Taman Tema Nickelodeon Pertama Di Malaysia Kini Dibuka!

Saksikan dunia fantasi penuh keriangan di sebalik kesegaran 10 ekar hutan hujan tropika! Dengan pembukaan ‘Nickelodeon Lost Lagoon’ di Sunway Lagoon pada 8 Mac 2016 yang lalu, dunia fantasi kini merupakan sebuah realiti.

Sunway dan Viacom International Media Networks (VIMN) mengumumkan pelancarannya dengan kehadiran Ketua Menteri Selangor, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohamed Azmin Bin Ali. Untuk pengetahuan ramai, ‘Nickelodeon Lost Lagoon’ merupakan taman seumpamanya yang pertama di Asia.

Hari pelancaran yang meriah dengan letupan bunga api
Hari pelancaran yang meriah dengan letupan bunga api

14 Tarikan Baru Dalam ‘Nickelodeon Lost Lagoon’

Taman tema ini mengetengahkan 14 tarikan kepada pengunjung segenap usia dengan membawa keunikan watak Nickelodeon seperti SpongeBob SquarePants, Dora the Explorer, dan Teenage Mutant Ninja Turtles ke dalam ‘Nickelodeon Lost Lagoon’.

‘Nickelodeon Lost Lagoon’ menjanjikan sebuah pengalaman pengembaraan, seperti juga namanya. Bermula dari memanjat anak tangga ‘ancient temple’, diikuti dengan tiang berbentuk nanas memasuki struktur gah SpongeBob SquarePants, pancutan geiser sehinggalah sampai di meriam air.

sunway lagoon
Menaiki anak tangga ‘Wonder steps’ untuk memasuki struktur Spongebob SquarePants

Tidak cukup setakat itu, anda akan menaiki jambatan gantung, banyak lagi aktiviti ‘basah’ yang cukup mengujakan, serta pelbagai tunggangan anti-graviti yang menelusuri pokok-pokok dan bukit-bukau.

Menariknya, anda mungkin turut berpeluang menemui karakter-karakter Nickelodeon di sini!

'Monsoon 360' salah satu tarikan dalam 'Nickelodeon Lost Lagoon'
‘Monsoon 360’ salah satu tarikan dalam ‘Nickelodeon Lost Lagoon’

Bukan itu sahaja, bagi anda yang kenal dengan bendalir hijau atau ‘slime’, anda harus berjaga-jaga kerana taman tema ini akan memastikan anda terpalit dengannya. Mana mungkin anda meninggalkan taman tema ini tanpa calitannya yang cukup ikonik dengan nama Nickelodeon!

taman tema sunway lagoon
Inilah ‘slime’, bendalir hijau melekit yang sangat sinonim dengan Nickelodeon yang akan menyerang anda di sana! Foto Kredit: nick.com

Bagi ibu bapa yang inginkan kedamaian, anda bolehlah menikmati makanan sambil menikmati keindahan panorama alam semulajadi di ‘Lakeside Restaurant’.

Melengkapkan 5 Buah Lagi Taman Tema Dalam Sunway Lagoon

'Jungle Fury', juga terdapat dalam Taman Tema Nickelodeon di Sunway Lagoon ini
‘Jungle Fury’, juga terdapat dalam Taman Tema Nickelodeon di Sunway Lagoon ini

Menurut Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali, “Taman tema ini adalah penambahan yang amat baik kepada Sunway Lagoon dan ianya dapat mempelbagaikan daya tarikan Selangor sebagai destinasi pelancongan. Selain itu, ‘Nickelodeon Lost Lagoon’  juga mampu menyumbangkan kepada pertumbuhan industri pelancongan negara,”

Dengan pelaburan melebihi RM100 juta, taman tema Nickelodeon ini melengkapkan lagi Sunway Lagoon sebagai taman tema yang sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga.  Ini kerana, selain ‘Nickelodeon Lost Lagoon’, Sunway Lagoon mempunyai 5 taman tema sedia ada iaitu “Water Park”, “Amusement Park”, “Extreme Park”, “Interactive Wildlife Park”, dan “Lynton V Harris Scream Park”.

Sejak 2007, Sunway Lagoon telah dinamakan sebagai Tarikan Terbaik Asia Oleh International Association of Amusement Parks and Attractions (IAAPA) selama empat tahun berturut-turut.

“‘Nickelodeon Lost Lagoon’ akan memberi peluang kepada anak-anak dan seluruh keluarga di Malaysia serta Asia Tenggara untuk mengenali karakter Nickelodeon dengan lebih dekat.” kata Mark Whitehead, Naib Presiden Eksekutif dan Pengarah Urusan VIMN Asia.

sunway lagoon nickelodeon
Taman Tema Nickelodeon telah beroperasi sejak 3 Februari 2016

Jom Datang!

‘Nickelodeon Lost Lagoon’ telahpun dibuka kepada orang ramai pada 3 Februari 2016.

Waktu operasinya adalah dari 10 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Nikmati pelbagai tarikan pada harga RM150 bagi 12 tahun ke atas dan RM120 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman Facebook Sunway Lagoon Malaysia di www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia atau hubungi di talian 03-5639 0000.

Leave a Comment