Senarai Tempat Makan Sedap Di Hentian Rehat PLUS (Arah Selatan)

Memandu dari utara ke selatan, tentu sekali memenatkan. Lebih-lebih lagi bila tiba musim cuti sekolah atau perayaan yang panjang. Kalau lebuhraya PLUS tidak sesak, tidak sah!

Bagi yang bertolak malam, kena selalu berhati-hati dan pastikan mata segar-bugar. Kalau mengantuk, tidur dulu di mana-mana hentian Rehat & Rawat (R&R).

Apa yang menarik di lebuhraya PLUS?

Bagi sesiapa yang menggunakan highway PLUS, tentu ada yang ingin cepat sampai ke destinasi. Mahu cepat sampai ke kampung dan berjumpa mak, ayah, adik-beradik dan sanak saudara. Mungkin ada yang terlepas pandang, sebenarnya ada banyak aktiviti dan perkara menarik di sepanjang highway PLUS.

Tempat makan sedap di Hentian Rehat PLUS

1. R&R Gunung Semanggol (South), Perak

Hentian rehat PLUS

KFC itu biasa. Tetapi Ramly?. Cubalah singgah di Ramly untuk mencuba makanan Western yang dibuat oleh rakyat Malaysia sendiri.

Ada juga satu kedai yang jual rendang tok. Kalau tidak silap, harganya RM4 untuk 100 gram.

Hentian rehat PLUS

Di sini juga ada TM Wifi hotspot. Sesiapa yang ada akaun UniFi atau Streamyx, boleh jimat data!

Ramai memuji yang surau di sini selesa. Cuma apabila waktu senja, ramai menasihatkan agar tidak meletak kereta di bawah pokok. Takut kena berak burung!

Tempat makan sedap di sini:

No 7, Senyum Sokmo – Kurma Kambing

No 11, Selera Warisan – Soto Ayam

 

2. R&R Bukit Gantang (South), Perak

Hentian rehat PLUS

Ada banyak gerai buah-buahan di sini. Jambu air sedap! Bila cicah dengan asam, boleh meleleh air liur. Kalau mahu lebih adventure, boleh cuba rasa durian belanda.

Cuma seperkara sahaja, apabila musim cuti sekolah atau musim perayaan, elakkan berhenti di sini. Terlalu crowded!

Tempat makan sedap di sini:

No 6, Yusof Bakar – Rojak Buah

 

3. R&R Sungai Perak (South), Perak

Hentian rehat PLUS

Pemandangan sangat cantik. Boleh panjat menara tinjau untuk lihat sekeliling.

 

Tempat makan sedap di sini:

No 4, Selera Ria – Ikan Tilapia Goreng

No 11, Mama Terra One-G Enterprise – Kari Itik

 

4. R&R Tapah (South), Perak

Hentian rehat PLUS

Tempat ini sangat sibuk, kerana ramai yang turun dari Cameron Highlands akan singgah ke sini dahulu. Cuma apa yang menarik di sini, tempatnya luas. Kedai makan ada banyak yang boleh dicuba. Buah-buahan tempatan juga banyak dijual.

 

Tempat makan sedap di sini:

No 6, Express Stall – Mee Kicap

No 7, Cafeteria Idaman – Mee Bakso Special

 

5. R&R Ulu Bernam (South), Perak

Hentian rehat PLUS

Hentian terakhir yang selesa sebelum masuk ke negeri Selangor. Ada pau Yik Mun, yang original dari Tanjung Malim di sini!

 

Tempat makan sedap di sini:

No 4, Beriani – Nasi Beriani Puyuh

No 8, Asam Pedas – Asam Pedas Claypot

 

6. R&R Seremban (South), Negeri Sembilan

Hentian rehat PLUS

Orang Kuala Lumpur biasanya akan singgah sini dahulu untuk makan. Ada beberapa gerai yang jual makanan minang di sini.

Ramai akan stress sebab parking di bahagian hadapan selalu penuh. Cuba pergi bahagian belakang R&R ini, berlambak tempat kosong!

Kalau ada orang yang mahu jual handphone atau jam tangan, jangan beli. Besar kemungkinan itu adalah barang curi.

 

Tempat makan sedap di sini:

No 3, Pinggiran Highway Nasi Beriyani

No 5, Selera Negeri – Daging Salai Masak Lemak

 

7. R&R Jejantas Ayer Keroh (South), Melaka

Hentian rehat PLUS

Hentian ini adalah untuk kedua-dua arah, iaitu utara dan selatan. R&R Ayer Keroh yang biasa cuma terletak bersebelahan sahaja. Agak kecil dan tidak selesa.

 

Apa yang menarik di sini?:

Al-Ikhsan yang sangat besar. Boleh singgah beli barangan sukan dengan harga yang berpatutan.

 

Tempat makan sedap di sini:

Tiada info

 

8. R&R Jejantas Pagoh (South), Johor

Hentian rehat PLUS

Hentian ini adalah hentian paling selesa yang terakhir sebelum meneruskan perjalanan ke Johor Bahru.Pastikan anda rasa Nasi Ambeng Johor di sini!

 

Apa yang menarik di sini?:

Surau yang luas dan tenang.

 

Tempat makan sedap di sini:

No 4, MCR Aceh – Muar Chicken Rice

No 10, Bumbu Kito – Nasi Ambang

Akhir kata

Banyak perkara menarik di sepanjang highway PLUS yang boleh dikunjungi. Cuma ada yang kita tidak tahu.

Hentian rehat PLUS

Bagi yang mempunyai telefon pintar, boleh muat turun aplikasi PLUS dari Apple App Store (iOS) dan Google Play (Android).

Kenapa kami katakan mobile app ini awesome? Antaranya ialah ia mempunyai fungsi Live Feed. Boleh terus tengok bagaimana keadaan Live Traffic secara real-time

Selain itu, ia juga memaparkan fasiliti yang ada di setiap hentian rehat,seperti ATM, stesen minyak dan kedai makan. Semua gambar yang kami paparkan di atas juga datang dari mobile app ini.

Rancang perjalanan anda

Sila baca dan ikuti cadangan dari PLUS ini bagi mengelakkan kesesakan di lebuhraya.

Hentian rehat PLUS

Ada apa-apa yang kami tertinggal untuk senaraikan? Atau ada tips menarik yang lain di setiap hentian R&R arah selatan?

Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

Leave a Comment