Tempat Menarik Di Malaysia Untuk Keluarga
Lanjutan dari entri 12 Tempat Percutian Menarik di Malaysia, baru kami perasan, bahawa ramai orang Malaysia sukakan tempat percutian tepi pantai dan ala-resort yang dikelilingi pokok yang menghijau dan mendamaikan. Bayangkan keluar setapak dari pintu resort, dapat hirup udara segar, terasa nyaman sekali. Indahnya, Malaysiaku!
Kali ini, kami senaraikan Eco Resort yang bakal menarik minat anda. Kami kata best sebab ini dari pandangan kami sendiri. Tiada kaitan dengan ranking mana-mana! Terima kasih juga pada akulahputeriraja yang mencadangkan beberapa tempat baru!
1. Bunga Raya Island Resort & Spa dan Gayana Eco Resort, Kota Kinabalu, Sabah

Kali ini, jika melancong ke Kota Kinabalu, cuba elakkan tidur di hotel di tengah-tengah bandar. Melancong untuk shopping? Itu tidak thrill. Cuba buat sesuatu yang lain dari yang lain. Jika anda mahu belajar diving, ini ialah satu tempat yang sesuai.

Web: gayana-eco-resort.com & bungarayaresort.com
Facebook: facebook.com/bungaraya.gayana
2. Tiger Rock, Pulau Pangkor, Perak

Tidak jauh dari Kuala Lumpur. Lalu jalan Klang – Sabak Bernam, mungkin mengambil masa dalam 3 jam perjalanan. Usah terkejut, pemilik resort ini ialah pasangan Mat Salleh!

Web: tigerrock.info
Facebook: facebook.com/tigerrock.info
3. The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh, Perak

Kalau ada duit lebih, mahukan luxury eco resort, boleh berkunjung ke sini. Berlatar-belakangkan banjaran yang tersergam megah di belakang, dengan air panas untuk rendam kaki, pasti pengalaman yang cukup indah.

Web: thebanjaran.com
Facebook: facebook.com/banjaranhotsprings
4. Sukau Rainforest Lodge, Kota Kinabalu, Sabah

Dikelilingi hutan hijau yang cukup menenangkan jiwa. Kalau ada rezeki, boleh tengok orang utan!
Web: sukau.com
Facebook: facebook.com/Sukaurainforestlodge
5. Caravan Serai, Bentong, Pahang

Tempat yang sesuai untuk mendekatkan diri dengan alam sekitar. Terdapat juga air terjun Chamang yang berdekatan.
Facebook: facebook.com/caravanseraibentong/
6. Time Capsule Retreat, Sungai Lembing, Pahang

Sebenarnya, hotel ini diubahsuai dari paip pembentung. Selain boleh jungle trekking, boleh naik ATV. Menarik bukan? Satu pengalaman yang lain dari yang lain.
Web: timecapsuleretreat.wix.com
Facebook: facebook.com/timecapsuleretreat/
7. Kapyak Eco-Nature Private Estate, Beranang

Memang betul-betul private. Rasa bagaikan di luar negara. Dengan pemilik pasangan Malaysia-Jepun, layanan memang sangat memuaskan. Boleh lawat taman organik yang mempunyai pelbagai sayuran organik.
Yang mana satu eco resort dan destinasi pilihan anda? Jika ada tempat menarik yang anda rasa patut masuk dalam senarai ini, beritahu kami di ruangan komen.
Yang 1st tu sangat cun. Harus pergi sana suatu hari nanti. TQ
Dusun, N9 pon boleh tahan.
ni details harga utk semua tempat..mahal semua nya..hokhokhok… semput tengok harganya
http://akulahputeriraja.blogspot.com/2014/11/best-eco-resort-in-malaysia-siraplimau.html
Hurmm…. Nak swipe kad kredit tapi yang ada kad insuran je. Hahahaha
banjaran xley bawak anak2 kecik .. cer tgk website ..
Tempat2 yg menarik
Mohd khairul nizam
Meo Zack
Nurman Amie mcm cancel legoland je… lalalalaalal
Seronoknya…rupa2nya byk lagi tmpat yg belum dilawati…
Jom pi.felda hot spring di.sungkai.perak terbaik. Cuma rm 189. Sorang pakej. Mmg seronok depa.sediakan games semua.pi lenggang jer blh mandi hot spring tuk 2 hari n byk lg. Sesuai tuk family.day….baru abis jer td…