg pntg, tahu masalah msg2 dulu.

Alhamdulillah dgn izin Allah saya dah mngandung 28mggu. Kmi amt gembira krn itulah doa yg kmi slalu pnjatkan. Tp, org yg sya plg syg iaitu arwah ibu pergi tggl kn saya ktika kndungan sya tepat 24 mggu. Saya sgt sedih dlm kgmbiraan saya nk mnymbut org bru, sya khlgn org yg plg sya syg…

Sabar, itu yg perlu kite lakukan saat Allah sdg menguji. Redha, kte kne mnyerahkan diri pada Allah. Tp bkn bermaksud kte berhenti berusaha. Jangan berputus asa, jgn pernah berhenti berdoa meminta pada Allah..insya Allah, Allah makbulkan doa kte. Antara cpt atau lmbt. Allah dengar doa setiap hambanya. Allah lbh tau apa yg terbaik bt kte

Luahan #11

Sy kawin 2 tahun setengah baru hamil ni 3 bulan. Mmg sepanjang 2 tahun tu perli sindir menyindir saya kena. Zuriat ni kalau bukan waktunya tuhan nak bg mmg kena sabar. Di awal perkahwinan sy keadaan kewangan pun sgt sempit. Ye la baru kawin kan. Duduk flat yg tak selesa, ada tilam n almari zip je. Masak atas dapur gas atas lantai. Dan hanya ada motor masa tu.

Sy n suami giat bekerja kumpul duit alhamdulillah dlm dua saja rezeki kerja mmg mencurah2, suami naik pangkat 2 kali, saya dpt offer kerja gaji lebih besar. Dlm dua tahun tu lah kami dpt beli kereta proton, dan apartment middle cost yg selesa. Dpt beli perabot rumah yg lengkap.

Rezeki tu semua dtg, org2 , keluarga kerabat yg tengok hidup kami naik taraf pandang sinis, dan mengata menyindir bab tak ada anak.

Allah bg rezeki anak ni selepas kami bersedia dgn kewangan yg baik skrg. Itu lah rancangan Allah yg sgt hebat bukan? Dulu waktu keadaan sgt tersepit makan nasi n bawang goreng, pg blk kerja berpanas hujan naik motor, kalau ada baby masa tu mcm mana? Tuhan tau apa yg dia rancang utk kami. Sekarang sy hamil , Alhamdulillah. Sy sgt fahami keadaan para isteri yg masih menunggu.

Sbg suami , be there for her. Berdiri di sebelah dgn dia. Jgn biar dia jatuh dek kerana mulut lazer org2. Insyallah kasih sayang encik utk isteri di hadiahkan pula cahaya mata.

Luahan #12

Pernah dgr perbualan dlm surau,sorg ibu yg mngaku mnunggu 7 thn baru dpt ank, sorg ibu yg sdg myusu anknya dgn bngga ckp kwin xsmpi sthn dh lahir ank…tau btapa hncur hti ibu yg mnunggu 7thn tu..bukan dia mntak pon, rugi ke masa? Dlm 7thn tu diuji bukan sia-sia Allah nk bg yg terbaik dan mlatih igt slalu Dia…

Luahan #13

Sy juga dh 5 tahun menanti. Setahun lepas kahwin mengandung luar rahim hilang tiub sebelah. Masukd dewan bedah dlm 50/50 chance hidup atau mati. Dua tahun lepas tu dapat mengandung anak yg dikandung pula meninggal pada usia 21 minggu. Lepas tu diuji pula dgn tumpah darah yg sangat banyak. Kesan drpd dua kali massive internal bleeding sy ada small stroke dlm kepala. Sekarang ni masih dlm proses pemulihan. X dapat nk conceive lg. Apapun sy syukur kps Allah. Sbbkan ujian ini sy dan suami dh banyak berubah kpd yg lebih baik.

Luahan #14

Sy juga dh 5 tahun menanti. Setahun lepas kahwin mengandung luar rahim hilang tiub sebelah. Masukd dewan bedah dlm 50/50 chance hidup atau mati. Dua tahun lepas tu dapat mengandung anak yg dikandung pula meninggal pada usia 21 minggu. Lepas tu diuji pula dgn tumpah darah yg sangat banyak. Kesan drpd dua kali massive internal bleeding sy ada small stroke dlm kepala. Sekarang ni masih dlm proses pemulihan. X dapat nk conceive lg. Apapun sy syukur kps Allah. Sbbkan ujian ini sy dan suami dh banyak berubah kpd yg lebih baik. Sy gembira psl sy dh ada dua orang anak yg sedang menunggu kami di syurga. Ibubapa mana yg x heppy kan bila dpt tahu for sure anak ahli syurga.

Luahan #15

Mmg bkn sng nk kumpul kekuatan..bkn sng utk redha ngan ketentuan..wanita mcr kekuatan dgn air mata nya..nangis da mengadu la pd Allah yg Maha Pencipta.. Kerna Allah tmpt sebaik2 mengadu. Saya n kalian yg blm d kurniakn zuriat.. Kita ni insan trpilih melalui ujian ini.ujian ini yg makin dkt kan dr kita dgn Allah kan.. Wlpn kita blm d br peluang merasai ‘nikmat’ itu tp kita harus bersyukur..sbb kita insan terpilih. Ingtla.. Allah x prnahkn berjnji yg tiap yg berkahwin pasti d kurniakan zuriat..tp janji Allah itu pasti..barang siapa redha dgn ujian-Nya..Allah akn br gnjran nikmat syurga…

Luahan #16

Saya pnh gugur 3x sepanjang 11 tahun perkawinan…akhirnye berkat doa..dgn izin Allah skrg saya ada zuriat sndiri..skrg da ada 2 org ank..n in sya Allah january 2015 akan dpt yg ke3…sya sentiasa doakan semua yg brkawin n blm dpt zuriat akan dpt zuriat yg comel…ameeeeennnnnn….

Luahan #17

Puan2 sekalian.. adakah ada yg bekerja kt opis?..lpas tu sume rakan2 kt opis tiap2 thun ade je yg lahirkan bby..kite?..Ya Allah..mesti kite rase tersinggung kan..jauh d lubuk hati cedih srg2. Blik umh tdo termimpi2 ade bby. Tgu dan tgu..begitulah setiap thun brlalu. Moga kite dikuatkan semangat dan mendapat rezeki dariNya suatu hari nanti.

Luahan #18

Orang kita punya kefahaman…kahwin aje..duk sebilik aje mesti perut ada isi. Jika takde baik pompuan atau lelaki tanya itu ini…such a busybody. Mindset tuh mmg da set up gitu..kahwin untuk hubungan intim sahaja barangkali. Wake up! Perkahwinan itu suatu amanah. Bukan hanya di dunia malah akhirat. Tak semua yg masuk dlm perkahwinan ready for everything..walaupun mereka harus tahu amanah yg di tanggungi…
Ada anak itu merupakan suatu bonus..bukan semua yg mampu membimbing menjadi orgtua contoh. Bersabarlah…rezeki Allah beri dalam pelbagai sudut.

Luahan #19

Assalam. saya juga pernah melalui keadaan ini, org sekeliling kita akan sentiasa bertnya smpai satu ketika saya mengelak jmpa org. usia perkahwinan saya kini 11 tahun. stlah menunggu selama 4 tahun, saya disahkan mengandung. Bayangkan kegembiraan saya dan suami pd masa itu, tetapi anak yg dilahirkan hanya hidup selama 4 hari. Pudar cahaya yg menyinari kami. Terpaksa teruskan penantian. kini saya memiliki sepasang chyamata. Buat isteri2 di luar sana tabahkan hati, jgn mudah berputus asa. Saya sekarang sedang berusaha membantu isteri yg sdg ikhtiar utk hamil.

Luahan #20

Km pn dh 20 thn khwn . dn x di kurnia kn zuriat..tp alhamdulillah km redha..km ada anak angkat 3 org..semua dh dewasa..alhamdulillah..semuanya baik2 belaka..tentang masa tua kita..usah risau..allah dh aturkn..ingt allah selalu..dia x kn lupa hmba2 dia…ada hikmah kenapa dia x bg kita zuriat tu…kena redha selalu dn bshukur dgn apa yg dia dh beri..ank2 angkt km merupa kn ank2 yatim..terimaia kasih yg allah kerna memberi km nikmat merasai kasih sayang menjadi ibi dan bapa..alhamdulillah

Sedih bukan? Bagaimana dengan anda? Ada kisah tersendiri? Kongsikan dengan kami. Jika ada masa, boleh baca entri kami tentang tips cepat hamil.

Banyakkan berdoa!

 

69 thoughts on “Ini Luahan Isteri Yang Sudah Lama Kahwin Belum Dapat Anak. Sedih Sangat Bila Baca.”

  1. Sedih..allah maha mengetahui..sy lalui 2tahun stgh dlm kesedihan..dikata mandul..allah maha mengetahui luruh nya hati sy.tp sy kuat demi suami..

    Reply
  2. Bukan menbanding tp luahan #1 yg plng dekat dhati..akak sdh bkahwin 10thn tp msh blm bertuah..akak bersyukur krn keluarga dua belah pihak sgt memahami..ayah mertua berdoa d bhadapan kaabah utk akak n suami murah rezeki beroleh zuriat yg sihat n baik2…sesungguhnya akak n suami bersabar dan sentiada yakin dgn rahsia allah swt..semoga kita sekalian akn mendapat rahmat n belas kasihan dr allah swt..aamiinn ya rabbal alamin..

    Reply
  3. Sy pun sama,7 thn sudah usia pernikahan ku,walau terkadang aku selalu berpikir kenapa ALLAH belum memeberikan anak kepadaku,apa salah ku Tuhan,hingga sampai saat ini kau uji kami,tp aku akan selalu bersabar dan yakin bahwa suatu hari nanti aku pasti bisa punya anak.

    Reply
  4. sabar la semua shbt2, saya juga begitu perasaannya, sblm dikurniakan chymata. alhamdulillah slps 8 thn Allah kurniakan seorang chymata utk saya, bykkan berdoa, bykkan solat malam terutama di bln ramadhan , minta pd-Nya…sy doakan shbt2 semua akan mendpt zuriat….

    Reply
  5. Saya pun mengalami masalah yang sama. Saya telah berkahwin selama 3 tahun. Saya pernah mengandung tahun lepas tapi ank sy meninggal dalam perut. Ade ahli keluarga yang faham tetapi dalam masa yang sama ade yg pandang sinis pada saya, kononya saya ni mandul padahal sy bukan tak pernah mengandung. Setiap tahun kalau raya ..saya rasa mcm tak nak keluar jumpa saudara mara. ade yg kata " Bila lagi ni org lain ank dh berderet, engkau bila2 lagi" " Orang suruh makan biodex tak nk degil, padan la muka mengandung lagi" " Kau ni sihat x , kalu sihat dh lama lekat ni" " Tak usaha ke ?? g la urut, g la jumpa ustaz, g la jumpa pakar" dan macam2 lagi pertanyaan yg bertubi membuatkan hati saya makin sakit, stress . Bukan dh usaha, berpuluh ribu habis g jumpa pakar, bkn xnk mkn biodex tapi semua benda2 tu depends on sesuai atau x jugak.. Xkan la kita kuar duit n heboh sekampung nk citer smua.
    Mungkin Allah dengar doa hamba nya yg bagi sy , sy teraniaya n terluka ngn perbuatan semua org tu.. Allah bagi sy peluang lg untuk mengandung. sekarang sy mengandung 7 bulan. Harap2 kali ni Allah izinkan sy n suami mempunyai zuriat yang dapat kami jaga di bumi Allah ni. kepada ank kami yg Allah "jaga" tu kami bersyukur juga sbb nnt InsyaAllah mst kami akan jumpa jua.. Indahnya nikmatMu ya Allah

    Reply
  6. Saya juga pernah mengalami perkara yg sama lebih menguris hati kerana arwah bapa mertua yg suruh suami saya berkahwin lagi kerana punya alasan yg kukuh,tetapi suami saya tidak sangup melukakan hati saya lalu Allah memberi rezeki dgn mengambil anak angkat.
    Berkat kesabaran kami dan doa yg tidak hentinya tanpa disangka pada usia 38tahun setelah 15tahun berkahwin saya hamil dan mendapat anak perempuan yg comel,lemah lembut dan disenangi semua org kerana budibahasa kini dia telah berusia 12thn.
    Syukur ke hadrat Illahi atas kurniaan nya ,banyak kan bersedekah dan niat mohon Allah perkenankan hajat kita selebihnya redha akan ketentuan Illahi..insha Allah

    Reply
  7. 2.11 hri 2 genab hubungn suami istri kami ke 7 thn….sya juga mmpunyai masalah yg sma….tp sya bsykr sgt2 krn kdua2 belah pihak memahami perasasn kami…..dh mcm2 usha dilakukn tp Allah maha mengetahui semua kejadian…mgkn bkn hri nie mgkn rzk kita akn dtg….bersangka baik n yakin dgn DIA….yakin jika tiada rzk zuriat DIA bg rzk yg lain yg gmbirakn kita…sama2lh kita b'doa…

    Reply
  8. Assalam semua,
    dlm ramai2 bermasalah yg sama apakah ada yg se’istimewa’ saya? Ya ukhti, sy lebih tua 8thn dr suami, berkahwin dgn anak tunggal, obviously ibu mertua begitu menginginkan cucu yg ramai. Namun beliau bersikap terlalu over protective terhadap anak tunggalnya, suka mengatur sehingga kuasa suami biarpun terhadap urusan rumah tangga sendiri sgt terhad maka terjadilah drama2 menghiris yg tidak pasti akan dpt dipadam dr hati selemah sy.
    sudahlah tinggal di rumah mertua, berhadapan suami anak kesayangan begitu mencabar seorg isteri yg pastinya inginkan suami yg berdikari dan berpendirian. benarlah kata ustaz, seorg suami bertgg jawab menjaga ibunya ttp jika sampai berantakan lantaran sikap ibu yg terlalu sygkan anak, memenangkan anak, dan memandang menantu spt ingin merampas, maka wajiblah bgnya mengasingkan tempat tinggal. kemuncak kebencian dan dendam dan paling menghentam dada ialah pd hari ibu mertua membawa pulang seorang bayi sbg anak angkatnya.. saya langsung tidak mampu berkata2.. kelu, hampa, kecewa yg paling dlm. sy kebingungan dan tidak percaya, begitu juga suami tidak menyakngka ibunya tergamak mengambil anak angkat sedangkan kami sdg berusaha mendapatkan anak sendiri. setiap hari sy menanggung pedih mendengar ibu mertua bermain2 dan mengagah bayinya.. alangkah siksanya rasa kwn2.. akhirnya pd suatu hr di bulan keenam hadirnya bayi tersebut, sy dan suami bermalam dirumah ibu sy sendiri, pd mulanya menumpang mandi krn tiada air, ttp suami dgn sendirinya tidak mengajak sy pulang ke rumah, nyata dia lebih selesa di rumah ibu walaupun tiada tilam dan kemudhan2 lengkap spt drumah sendiri. sejak itu kami mula jarang pulang biarpun brg2 masih di rumah ibu mertua. Suami mula serius bekerja keras sehinggalah kami berjaya menyewa rumah sendiri.. bermula kehidupan baru yg sepatuttnya kami rasai ketika mula2 berumah tangga. we start it all over again. yg pedihnya bila saudara mara dan keluarga yg tidak fhm cerita sebenar menganggap kami yg meninggalkan ibu mertua berseorangan sehingga terpaksa mengambil anak sbg teman.. alangkah mudahnya kesalahan dibalikkan kpd kami. sedangkan kami masih pulang melawat cuma utk tinggal lg bersama sy terasa sukar, bg mengelakkan konflik yg lebih besar rasanya lebih baik kami keluar
    Walaupun berat, apabila kenduri kendara kami terpaksa hadir dan ketika inilah akan kedgran suara2 kejam yg meruntuh dan membunuh. di tambah dgn baby yg ibu mertua dukung, semuanya menjadi persoalan mata yg memandang dan utk menjawab setiap pertanyaan memerlukan pertahanan yg kuat, jika tidak empang air mata yg sememangnya senantiasa penuh pasti pecah dan tumpah.
    kwn², mereka tidak berada ditempat kita, percayalah tiada siapa yg akan fhm biarpun keluarga sendiri apatah lg keluarga mertua.. kecuali org yg pernah merasai sendiri. terdapat dua golongan, golongan pertama mereka yg selamba berkata2 dan lepas mulut memberi komen dan pelbagai kata nasihat tanpa menapis ayat yg keluar. golongan kedua ialah mereka yg memilih utk diam atau mengelak topik ini ttp tetap mereka tidak akan fhm perasaaan sebenar insan spt kita, selagi mereka tidak merasainya.
    Allahu, hebatnya dugaan ini ttp peliknya sy masih percaya dan yakin bhw tuhan akan menganugerahkan saya bila sampai masanya. sementara itu berdoa dan nikmati kehidupan, sesungguhnya sy tidak lg peduli pandangan manusia, krn pandangan Allah itulah yg lebih penting utk diambil kira.

    Reply
    • saudari,
      benar kata saudari. saya juga xkan faham sepenuhnya kerana xmelalui.
      cuma sy harapkan puan berbahagia dalam definisi puan sendiri. tabahlah dengan kata2 orang, terutama keluarga dan saudara mara. dalam kita mengharapkan mereka menjadi yang paling memahami, hakikatnya mereka lah yg plg menghiris.
      insyaAllah..rezeki akan datang pada waktu yang tepat kelak.

      Reply
    • Sy faham keadaan bila tinggal bsama ibu mtua yg byk kerenah..suami sy ank lelaki tunggal.2 tahun sy tinggal dgn ibu mrtua.mmg byk terguris n pendam prasaan..kbebasan utk bdikari jg thalang.smpai nk buat ape2 or nk pegi mana2 pun terpksa menipu sbb xnk dia mrh or mrajuk.skrg kami dah duduk asing sbb sy btukar tmpt kerja dan suami pun sepakat utk tukar tmpat krja jgk.bkn x kesian bila dia duduk sorg, tp sikap dia byk buat kami mkn hati

      Reply
  9. lbh kurang sama cerita dgn sy..pernah mengandung tp baby meninggal dlm perut masa usia kandungan 3 bln..masa tu dah kahwin 3 thn..terlalu excited waktu tu..masa disahkan baby meninggal..meraung terus dpn doktor..lps tu tiap thn mengandung tp keguguran masa trisem 1..5 x gugur..hinggakan sy dan suami tawakkal je andai ditakdirkan allah kami tiada zuriat..masa usia perkwinan 6 thn kami ada ambil anak angkat..slps 9 thn br la kandungan dpt selamat sehingga bersalin..duduk hospital dr usia kdgn 7 bln..sblm tu dah 3 kali kuar masuk wad masa mengandung..agaknya terlalu risau..tiba2 tekanan naik..tiba2 kuar darah..mcm2 juga la masalah..yg songsang..uri kat bwh..sempat khatam lg sbb boring dok spital x de keje..dah sethn pun usia bujang kecik ni pd 16/10/14 ni slps 9 thn menunggu..selalu juga jd tmpt rujuk pd adik2 sekerja yg blm dpt zuriat..sesungguhnya perancangan allah tu paling cantik..kena redha apa pun berlaku walaupun hati pedih menerimanya..kakak syg sgt kat adik..dan mereka juga jd adik beradik susuan…sy doakan aisyah dan baby slmt dan chat sehingga bersalin..amin..

    Reply
  10. Saya sekarang telah dikurniakan 5 org anak yg semuanya anak lelaki selang satunya 2 tahun, setelah menanti hampir 8 tahun. Pahitnya pengalaman selama 8 thn tanpa zuriat hanya org yg mengalaminya sahaja yang tahu… tetapi org masih bertanya ‘bila pulak nak dpt anak perempuan?’, sudah2 la tu tak merancang ke?’. Aduh… manusia ade aje yg tak kena…. klu ambil pising kata org memang tak kemana.

    Reply
  11. Sedih…pilu..saya pon masih belum dikurniakan rezeki anak.tahun ni genap 5 tahun kahwin.saya sentiasa berdoa agar Allah dapat memberi saya peluang dan kesempatan utk menjadi seorang ibu..Alhamdulillah suami dan kedua2 belah family kami faham dan sokong kami..semoga ada sinar cahayamata utk kami berdua…

    Reply
  12. Dah 22stgh tahun … Masuk 23 tahun kahwin tp masih lom ada rezki beranak sendri….tp sya bahgia dgn 4 org ank angkat… Alhamdulillah

    Reply
  13. Semoga bertabah ye kawan2 seangkatan..
    Selagi ada suami disisi, kita maseh mampu tersenyum..
    Saya suka cerita jihadserikandi, mak yang tak boleh lepaskan anak..
    Kita serupa, cuma suami sy xsetabah suami jihadserikandi itu..
    Dek kerana terlamoau sygkan ibu dan keluarganya..
    Kesudahannya saya diceraikan tanpa sebab yg kukuh..
    ada yg kata sy diceraikan sbb mandul, tak pandai buat anak, laki xkuat la, teknik xpandai la, sy ni queen control yg garang sangat, dan mcm2 lg..
    asal tibe time raya nk kna balik kampung, hati mesti cukup berat, sbb da tau ayat2 yg akan diterima.. tp balik jugak demi org tua..
    setiap kali balik, setiap kali hati ni mcm dipijak2..
    air mata ni kalau tadah, da boleh buat mandi da agaknya..

    Kepada siapa lg nak mengadu, berkongsi derita, menumpang tangis ?
    Takpelah… saya masih ada saya, saya masih ada Allah..
    Teruskan perjuangan

    Reply
  14. Baca ayat yassin …bhg akhir seperti yg disarankan olih ustaz kazim Eliasm….iaitu.masa tiba bacaan ..KUN…berhenti ..BERDOALAH….minta dgn Allah..lps sambung…PAYAKUN…Amalkan selalu…setiap masa..lps solat…
    INSYALLAH…ALLAH AKAN MAKBULKAN…YAKIN LAH…AAMINNN

    Reply
  15. Assalamualaikum
    Saya dapat rse apa yg adik2 semua lalui..kerna penah laluinya..ckp2 org yg bbisa apatah lg dtg dr keluarg mertua dan kwn…sy dah kawin selama20thn dan br dpt baby pd usia pkawinan yg ke 18..selepas mgandung 5x…3kguguran dan ke4meninggal sejurus dilahirkan..x sempat langsung nak sentuh baby sy disbbkan sy tlalu letih..menanggung sakit 1hr dirumah dan baby keluar ketika usia kandungan 51/2bln..Alhamdulillah kandungan ke 5 selamat walau tpaksa dilahirkan ketika kandungan masuk 6bln seberat 700gm..tlalu kecik. .rupa2nya ujian Allah x berakhir disitu.
    Jadi utk adik2 yg blum dpt zuriat..jgn risau..sentiasa bbaik sangka pd Allah..bukan calang2 org yg jd pilihanNYA..adA hikmah dan rahsia Allah yg kita x faHam…dekatkan diri padaNYa..bdoa shingga air mata mgalir..anggap Allah ada didepan kita..mdengar kata2 kita…kdg2 Allah beri ujian itu utk hapus dosa2 kita yg lalu..kdg2 Allah uji sebab kita lalai padaNYA..Allah rindu nak mdgr doa kita yg tulus…
    Biar org nak kata Pa kerna susah payah kita
    .bukannya diorg nak tlg..klu dah ada yg celupar sgt …sy akN sound bLik..awK solat?sia2 awK solat jika x pcaya qada dan qadar Allah..sesiapa yg kawin mesti nak zuroat..antara xpt san lambat je..klu lambat..mayb allaH nak bg yg tbaik..so jgn putus asa…

    Reply
  16. Saya dh ada anak sorg..teringin sgt nk tmbh tp rezeki blm bphk..sy jd stress bilamana org asyik btnyakan ttg itu..apa mereka ingat rezeki anak spti mmbnch air?dh tntu x de mslh kalau kaedahnya bgtu..

    Reply
  17. Salam. Sy jga punya mslh yg sama dgn kebnykn puan2 kt cni n rata2 kata suami memahami n bg sokongan..tp lain pulak dgn sy. Tiap bulan bile period sy akn bgtw suami n dy buat muka..muka stress. Smpikn xnk ckp pape dgn sy. Hingga smpi 1 tahap jejak 5 hari suami xbcakap dgn sya disebabkn sy period. Mse tu hnya Allah je yg tw perasaan sy. Org yg paling dekat..yg spttnya bg sokongan kuat n padu xendahkn sy. Tgh mndi sy nangis..kt ofis nangis..sy pendam smue ni sorg2.

    Reply
  18. Maaf sy mencelah disini..kpd kaum isteri syukurlah walaupun kalian blom dikurniakan cahaya mata..tp kalian masih ada suami tempat mencurah segala rase..tp sy telah kematian suami setelah lima bulan berkahwin..bygkanlah perasaan sy..disaat hati sedang bahagia suami meninggal secara mengejut tanpa sepatah pesan..xpernah terlintas mcm ni takdir hidupku..sgguh berat ujianMu utk ku ya Allah..hanya airmata teman setiaku d saat ini..

    Reply
  19. Betapa sedihnya membaca kisah2 wanita yg menunggu kehadiran zuriat. Betapa hebatnya ujian Allah terhadap kita..dan betapa sabarnya anda semua. Walaupun aku baru 2 tahun 2 bulan menanti tetapi sudah tidak tahan berhadapn dengan pertanyaan orang yg kdg2 semcm sengaja menyakitnya hati terutamanya drp org kampung. Sungguh tidak adil utk aku jika tidak balik kg hanya semata utk mengelak dr soalan2 yg kejam. Mujurlh mertuaku memahami wlupn saudara maranya mcm wartwn bila nmpak aku…Ya Allah knplh manusia mmg tidak senang drp mencanang kelemhan org lain. Ya Allah permudahkan kami semua untuk mendapat zuriat.

    Reply
  20. Pernah kandungan yg saya kandungkan waktu itu tak jadi dengan sempurna. Lalu, dr terpaksa buang atau kandungan saya mampu jadi cancer lalu membunuh saya. Tidak lama kemudian, saya terpaksa jalani kemoterapi kerana ada sel2 yang telah masuk ke dalam darah & jumlah hormon dalam badan terlalu tinggi walaupun kandungan telah digugurkan. Waktu itu saya baru berkahwin, tak sampai setahun. Namun, terpaksa lalui dugaan itu semua sehingga 2 tahun kerana kemoterapi.

    Saya redha dengan ketentuan Allah.. tapi apa yg saya tak redha adalah mulut manusia. Sama seperti yg mereka lalui, mereka yg saya sangkakan akan lebih memahami, akan menyokong kita pada waktu itu.. merekalah yang menggugurkan semangat saya. Bayangkan keluarga sendiri yang melemparkan kata2 sinis itu. Sampai hari ni saya tak lupa. Pada awal perkahwinan, dia lah yang sibuk sehingga beberapa kali menelefon saya ketika waktu pejabat semata2 untuk bertanyakan sama ada "dah berisi ke belum?" kadang kala saya agak tertekan. Tapi disebabkan dia makcik saya, saya bersangka baik ajelah (walaupun ibu & mertua saya takde pun sampai mcm tu).

    Tapi bila terjadi mcm tu.. ayat dia yg paling saya tak lupa adalah "dah tau sakit kenapa nak mengandung juga?" memberi tamparan paling hebat pada saya sebab saya sangkakan dia betul2 mengambil berat tentang saya. Saya memang kurang sihat pd waktu itu, kerana mengandung & environment tempat kerja juga kurang sihat menyebabkan keadaan saya semakin teruk. Tapi kehilangan kandungan saya itu tak ada kena mengena lansung dengan keadaan kesihatan saya. Memang Allah tak berikan kandungan saya nyawa. Tidak bernyawa, tidak mempunyai denyutan jantung/nadi. Tiada bentuk. Hanya gugusan daging/sel2 yg tak jadi. Bukan saya berdendam, tapi luka dalam hati masih berdarah. Jadi sehingga hari ini saya masih belum mampu maafkan dia kerana dia bukan shj lukakan hati saya, malah ibu saya juga. Dia tak cakap pd saya direct, dia cakap pd ibu saya. & dia lansung tidak sedar perbuatan dia tu menyinggung perasaan kami. Moga Allah bukakan pintu hati dia satu hari nanti agar dia sedar akan perbuatannya..

    Reply
  21. Assalamualaikum. Alhamdulillah, dh lbh 7 thn berkahwin sy dikurniakan sepasang cahayamata. 6 thn dan 1 thn 9 bln..pernah keguguran anak yg ke 2 masa kandungan masuk 8 mggu.
    Pengalaman sy mgkin tidak sama dgn shbt2 lain..ibu mertua tidak suka sy beranak ramai..katanya nnt susah nk bela..lantaran sy dan suami berkerja sendiri..mertua takut cucu2nya x cukup makan..xcukup pakai..xcukup pelajaran..xcukup serba serbi..
    Nk ditegur dikatakan mcm pandai sgt..bknkah Allah yg menentukn rezeki?..setiap manusia dh ditentukan rezekinya..cukup yakin dgn ketentuan Allah, cuma payah utk menerangkan pd org yg percaya pd pendapat sendiri..tawakkal saja kpd Allah setelah berusaha..
    sy dan suami tdk pernah menolak rezeki Allah, jika dikurniakn lg, dgn tangan terbuka kami terima..kami tidak peduli apapun kata org..x pernah lg kami x makan sejak punya anak..
    kepada shbt2 yg lain, jgn peduli apa org kata, x usah hirau pandangan manusia, x perlu dikisahkan segala tohmahan yg memedihkan telinga..sabar, teruskan usaha dan doa, yakin dan tawakkal dgn ketentuan Allah..sesungguhnya hanya Dia yg mengetahui segalanya, hanya Dia sebaik2 perancang.. tidak berdosa pun kalau x punya anak..

    Reply
  22. Betul sgt luahan hati akak tu… Perkahwinan sy pon hampir mencecah 6thn dan masih blm ade rezeki utk merasai segala ape pengalam sbg ibu… Semenjak dua menjak ni hubungan sy dn family mertua sedikit renggang.. Mungkin dgn ketiadaan cucu dr sy dn dirasakan tidak penting sy dibiarkan dn tidak dipeduli. Tp Allah maha kuasa… Hari2 sy berdoa supaya suatu hari nnt jika sy bernasib baik, Allah akan turunkan sy rezeki sbg pengikat dn pengukuh tali silaturrahim kami suami isteri bersama keluarga suami… Sy harap bakal anak sy nnt menjadi cahaya yg menyinari hidup kami.. Sy sanggup tunggu biarpun 100thn sekali pun… Alhamdulillah, suami x pernah mengungkit dan die sntiase redha dgn ketentuan ilahi.. Tipulah jika sy xcemburu melihat kwn2 sebaya yg bru berkhwin dn sudah mngandung… Tp sy gmbira dgn rezeki mereka… Kita sama2 berdoa semoga Allah memberi kita rezeki yg plg berharga di dunia dan akhirat.. InsyaAllah ..

    Reply
  23. Allah itu tahu, bila waktu sesuai untuk kte, waktu saya sgt down sbb x de anak smpai org sekeliling kata mandul dan kuarga terdekat sampai kata kuarga saya ada saka, ajak berubat, pe yg saya buat, teguh di tikar sejadah, menangis di sujud solat, baca qalam Allah. Tanpa x sangka, rasa sgt tenang, dan alhamdulillah saat tenang tersebut Allah hadirkan cahaya kebaikan ( nurul husna) untuk saya.

    Sebenar y manusia terlalu kejam menghukum, manusia juga yang paling suke melunturkan kekuatan yg sedang dibina, ya saya bangun dgn sokongan suami, walaupun jauh tetap jadi kawan yg paling faham dengan saya. Alhamdulillah.

    Reply
  24. dlm zaman mcm skrg ni, memiliki anak bukan syarat kebahagiaan rumah tangga. setiap yg terjadi tu Allah dah atur dgn sebaik-baiknya. sbg org sekeliling, hentikan mentaliti kolot & lapuk. bg support dan semangat. sentiasa berfikiran positif. sbb setiap dr kita Allah uji dgn dugaan yg pelbagai.

    Reply
  25. Saya dah kahwin hampir 7 tahun masih belum ada rezeki dapat anak.

    Hinaan cacian sindiran dah puas saya terima. Pernah masa raya saya tiada hati nak balik kg mertua ikut suami. Sebab terlalu tertekan dgn pertanyaan org yg bkn lg sekadar bertanya..malah seperti sindiran dan umpatan.

    Ayah mertua saya juga adalah meluahkan rasa begitu..

    Ya Allah, apa yg mampu saya lakukan. Kalah boleh dapatkan anak seperti drive thru mc d, hari hari sy akan pergi.

    Saya cuba bersabar dan redha ini ketentuan tuhan. Saya mempunyai seorang kakak yg hmpir berpuluh tahun kahwin. Beliau telah disahkan menghidap kanser rahim dan trlah dibuang rahim pada umur 29 tahun dan beliau tidak dikurniakan anak sebelum didiagnos penyakit tersebut.

    Sesungguhnya Allaj menguji org yg Dia sayang walaupun kadang kadang kita pasti tewas…

    Mungkin ditakdirkan kami begini kerana insha allah jika kami dikurniakan zuriat, kami akan jadi ibu yang terbaik!

    Reply
  26. Assalamualaikum…
    Saya pernah mengalami nasib yg sama dgn sahabat- sahabat.
    Sebenarnya Allah itu sedang menguji kesabaran kita.
    Saya bersyukur kerana Allah kurniakan saya suami yg tidak pernah bertanya dan mengungkit hal anak.
    Orang luar pula yang sering bertanya tentang anak kepada kami.
    Saya amat faham perasaan wanita yg belum dikurniakan zuriat apatah lg jika diajukan soalan2 tentang anak, hati tu amat2 kecewa hanya Allah sahaja yg tahu…
    13 tahun saya berkahwin dengan suami dan pada 2009 kami dikurniakan anak kembar dan diikuti anak ke2 pada 2011.
    Alhamdulillah dan bersyukur sangat, saya mohon kepada Allah semoga saya dan suami diberikan Allah umur yang panjang,kehidupan yang penuh keberkatan dan kesihatan yang baik untuk melihat anak2 kami membesar di depan mata agar menjadi anak2 yg membahagiakan ibu bapa serta anak2 yang berjaya dunia akhirat…in sya Allah…

    Reply
  27. Assalamualaikum…..dikurniakan anak atau tidak itu semua kerja Allah….saya sudah berumah tangga hampir 20 tahun dan sehingga kini masih tiada rezeki tetapi alhamdullillah…kehidupan yang kami tempuhi biasa2 saja…yang penting diri kita mesti kuat dari segi mental dan fizikal bagi menepis segala pertanyaan dan tohmahan….yg paling penting sokongan dan persefahaman dari pasangan masing2…ramai yg bertanya kenapa' tak ader anak lagi' (saya jawab:'aku ada anak atau pun tidak..ada ke aku menyusahkan hidup korang..?), bila nak beranak..? (yang itu korang kena tanya direct ngan Pencipta aku)… tak takut ker suami cari lain (saya tanya balik pada diorang, yang ada anak pun suami kahwin lain dan bercerai macam mana pulak tu)….da tua nanti tak ada anak nak jaga (saya tanya pada diorang semula, setakat nie berapa kali setahun korang balik kampung jenguk dan jaga mak bapak korang berapa lama tinggal kat kampung..?)….Mungkin jawaban yang saya beri ini agak riak sikit dan berlagak atau kurang ajar tetapi dapat menutup mulut2 yg sibuk nak mengenakan saya dan suami…..dan yang penting sokongan dari keluarga baik sebelah isteri atau mentua….saya bersyukur kerana ibubapa saya walaupun lahir pada zaman Jepun mereka jenis berfikiran terbuka….

    Reply
  28. Salam smua…smoga sntiasa dirahmati..
    Izinkan sy share pngalaman sy sdr…
    Pnantian sy x slama insan2 lain…tp 3 tahun itu da cukup buat sy rs pelbagai rs…
    Tahun ptama pkahwinan..sy pernah mngandung tp gugur…slps tu…mnunggu slama 3 tahun utk dptkan anak sulung skrg…
    Slama 3 tahun tu..
    Sgt sensitif…slalu kcik ati lbh2 lg bila tahu ada kwn yg mngandung.
    Pdih dlm ati bila mak mertua bsungguh2 auruh pegi berubat…seolah2 sy yg bmasalah.mujur mak n abah sdr mmahami.
    Kmuncak sabar sy tiba bila suami kata ‘abg tau knp smpai skrg kita xde anak’.sakitnya ati cuma Allah tahu..
    Waktu tu sy bulatkan ati..wat checkup keadaan ksuburan diri dgn ditemani mak…
    Alhamdulillah..bkn sy yg bmasalah…
    Doktor minta suami dtg buat ujian ksuburan…bgtau suami dia xsanggup nak g…minta di beri tempoh sbulan lg sblm dia pergi wat checkup.
    mungkin Allah aturkan mcm tu…xnak kemelut rumah tangga bpanjangan…akhirnya bln sterusnya sy mngandung…
    5 tahun blalu…sjak lahirkan anak sulung sy mngandung n bsalin stiap tahun…
    Tp tu pun xtutup mulut org…
    Sy slalu thiris dgn kata2..
    Knp x merancang…
    Ko ni xsudah2 mngandung…asal ms raya tgh sarat mngandung…

    Sokong pnyataan..
    Bila bkait dgn mngandung…tlg la jgn sentuh n tanya apa2…tu semua kerja Allah…rezeki dia yg bg..
    Xkira sorg tu xde anak atau punya anak stahun 1…psoalan mngandung n mlahirkan akan sntiasa melukakan

    Reply
  29. tersentuh membaca luahan dan komen2 diruangan ini.. anda semua wanita tabah.. usia perkahwinan saya masih muda.. baru nak masuk setahun.. tapi rasanya sangat pedih disaat teman2 sepejabat semuanya sedang mengandung… mujur family memahami.. namun kadang2 jadi takut sangat nak pergi kenduri dan tempat yang ramai saudara mara.. walaupun mereka memahami namun hati ini tetap terasa dengan setiap persoalan yang sama.. harap Allah kurniakan kita semua hikmah dan kekuatan serta suami yang memahami dalam mengharungi dugaan ini..

    Reply
  30. Salam semua,

    masuk tahun 2014 merupakan tahun ke 4 saya berkahwin. ditakdirkan saya berkahwin dengan seorang dudu beranak dua. dugaan yang amat hebat saya dapat apabila ada mulut2 yang mengatakan saya adalah penyebab kegagalan mendapat zuriat. setiap bulan datangnya period adalah hari yang teramat menyedihka oleh saya. Alhamdulilah saya dikurniakan dengan seorang suami yang cukup membahagiakan. beliau yang akan selalu memberikan saya kekuatan. beliau tidak menunjukkan kesedihan tetapi saya tahu jauh disudut hati beliau amat sedih.
    malah saya juga sudah mendapatkan pelbagai rawatan tradisional dan moden. baru-baru ini saya mendapatkan rawatan di LPPKN. hasil ujian menunjukkan kami berdua normal tetapi seperti kata doktor, belum ada rezeki dari Allah untuk kami.

    Reply
  31. ya allh saya sedih baca komen2 kat bawah….sabar la smua ssesunguh nya ALLAH maha mendengar.. saya amat memahami walaupon baru 1 tahun kawen dan blum dikurniakan cahaya mata…. walaupon dah 2 kali keguguran ada hikmah disebalik kejadian….

    Reply
  32. Tabahlah wahai sahabat2 semua..kita diuji.. tntu da sesuatu utk kita nanti… skdar pkongsian..sy disindir ddlm blik msyuarat ketika smua org ada..mngatakan..mulut baik hati baik tentu allah akn bagi..mo hati jahat xdpt la.. lbh krg bgtulah katanya..sdhnya..tuhan sj yg tau..bukan krana sindiran..tetapi krana org tu adalah sahabat yg sy slalu critakan luahakan mslah tntg anak padanya..Allah…remuk sekeping hati… dan sy rs..itulah hari sy mngis sekuat2nya pd suami..sdgkn sblum ni sy hanya mnitiskan air mata mnhan sbak.. sy maafkan dia.. dan sy doakan yg terbaik utknya… tetapi..kata2 tu msih tngiang2.. bg sy.. xda org yg plg memahami melainkan org tu merasainya…

    Reply
  33. Assalamualaikum…. Wahai wanita2 sekelian…. Tabah lah….. Terus lah berdoa & berusaha agar kebahagiaan terus menjadi milik kalian….

    Reply
  34. sy pn situasi yg sma. dh ada anak sorg tp tggu lma br dpt.. ni br gugur 2 minggu lps.. usia 3 bln..xde rezeki lg.. manusia ni bila berckp mmg sedap mulut.. nk2 org kita..xpenah nk jg hati perasaan org.. bila kena btg hidung sndiri br nk pkir apa yg diorg buat.. xsemestinya jd pd diri dia.. mgkin ank2 dia nnt..

    Reply
  35. Salam.. Sedih jugek baca crita crita puan puan.. Bersabarlah.. Anak itu kurniaan Allah swt… Telah trcatat semuanya di luh mahfuz…..

    Saya, ayah kepada seorang babby yang super kiut… Bb boy, just 4months old on nov… Menunggu slama 2tahun setengah… Bukan lah nak kata pandai or what.. Cuma benda nih kena 2 dua pihak mainkan peranan… Yerp i agree sometimes mulut tempayan ni banyak…. Macam my wife seorang yang lembut hati…. N sometimes she cried pasal bb…. But then as a super husband (chewah) i slalu pujuk dia… Bagi kata kata semangat.. Sering ingatkan dia yang cahaya mata itu anugerah ilahi… Sering mengatakan Allah itu sebaik baik pengatur…. May be time tuh we arent ready yet to be penjaga amanah… Itu yang kami selalu tanamkan dalam hati… Nasib memang menyebelahi kami… Keluarga terapat amat supportive… My familly n my inlaw familly… Dua dua sangat menyokong…syukur sangat2… Sbb dikurniakan dengan family yang berfikiran globalisasi.. Hahahahahahah

    Cuma ada jugak la… Mostly from kawan kawan (bkan kawan kawan rapat… Sbb yang rapat tau perangai saya) yang dok ulang tanya. ?. Bila nak dapat anak… First saya akan jawab belom berezeki lagi….. Kedua kali saya akan jawab… Sooner or later…. N kali ketiga kalau ditanya jugak saya akan jawab… Kau ingat aku nih tuhan? Bleh tau bila wife aku nak pregnant…. N slalu sindiran yang saya terima…. Ahhh tak pandai cucuk lah tuh…. N saya akan jawab dengan selamba… Ohh tak pandai cucuk… Meh pinjam adek kau… Kasik aku cucuk…. Tengok pregnant ke tak… Kalau tak pregnant lepas 7 8 kali aku cucuk memang betul la aku ngaku tak pandai cucuk….. Ada plak yang pandai mengalahkan doktor…. Cakap oh… Kau nih mandul kot…. N saya ngan slamber akan jawab…… Taklah…. Aku pancut atas dada…. Pengaruh mat saleh…..lepas pada tuh mesti diorang dah takkan tanya…..

    Stress…. Memang stress bila orang sekrliling dok sebok…. Tapi… Wa lek wa peace…. Sebab percaya dengan yakin segala ketentuan ilahi… Tapi kekadang trasa gak kat ati… Ehh aku ni mandul ke…. Kekekekekek macam macam teknik gak lah buat…. Bagi high volume quantity la…. (daily sex routine)….. Bagi pekat la.. (once a week) … Blaaaa blaaa blaaa…….

    Syukur alhamdulillah…. Selepas pindah kerja ke tempat baru (gaji naik) hahahaha ati banyak senang….. Kurang stress (takda ot ot lgi dah) maka lebih banyak quality time dapat saya spent ngan my super cute wife….. Enjoy every intimate momments…. Dannnnnn….. Di hening subuh……. Wife tergerak utk check urine dia…. time tuh dia bagi tau…. Nak check…. To me tme tuh ala… Normal la tetiap bulan wife check (wife suka check sbb dia punya mens tak teratur) tetiba… Dia jerit dari dlm toilet…. Keluar tunjuk tester…. N allahuakbar….. Pre test( to me slagi lom clinically test) menunjukan wife pregnant…

    So kt sini bleh relate kan…. Selain dr anugerah ilahi…. Kita jugak harus bersedia fizikal dan mental…. Harus la jangan stress… Set the mind….

    Pesan gua utk lu orang yang mulut cepat tuh….. Please la…. Jangan la nak tambah stress kepada yang masih belom berpeluang…. Sokonglah mereka… Percayalah…. Kalau mereka bleh buat anak macaman bancuh milo ais kaw….. Nescaya tiap tiap 9 bulan diorang akan buat satu…. Bukan kehendak mereka k…. Jangan la korang gurau belebihan…. Respek la perasaan mereka….

    P/s jangan sedey sedey eh….. Yang penting kita heppi…. Enjoy ya married life…… mohon maaf andai post ini ada mengguriskan sesapa….

    Reply
  36. Terkesan dihati…xde yang paham diri kita walaupun tak bckp didepan di belakang berbisik juga. Bukan nak bersangka x baik tapi hakikat manusia suka bertanya walaupon dah tahu.

    Reply
  37. Zuliana Shik …boleh…itu la jawaban yg sepatut nya diaorang dapat….banyak lagi jawaban yg klu kita fikirkan logik yg boleh menutup mulut2 diorang tapi kita kena cekal la x boleh menyerah kalah…

    Reply
  38. Noorzizani Jaiz…bersabar ye…dugaan awak sebenar nya sama dengan dugaan yang kami semua terima dan hadapi….apa yang perlu kita harus kuat dan tabah, jangan dilayan perkara2 yang boleh menggangu perjalanan kehidupan harian kita…

    Reply
  39. Azila Aziz…..kekurangan pada pasangan yang telah lama berkahwin akan tetapi tidak dikurniakan anak adalah merupakan kekuatan dan kelebihan yang tiada pada pasangan yang mempunyai anak…kenapa saya kata begitu kerana kebanyakkan masa kita habiskan bersama pasangan kita seperti masa kita bercinta…klu masa bercinta kita boleh menepis segala dugaan dan tohmahan mengapa tidak sekarang…maka tabahkan hati dan kuat kan diri…jangan dilayan kan sangat kata2 yang dilemparkan pada anda, tunjuk pada mereka kehidupan kita lebih sempurna dari mereka…

    Reply
  40. Sememangnya hanya yang mengalami keadaan INI yang lebih mengerti…saya telah berkahwin 4 tahun Dan belum dikurniakan anak sunyi sedih bingung Dan pelbagai perasaan di alami tapi saya angap bellum kayak memegang status seorang IBU…tapi apabila semua orang bertanya cuma Tuhan tahu betapa sakit hati…

    Reply
  41. Sungguh sedih dan terharu membaca kisah masing2.. sy juga alami perkara yg sama. kini perkahwinan kami masuk tahun ke-5. mungkin bagi sessetgh org 5 tahun tu hanya sekejap tp bg kami ianya sgt meyeksakan jiwa n raga. hanya Allah yg tahu bagaimana perasaan kami.
    Tahun pertama kami relax lg sb mungkin awal sgt utk menimang cahaya mata. tapi bila masuk tahun ke2 kami mula risau dan menjalani rawatan. pelbagai kaedah kami cuba, moden n tradisional. kami xberputus asa wpun ramai mulut2 busuk n jahat mengata mcm2. kami tetap bersabar. tambah menyakitkan hati bila ada yg suruh suami sy kawen lain. siap kenalkan ngn pompuan muda lh.hati mana tak sakit, tapi Alhamdulillah suami tak ambik pusing semua tu. mcm2 mulut mengata kami, merancangla, tak nak anak la, terlebih enjoy la, etc.
    Betulla mulut tempayan boleh ditutp tapi mulut orang hanya Allah yang tahu. jiran yg baru kawen 2 bulan dah mengandung, n suami dia cakap kt suami saya, ‘u tak pandai, kena blajar dgn i la mcm mana nk buat anak’. fuhh dgn muka berlagak n bangganya dia cakap dpn org ramai. tp nasib baik suami tenang je. ni la kelebihan suami sy, tak mudah melenting n terasa.
    Masuk tahun ke3, kami melancong ke luar negara sb nk hilangkan stress. Alhamdulillah berjaya. tapi bila balik ada plak mulut busuk yg cakap, patut la tak nak anak, sb tak puas berjalan lg rupanya.
    Tahun ke4 n ke5 kami melancong lagi..sudah pasti oversea. tp ada plak yg cakap, drpd membazir pergi melancong tak tentu hala, baikla pergi mekah, berdoa utk dapatkan anak. entahla, sy dah atak ambik pusing dgn mulut2 org, sy dan suami dah stop jalani rawatan sb kami diberitahu tak ada masalah. jadi kami relax je la.. Alhamdulillah rezeki kami makin murah n kami bebas ke sana sini.
    Tahun ke5 ni juga sy diujiapabila abah kesayangan meninggalkan kami. ya Allah.. hilang satu tempat mengadu. tp demi mak, sy kena kuatkan semangat. slepas kehilangan abah, sy tak pedulikan diri sndiri sb byk fikir tentang arwah abah, mak dan adk2 yg masih bersekolah. tapi perancangan Allah nyata yang terbaik, sebulan selepas tu sy perasaan period sy lewat hampir 2 bln. sy ke klinik n doc suruh buat upt. dalam hati sy cakap doc ni membazir masa je sb selama ni sy buat upt tak pernah positif. Alhamdulillah upt sy positif dan sy menangis sebaik shj doc memaklumkan yg sy pregnant. Allahu akbar, amat hebat ujian Mu, Allah ambik abah sy tapi Allah ganti dgn sesuatu yg sgt kami nantikan selama ini. mugkin Allah tak nak kami bersedih lama2. sy terus menangis kerana bersyukur dan terus memeluk doc. hanya Allah yg tahu perasaan ketika tu. sy maklumkan pada suami, dia turut terkedu kerana tak percaya. bila balik ke rumah kami buat upt skali lg sb tak percaya..
    Di sini sy nk kongsikan apa yg sy buat setelah berhenti dr semua jenis rawatan: solat dhuha, banyakkkan sedekah, jgn stress, dan hiduplan dgn gembira. carilah cara utk bahagiakan diri sendiri.
    Syukur Alhamdulillah atas rahmat Mu ya Allah.. ya Allah permudahkanla isteri2 di luar sana yang menunggu lama utk dapatkan zuriat.. akhirkanlah penantian mereka dgn rahmat dan rezki Mu ya Allah dan Kau kuatkanlah semangat mereka dlm mengharugi hari2 yg penuh ujian.. amiin..

    Reply
  42. Semua ini adalah takdir tuhan pada umatnya … mereka juga senasib dgn akuy, usia perkahwinan kami hampir 15 tahun, sy pernah hamil 6 kali tetapi semuanya hanya bertahan sekitar 11-15 minggu aku redha. Dugaan demi dugaan dilalui bila ada insan-insan mengeluarkan kata-kata yg menguris hati bila dituduh mengamalkan ilmu salah utk berkahwin dengan suami, ada juga yang berkata aku mempunyai saka … hanya allah yg maha mengetahui bertapa hancurnya hati ketika itu. Lama kelamaan si suami pun rasa tercabar oleh kata-kata org mengatakan dia mandul, sehingga dia berkahwin lain dan dikurniakan 3 cahaya mata. Tapi aku tetap mendapat pandang serong dr saudara-mara. Mungkin ini adalah takdirku… aku dipinggirankan setiap kali dalm majlis -majlis keramaian, termasuk suamiku sendiri … Aku percaya semua ini ada hikmahnya, walaupun aku tidak dikurniakan anak, tetapi Allah mengantikan aku dengan anak-anak tiri ku yg amat menyayangi aku. Cukup allah bagi ku …. kerana dia tidak pernah meninggalkan aku.

    Reply
  43. Assalammualaikum, sabar la yer semua superwomen kt sini, mulut manusia mmg mcm tu hanya yg melalui faham situasi sebenar, tahniah kepada sesiapa yg merasai jugak pengalaman mengandung walaupun beberap hr/minggu/bulan sbb nikmatnya sunggu indahkan. Teruskan berdoa jgn give up. Doakan saya juge dh berkahwin hampir 9 thn tp x pernah sekali pun merasai nikmat mengandung. Sama2 lah kita bersabar dan terus berusaha. Allah tahu yg terbaik utk hambaNya.

    Reply
  44. Assalamualaikum. Cukup tersentuh hati saya membaca kisah2 anda semua. Saya juga sudah hampir 2 tahun berkahwin. Sepanjang itu, saya sudah 2x keguguran. Sedih? Hanya Allah swt yg maha mengetahui perasaan saya dan suami pd ketika itu. Bukan saya tak redha dgn ketentuan Allah swt. Saya dan suami cukup redha cuma kata2 sinis masyarakat yg sangat menyakitkan. Paling sakit bila kakak ipar sndri mngatakan “Eh dia tu xleh mngandung sbb bla..bla..bla”.

    Alhamdulillah. sekarang saya hamil buat kali ke-3. Sudah 18mnggu. Tiap2 hari saya berdoa’ agar kali ini biarlah saya dapat melihat zuriat saya. Andai Allah swt tentukan cuma 1 zuriat pun saya masih bersyukur. Buat pasangan2 diluar sana yg masih menantikan anak, sentiasa tabah & sabar. Rezeki Allah itu pasti. Saya sentiasa doa’kan agar kita semua selalu tabah mengharunginya.

    Reply
  45. Saya berkahwin sudah menjangkau 14 thn, tetapi belum ada cahaya mata. Suami yang saya sangka amat memahami duka hati saya akhirnya akan berkahwin lagi, dgn alasan kami tak punya zuriat. Perkara yang membuat saya terkilan dan amat jauh hati ialah suami tak pernah mahu seganding dengan saya utk berusaha kearah itu. Biar hancur hati saya, tapi terselit juga bahagia Allah beri pada saya, saya ada seorg anak biarpun hanya anak angkat.

    Reply
  46. salam…
    sekadar berkongsi pengalaman saya..saya berkahwin awal pd tahun 1998 di usia 21 tahun & suami 23 tahun..selama 11 tahun lebih tanpa zuriat.saya tak pernah merasai pengalaman mengandung…akhir pada tahun ke 12 perkahwinan Allah makbulkan doa kami suami isteri.apa yang ingin saya kongsikan pengalaman saya sebagai menantu sulung..suami 3 adik beradik..bygkan kami tiada anak..adik suami yg ke 2 punya tiga anak..adik suami yg ke 3 punya 2 ank..hati bagai disiat2 bila tibanya raya..jantung bagai terhenti bila ada 1 ketika kedua-dua biras saya mengandung pada tahun yang sama…hanya air mata yg menjadi peneman..tapi Alhamdulillah Allah kurniakan saya suami yg baik..ipar duai yang baik..mertua yang terlalu baik hanya Allah yang maha mengetahui…tapi perasaan sendiri tiada siapa yang tahu..selama 11 tahun lebih perkahwinan..suami tak pernah merungut,,tak pernah sama sekali..mertua tak pernah merungut,tak pernah sisihkan saya…malah dimana saja ada usaha @ ikhtiar pasti saya akan dibawa kesana..suami mmberi sokongan.kami cuba sedaya tapi tiada rezeki..anak saudara tmpt kami menumpang kasih.pada januari tahun 2010 kami suami isteri nekad mencuba kaedah moden..mertua & family saya mmberi sokongan yg tak berbelah bagi..saya & suami tawakkal..mak mertua sentiasa menemani saya..ibu saya sentiasa mendoakan saya..family sokong saya 300%..akhirnya saya mengandung setelah menjalani rawatan dgn kaedah moden tersebut di slh sebuah hospital swasta di penang. alhamdulillah Allah memudahkan segala2nya buat saya & suami..30/10/10 saya melahirkan sepasang kembar perempuan..sekarang dh 4 tahun…Allah Maha Besar..pada yg belum mmpunyai rezeki teruskan berusaha…Insyaallah ada… pada saya sokongan keluarga sangat penting,…tiada tekanan..tiada paksaan..insyaallah mmberi dorongan utk kita & pasangan… Wallahualam…

    Reply
  47. Memang menyakitkan hati bila org sekeliling asyik tanya soalan2 bonus begini. Sabar & fikir positif sajalah. Kepada yg masih berusaha, cuba amalkan makan buah kurma & minum susu. Berhenti minum minuman yg berkafein seperti kopi.

    Reply
  48. sy dh kawen hmpir 3thn..sy sgt fhm prasaan bg mereka2 yg brkwen tp xde rezeki ank. sbb sy pn sm.tp ms awl prkhwinn sy pnh prgnnt kndungn luar rahim.dpt th pn sbb dh pecah n berdrah xhnti2 n skit prut..sedih mmg sdih sbb trpksa buang.yg plg sdih bla sy sedar dr operation both my tube kna remove.no choice. agak tesentak jgak sbb it mean sy dh xblh prgnnt normal melainkn ivf. kos ivf ni sgt mhl. 2nd year try bt tp bkn rezeki sy n failed. ap yg mmpu hny mgharap redha ALLAH n miracle form HIM.

    Reply
  49. Saya juga mengalami hal yang sama. 10 tahun saya berkhawin.. Dugaan semasa belum ada anak tu memang paling berat. Bermacam-macam andaian orang cuba memperkatakan mengenai saya dan suami. Hanya kesabaran menjadi peneman diri.. Mungkin Allah ingin mematangkan pemikiran aku dan suami sebelum ada anak.. Lepas 10 tahun, Allah kabulkan doa kami. Saya disahkan menagandung. Suami insan paling gembira saat tu Tapi kegembiraan kami cuma seketika.. Allah uji kami dengan anak yang dilahirkan tidak sempurna (cleft lip and palate). Hanya Allah yang tahu perasaan saya saat tu. Aku cuba untuk belajar sabar dan taban menerima semua nya. Mungkin bila Allah berikan kami Anak sebegini 10 thun dulu, Kami sia2kan dia sebab tak dapat terima hakikat lahirkan sedemikian. Sekarang umur anak saya 1 tahun, biar pun dia anak yang istimewa tapi dia seorang anak yang pintar…So untuk ibu2 yang belum ada anak, kena sabar.. Allah merencanakan sesuatu supaya 1 hari nanti kita redha dengan pemberian yng Allah dah takdirkan buat kita..

    Reply
  50. Sungguh sedih dan sayu hati apabila membaca luahan dari wanita2, yang bagi saya merupakan “superwoman” kerana begitu tabah dan kuat menghadapi dugaan tanpa zuriat bertahun2 lamanya..
    Saya sudah 2tahun lebih kahwin dan tidak pernah lekat sekalipun.. Saya tinggal berjauhan dari suami atas faktor kerja..
    Memang ramai diantara orang sekeliling kami yg mengandung, boleh dikatakan semua kawan2 mengandung, baik sepupu, adik ipar dan sedara2 yang lain..
    Sungguh saya cemburu, saya menangis bila mengenangkan nikmat itu tidak dapat saya rasai..
    Namun, ada hikmah di sebalik semua ini, kerana saya rasa saya lebih dekat dengan Yang Maha Pencipta.. Jika sebelum ni, saya lalai dan lupa pada-Nya, tapi kini saya mulai sedar.. Ada sesuatu kebaikan yang kita perolehi dengan adanya dugaan lambat dapat zuriat ni.. Sebenarnya, memang manis sungguh hidup bila sentiasa fikirkan Allah dalam kepala..
    Bagi saya, In Shaa Allah kita pasti akan dapat merasai nikmat menjadi ibu selagi mana adanya rahim dalam badan kita ni..
    Tabahlah kawan2 semua.. Yakin pada janji Allah.. Percaya bahawa rezeki itu datangnya dari Allah SWT..
    Perbanyakkan berdoa tanpa jemu.. Sentiasa usap perut dan berselawat serta berzikir..
    In Shaa Allah, saya yakin Allah akan kabulkan doa hambaNya yang x putus2 memohon kepadaNya..
    Anggap lah doa kita ni sebagai doa seorang isteri yang ingin bergelar ibu..
    Sesungguhnya, Allah xkan sia2 kan doa SEORANG IBU..

    Reply
  51. salam. .tahun ni dah thn ke 7 kami kwin tp sekali pun xpnh pregnant,kwn2 skeliling plimg lama pun 2 3thn . .saat membaca komen disini sy menangis teresak2,kadang2 sy kuat dan byk ms menangis,redha memangla sebab kita ada iman ,tp bila je kwan2 mengandung,sy la yang xpernah ucapkan apa2 bkn jeles tapi berasa rendah diri,malu dan rasa nak sembunyikan diri dr org ramai..sy pernaj terdengar st cermah,ustaz bagi contoh ujian berat ialah tiada zuriat,dan bila ujian ni susah ,sape yg dpt lepasi,tntunya dpt.markah yang tinggi di sisi allah.so hati lega dengar sedikit..kena byk ingat pasal.mati,syurga neraka baru tinbul syukur apa yg dimilki dan pasal anak adalah hiasan dunia dan fitnah sebenarnya..

    Reply
  52. Sedih.sangat baca komen smua teman teman..sy pun seperti kalian menanti zuriat..tapi shgga ke hari ini sy masih lg blum punya…sy harap sy tabah mghadapi sugaan hidup ini..tolong doakan sy agar sy punya zuriat dlm masa terdekat ni..amat mgharap

    Reply
  53. sy sungguh x kuat nak lalui dugaan yg satu ni kak…sy pk su kuat..tp x..kawan2 sperjuang sume tgah bawah perut skng ni..tp sy yg kawin lbih awal dr dorg blom lagi dikurniakan zuriat n pluang tu…ye sy tau allah sebaik2 perancang..nak x nk sy kne kuat n sbar menanti saat bahagia tu..doa kan sy dikurniakan zuriat scpt yg mgkin..aamiin…

    Reply

Leave a Comment