Tanda Tanda Kehamilan
Apakah antara tanda tanda kehamilan? Bagi yang baru berkahwin, tentu sekali tidak biasa tentang tanda-tanda mengandung. Kahwin awal, maka hamil muda? Apabila tidak sedap badan, ramai berasakan tidak sihat dan terus ke klinik untuk pemeriksaan lanjut. Selalu berlaku, doktor akan memberikan berita gembira yang tidak disangka-sangka!
Berbanding yang sudah pernah mengandung, tanda-tanda ini cukup jelas dan sudah difahami. Ada yang sudah beberapa minggu, malah beberapa bulan, tidak sedar bahawa dirinya mengandung. Apa-apapun, tidak kisah samada bakal dapat bayi kembar, anak lelaki atau anak perempuan, yang penting sihat!.
Mari kita lihat, apa tanda-tanda hamil yang bakal ibu perlu tahu:
1. Haid tidak datang
Bagi yang mempunyai kitaran haid yang teratur, sekiranya ‘miss’ beberapa hari, besar kemungkinan anda perlu ke farmasi untuk membeli ‘pregnancy kit’. Usah tunggu lama-lama. Ujian kehamilan ini akan mengukur tahap hormon hCG dalam air kencing. Namun, bagi yang mempunyai haid tidak teratur, ia agak sukar untuk diagak. Walau bagaimanapun, jangan terlalu berharap jika ada tanda tanda kehamilan ini. Jumpa doktor untuk dapatkan kepastian.
2. Mual atau ‘morning sickness’
Kalau mengalami ‘morning sickness’ dan muntah-muntah, ia juga satu petanda baik. Perlu diingat, bila sudah mula muntah-muntah, badan akan terhidrat dan kurang air. Jumpa doktor untuk konsultasi dan maklumat lanjut agar kesihatan anda pada tahap optimal. Suami perlu bagi sokongan moral. Sedih sangat bila lihat isteri muntah-muntah di sinki.
Jika sudah ada tanda tanda kehamilan seperti ini, bila isteri termuntah, suami kena rajin tepuk-tepuk belakang isteri.
3. Payudara yang tegang dan sensitif
Tiba-tiba dapat rasa payudara agak bengkak. Dalam Bahasa Inggeris, ia dipanggil ‘tender breasts’ atau ‘swollen breasts’. Tampak lebih besar dan berat dari biasa. Ibu yang bakal mengandung kena pastikan pakai bra yang dapat menampung payudara dengan selesa. Walaupun tanda tanda kehamilan ini bukan yang paling jelas, ia masih lagi satu petunjuk yang seseorang wanita itu hamil.
4. Sakit kepala
Ia berlaku akibat perubahan hormon dalam badan. Gangguan pening dan sakit kepala yang sering dirasakan oleh ibu hamil sebenarnya berlaku atas faktor fizikal yang dialami seperti rasa lelah, mual, lapar dan tekanan darah rendah. Selain itu, penyebab emosional pula berkaitan dengan perasaan tegang dan’stress’. Peningkatan darah ke seluruh tubuh juga boleh menyebabkan sakit kepala bila berubah kedudukan tempat duduk.
Bila ada tanda tanda kehamilan seperti ini, walaupun tidak tahan, elakkan dari mengambil ubat-ubatan tanpa kebenaran doktor. Elakkan beli ubatan sendiri di farmasi. Lebih baik berjumpa doktor terlebih dahulu.
5. Rasa penat
Rasa ingin bermalas-malasan sahaja. Ingin baring dan berehat sepanjang masa. Ini juga berlaku akibat perubahan hormon. Tubuh badan ibu cuba menyesuaikan diri dengan kehadiran insan baru dalam badan. Peningkatan hormon progesteron juga sering dikaitkan dengan rasa penat dan lelah. Penurunan kadar gula dalam darah dan tekanan darah rendah juga menyumbang kepada rasa kepenatan ini.
Suami jangan kata isteri mengada-ngada pula. Rasa penat itu sememangnya tanda tanda kehamilan.
6. Perubahan ‘mood’ yang ketara
Wanita hamil memiliki ‘mood’ yang mudah berubah. Suami kena tahan sahaja bila ini berlaku. Ini kerana sekejap ‘happy’ sekejap sedih. Silap-silap, suami pula kena marah tanpa sebab. Usah bimbang kerana ini adalah perkara normal yang berlaku akibat perubahan hormon. Isteri anda hanya cuba menyesuaikan tubuh badan dengan kehadiran hormon baru.
Forum RatuHati juga membincangkan tanda tanda kehamilan dalam bentuk lebih santai. ‘Forumer’ di sana mengatakan, antara tanda seseorang itu mengandung ialah:
- Haid sahih lewat sebab saya ni haid tetap – sue
- Badan asyik berangin sahaja – ibualya
- Selalu rasa seram sejuk, tidak boleh langsung kena air sejuk – hani
- Demam-demam, batuk-batuk dan selsema. Badan memang penat dan lemah sahaja. – ayu
- Demam tiba-tiba dan puting rasa pedih bila anak menyusu. Kuantiti susu perahan juga berkurangan – niza
- Lidah rasa pahit dan tidak ada selera makan. – najihah
- Kerap buang air – halida
- Rasa pemalas sangat-sangat. – fiza
- Sakit pinggang yang amat. Serba tidak kena. Apabila sepatutnya datang haid, sakit perut sangat, kejang. – cikzura
- Saya tidak boleh makan nasi. Jika makan, saya akan muntah – hema
- Saya dan suami demam serentak. Tekak rasa tidak selesa.- Mrs A.H
- Selera makan yang melampau – shazie
- Rasa sakit berdenyut pada rahim. Mula rasa sakit yang sepatutnya jadi hari kedua haid – lovelyrose
- Ada brown spotting (implantation bleeding) – yana
- Seminggu sebelum period saya sudah rasa perut tegang, payudara sakit di bahagian puting dan berdenyut-denyut di sekitarnya – khailyn
- Badan rasa panas. – ladyamal
- Banyak air liur. Sering berludah – Kirana
- Kulit berminyak dan berjerawat. Saya jadi sangat sensitif tidak bertempat – krsty
- Tidak boleh tengok skrin laptop lama-lama, pening kepala dan rasa hendak muntah – iman
- Banyak keputihan yang keluar, kemudian rasa pening macam hendak pitam – reese
- Suami demam teruk. Sampai kawan-kawan suami cakap, isteri mengandung agaknya. Dua tiga hari saya sakit bahagian pinggang rasa cekang semacam – idayah
- Degup nadi di perut makin ketara – lollypop
- Suami akan ada selera yang tinggi, senang lapar, sampai saya terpaksa layan dia makan. – hana
- Tidak suka bau goreng-goreng – Jenny
- Instint yang kuat sangat rasa diri memang mengandung. Memang yakin sahaja walaupun belum due haid sampai beritahu suami kata dah ada ‘isi’ – chamomile
- Keluar keputihan pekat, macam susu. Kulit bersih tanpa jerawat. – Rara
Adakah tanda tanda mengandung ini akan kekal atau hilang? Biasanya, tanda tanda kehamilan ini akan hilang pada trimester 2. Apa yang penting, tidak kisah samada anak lelaki atau perempuan, kembar ataupun tidak, yang paling penting anak kita sihat. Pastikan jaga pemakanan seharian. Lebih baik jika makan makanan ibu mengandung menurut Islam.
Ikuti senaman ibu mengandung untuk kekal cergas. Jangan makan makanan yang dilarang untuk ibu mengandung pula.
Kalau confirm hamil, apa perlu buat?
Mestilah kena jaga kesihatan. Dapatkan nutrisi yang secukupnya, seperti set vitamin Healthy PreNatal.
Selamat menempuhi alam hamil dan keibuan yang cukup menyeronokkan!
Carian yang berkaitan:
- https://curlast com/tag/tanda-hamil-bunting-pelanduk/
Waaah tak sabar menunggu kemunculan tanda2 itu… :p
Sye dlu pnt sgt2 … Rpenye ad org bru …. Hihi
Sy skrg tgh alami semua tanda2 tu..rasa penat,jalan skit dah semput,mkn nsi muntah,bdn rse pns,asyik mengantuk je..xde selera mkn,mulut pahit,xbole bau hubby.. Nasib baik hubby faham..huhu
awk ada rasa denyut2 kat perut tak..hehe
SAYA takut sebab tak datang bulan
Belum kawen ke?
apasal takut lak ?
saya teringin sangat nak hadapi semua ni
Sy tgh alami stgh dr tnda2 di ats..tp bla cek guna pregnancy test tu negatif..bdn jd lesu..breast skit..haid lmbat n selera mkn berkurg shgga bdn susut 5 kg..
sy pon sme mcm awak nih .
jadi macamana keputusannya sekarang? sudah positif mngandung? atau macamana?
salam ummi; macamana keputusannya selepas itu? adakah awak pregnant? atau sekarang sudah besalin atau bagaimana? sbb saya mngalamai sama seperti awak sekarang. cek upt 3 kali negative tapi tanda2 diatas tu kebanyakkannya mmg saya sdg alami sekarang. boleh tolong jawab saya? terima kasih.
tanda-tanda kehamilan sangat mirip dengan tanda tanda menstruasi. saya mengalami hampir kesemua tanda di atas sebelum menstruasi. sebab tu bila saya buat UPT, hasilnya negatif. beza antara tanda menstruasi dan hamil (jika kita punya semua tanda di atas ini) ialah; jika kita rasa sakit atas bahagian pinggul, maka itu adalah menstruasi.
Sama laaaa saya pon tanda2 banyak sgt dh dua kali test pregnt tu…ngetive lg…mgkin msih awal kot…kena tgu dulu la jawab dy
Sy rasa sy ada slah satunya
Saya rasa mual-mual, pening kepala, mengidam dan kuat berpeluh.
Me too…rasa seram sejuk…
Atoyai..tghari panas terik.member2 mrungut dok panas.aku pulok seram sejuk.almost seminggu mndi air panas..mengigil noerr.
Ish
Logik x logik…
Pas tu tetiba rasa cm pening2 lalat..
Adoi..
Adoiii..preknen ka tu.due date period sehari lagi……
askom doc,
saya ingin bertanya..bulan lepas saya ada datang bulan tapi period datang awal 2 hari. dan period saya hanya datang 2 hari sahaja.
sebelum ni saya tiada masalah kedatangan period.period akan datang cukup waktu…
hari pertama ; darah + lendiran
hari kedua ; darah
hari ketiga ; tiada darah
hari keempat ; darah secalit shj.
hari k5 & ke6 ; tiada darah
adakah tanda awal kehamilan ?
saya check upt still negative
period je tu kak. hormon tak balance. kurangkan minum minuman sjuk.banyakkan yang suam.
saya ada tanda2 di atas..tpi xnak buat upt lgi..takut mngaharap..nnt kecewa..hehehe
@jiwa lebur
Sy ad alami setengah tnda diatas…sy mngharap yg sy pregnnt..for check sy takut sngt kecewa if nothng..but my husbie instinct mcm ad org baru..hopefully
Saya baru kahwin awal bulan 8. Tapi pertengahan bulan 9 baru berjaya pecah dara. Kalau waktu pertama kali bersama 18hb, ada kemungkinan tak saya boleh rasa tanda hamil seawal 23hb? Sebab saya rasa payudara tegang dan bengkak. Sakit bila tersentuh. Skrg dah 28hb, takde rasa tanda lain. Biasanya saya period 4hb. Kalau saya betul hamil, saya tak kan dtg period minggu depan kan? Asid folik penting ke? Saya mengharap sangat nak mengandung..
Nk juGAK BABY TRINGINNYA
i rasa kan Nur Atikah tu belum kawen lagi kot… tu yang takot tu… hehehe…
betul tu shina comel… memang sah belum kawen la tu…
Tanda nya tak dtang bulan ke lambat dtg bulan .?
Sye,da sebulan period x keluar,sepatutnye 11 ,aribulan…..nie da nk abis buln,perot beragin jek,pasto skit di ari2….bile cek pregnt test negetif… sedihh..
Berharap sgt mgandung.tlg doakn sy..
insyaAllah..
salam sya nak tye ..sya salu sakit prut rsa nk brak je ..rsa mual2 tpi x mntah ..mlas pn ada ..prut rsa mcm msuk angin kmbung ..apa itu tnda hamil..
Sya pun alami bnda sama mcm awk sis..xnk mghrap takut kecewa
kite sme lh kak..tnda cm uhhh
kmbg pert,nk munth tpy xnk…ase bdn mls jew..
Sama la dengan saya sekarang ni.
Hi..selepas saya kahwin period saya awal 2 hari.. hari pertama banyak darah keluar..hari kedua keluar warna coklat.. hari ketiga seterusnya bersih.. saya sering rasa lapar.. sebekum period demam selsema dan sakit tekak..bila check upt result negative.. adakah saya mengandung..
Tanda2 spt yg di ats,bnyk yg sy dn suami alami dlm 5 hari sudah.hri ni sptutnya sy priod tp,blm ada jga.slera mkn btambh,mcm tu jgk suami.dh 4 hri sy prasan,mlm2 msti perut sy lapar.bwh perut pulak mcm sakit bdnyut2.kdg2 belah kiri kdg2 knan.pening kpala jgn ckp la.tgk screen hp,tv n laptop pn sy jd pning.pinggang sy mcm kna trik je.lenguh.perut kembung.skrg sy dmam.breast sy pn dh 3 hri sy rasa sakit.suami ckp sze breast sy mkin besar.mcm tu jgk perut.kdg2 rsa nk muntah,tp xmuntah2 jgk.pagi2 kalau sy bngun tdr,sy nk pitam.
Tkdg suami sy bgurau pn sy blh marah dia.ish….ksian en.suami.
Adakh sy mmg pregnant??
Nak bt urine test,tp tkut..nti mcm sblum ni..-ve je..
sekiranya keputihan menjadi jernih ada tanda awl hamil
Wauuu … xsabar nye nk tggu rase tnda2 mcm tOo …
bestnye rase mcm tu kn….tringin sgt2 nk rase mcm u all…😊😊😊
rse kembung perut semcm,pas uhh moody skit..tpy takut nk cek juga sebb takut nty kputusan -gtv
kalau lambat haid dan tak ada tanda2 spt mual,penat,putin tegang n mcm2 la.tu sebab apa plk
Hampir semua yg d ats sy alami.. Pyudara rasa sakit, trtma skli kat nipple… Ada ka sya mgndg? Takut nak check, sbab takut kecewa lagi dgn kptsn ny nanti 🙁
saya ade jugak rase semua tuh mase bulan pertame kawen.. seseme sume..bile cek upt NEgative.. nh masuk bulan kedua.. n sy ase mlssss sgt2.husband pulak seseme tetibe..nak cek takot negatif n kcwe lagi.. sy harap sgt mgndung.. period sy di jangke minggu nh.. huuuuu minta2 tak period.hahaha
Saya pun alami rasa takut. Padahal dah kawin nk masuk 2 tahun.. Rsa mcm emosi tak stabil. Siap subuh2 kol ibu nanges kata takut. Semua org x sama symptom. Maybe mood sy swing sangat n dah terbayang takot nk bsalin tu.
Tak pe..kita besangka baik je dgn yg rasa takut tu. Mungkin dia mcm saya jugak..