Tempat Menarik Di Malaysia Untuk Kanak-kanak
Kidzania sudah pergi. Petrosains mungkin sudah 2-3 kali pergi. Anak mungkin sudah bosan dengan Aquaria juga. Pusat Sains Negara, ada yang sudah hafal apa yang dipamerkan. Zoo Negara juga sudah tidak memberikan keseronokan pada anak-anak. Sunway Lagoon juga sudah biasa sangat.
Ingat, kanak-kanak mahukan aktiviti. Aktiviti yang aktif, yang menggunakan fizikal dan otak. Bukan duduk rehat bersahaja.
Kalau mahu duduk rehat bersahaja, itu ibu-bapa yang mahu. Usah bawah anak kita berehat, dia akan mengamuk dan tarik muka. Cuti sekolah, pasti akan wujud konflik sebegini.
Kami cadangkan tempat yang ibu-bapa boleh bawa anak untuk bermain sepuasnya:
1. Breakout Real Escape

Pernah dengar tentang Breakout? Pernah dengar ‘Role Playing Games’? Terletak di Avenue K, berhadapan dengan KLCC, Breakout ialah satu tempat yang membolehkan anak kita main ‘Escape Games’. Bukan main permainan lari-lari yang kita main di kampung. Ia permainan yang menguji minda anak-anak. Anak-anak (dan ibu-bapa) mesti mencari jawapan pada soalan yang diberikan.
Kami pasti anak anda akan mendapat kepuasan maksimum. Tentu sekali pengalaman yang luar biasa.
Web: breakout.com.my
Facebook: facebook.com/breakout.com.my
2. Camp5

Anak tidak mahu duduk diam? Apa kata suruh dia panjat-panjat? Pergi ke Climb5 di One Utama dimana ada aktiviti indoor rock-climbing. Siap ada air-cond lagi! Boleh pilih route mana yang kita mahu.
Sambil anak memanjat, ibu-bapa boleh pergi shopping atau minum kopi sebentar!.
Web: camp5.com
Facebook: facebook.com/camp5climbinggym
3. Dinoscovery

Untuk anak yang minat dinosaur, boleh belajar macam-macam di sini. Dinoscovery ialah taman tema dalaman dinosaur. Apa yang menarik, semuanya dalam bentuk yang interaktif. Dinosaur nampak sangat-sangat real. Siap boleh berlumba dengan dinosaur!
Walaupun tempatnya kecil, rasa macam tidak cukup masa pula bila sudah seronok dengan aktiviti yang disediakan.
Web: discoveria.com.my
Facebook: facebook.com/discoveria.kl
4. Aviax & SimflightKL

Ingin rasa bawa kapal terbang Boeing 737 atau Airbus A320 sendiri walaupun tanpa lesen? Jadi pilot satu hari di Aviax.
Yang ini, pasti anak anda akan teruja. Instructor akan bantu kita mengendalikan flight simulator ini. Boleh rasai pengalaman yang jarang-jarang kita dapat. Mana tahu, pengalaman ini akan menyuntik semangat anak kita jadi pilot satu hari nanti?
Aviax dan SimflightKL ialah dua tempat yang berbeza, tetapi tidak begitu jauh. Rancang dan pilih lokasi yang berdekatan dengan rumah.
Aviax
Web: aviax.my
Facebook: facebook.com/aviationexperience
SimflightKL
Web: simflightkl.com
Facebook: facebook.com/simflightkl
5. Forest Research Insitute of Malaysia (FRIM)

Bila sampai ke dalam kawasan FRIM, tarik nafas dalam-dalam. Terasa udara yang sungguh segar. Aktiviti penting di sini ialah Canopy Walkway. Ya, Canopy Walkway bukan hanya ada di Taman Negara Pahang. Ia juga ada di Kuala Lumpur.
Bagi orang Selayang dan Kepong yang selalu lalu jalan ini tiap-tiap hari, mungkin tempat ini tiada apa-apa. Berbeza dengan pelancong luar, FRIM adalah tempat idaman mereka. Kami pasti, anak anda juga bersemangat seperti pelancong luar ini.
Web: frim.gov.my
Facebook: facebook.com/frimkepong
6. Farm In The City

Bila masuk, bagaikan seperti di kawasan kampung. Konsep unik Farm In The City ini ialah kerana ia gabungan hidupan liar dan alam sekitar yang akan buatkan anak tidak mahu balik. Boleh pegang-pegang binatang dan beri makanan pada arnab, kambing, ikan, rusa, burung dan itik. Ada orang kata, haiwan di sini nampak sangat sihat dan gembira!
Ada juga kebun sayur-sayuran dan buah-buahan yang kita boleh rasai pengalaman bercucuk-tanam. Satu hari bagaikan tidak cukup di sini. Bila bawa ke sini, harap-harap dapat suntik minat anak jadi petani moden yang berjaya!.
Facebook: facebook.com/farminthecitymalaysia
7. Denai Alam Riding & Recreation Club (DARC)

Ramai yang teringin ajar anak berenang, memanah dan menunggang kuda. Berenang, pasti banyak fasiliti yang ada. Jika di Shah Alam, boleh hantar ke Pusat Akuatik.
Bagaimana dengan memanah dan menunggang kuda? Boleh datang ke DARC, Shah Alam. Bukan setakat pengalaman menunggang kuda sahaja, ibu-bapa boleh masukkan anak untuk enroll kelas menunggang kuda. Di DARC juga, ada kelas untuk belajar memanah.
Web: darc.com.my
Facebook: facebook.com/darc.malaysia
Akhir Kata
Lain dari yang lain bukan? Bila hubungi tempat yang kami cadangkan di atas, cuba beritahu yang anda dapat tahu dari portal SirapLimau.com. Manalah tahu, dapat diskaun!
(Ok, kami main-main sahaja!)
Selepas bawa anak-anak ke tempat di atas (sebagai gula-gula untuk mereka), baru boleh bawa melancong ke tempat percutian eksotik.
Cuba ingatkan anak, mak ayah dah bawa ke tempat main, kini beri peluang pada kami untuk berehat pula. Boleh lihat tempat percutian menarik di Malaysia yang kami senaraikan sebelum ini untuk dapatkan idea baru. Rancang percutian sempena cuti sekolah 2015 jika sibuk hujung tahun ini.
Maklumat yang sangat diperlukan..terima kasih…
Klau bercuti ke utara(penang), boleh la ke tmpt2 yg mencabar spt escape room tingkat 2 di 1st Avernue,komtar. escape adventure di teluk bahang, toy's museum di teluk bahang, made in penang interaktif museum (mipim) di weld quay jetty, 3D museum di jln green hall…yg lain2 spt street wall picture…
tq utk info.
menarik…
Good idea. Cuti sekolah dah hujung minggu ini
Ayah Rayyan
Hurm..napa x tahu ni.. tapi mostly kat kl kan.. huhu.
روسليمه عسي
Megat fairuz
Huhu, baru nak baca.. Tak pernah tahu pun ada… 😛
Gila lah… Baru Ku tahu kewujudan semua ni.
Kalau tak, memang dah tepu nak pergi bercuti ke mana bawa anak-anak…haha
Tq for the info. .banyak juga tempat menarik di kl kan. Takdelah dok pusing shopping mall & ikea je. 🙂
ce try Serama Camp & Events! bagus utk membina kofiden anak2 🙂
Terima kasih. Maklumat yg sgt berguna. Nak pergi bw anak jalan2.
Nanti anak dah mula bersekolah baru best bercuti ke tempat2 best ni..bookmark dulu artikel ni..huhu..tq ats info ye
muhd iskandar
Dinasour Meo Zack
Kindly advice me the addres and the game package ,
bagus maklumat ini. terima kasih