Tempat Percutian Menarik Di Selangor, Yang Ramai Orang Tidak Tahu!

bendera selangor

Bagi orang Shah Alam, Subang Jaya, Puchong dan kawasan sekitarnya, tentu sekali menggaru kepala bila tiba hujung minggu atau musim cuti sekolah pendek, “Nak pergi mana ye? Apa lagi tempat menarik di Selangor ni?”. Apa tidaknya, kebanyakan tempat menarik di Malaysia seperti Aquaria KLCC, Kidzania, Menara Kuala Lumpur dan pelbagai lagi, sudah dikunjungi banyak kali. Sunway Lagoon? Oh itu juga terlalu mainstream.

Kami percaya, anda sudah Google banyak informasi tetapi tetap hampa. Kebanyakannya memberitahu, tempat percutian menarik di Selangor ialah:

  • i-City, Shah Alam
  • Sunway Lagoon, Petaling Jaya
  • Kidzania, Mutiara Damansara
  • Kelip-kelip Kampung Kuantan, Kuala Selangor
  • Taman Botani, Shah Alam
  • Taman Tasik, Shah Alam

Bosan bukan? Macam dah biasa sangat. Kita mahukan tempat yang jarang-jarang orang pergi dan tidak ramai orang tahu. Lebih-lebih lagi bila hujung minggu, dengan cuti sekolah yang bakal menjelma, sudah pasti ramai yang merancang untuk bawa seisi keluarga pergi berjalan-jalan.

Jika anda merancang untuk berjalan-jalan di dalam negara, pastikan anda tidak melepaskan untuk melawat tempat-tempat percutian menarik di Selangor. Tidak perlu pergi jauh-jauh!

1. Homestay Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar

Foto Kredit: http://jcheerios.blogspot.com/2013/03/3-days-and-2-nights-at-homestay-haji_15.html
Foto Kredit: http://jcheerios.blogspot.com/2013/03/3-days-and-2-nights-at-homestay-haji_15.html

Sebenarnya, ada banyak sangat homestay di Kampung Sungai Haji Dorani. Gambar di atas hanyalah satu contoh sahaja. Mahu lihat sawah bendang depan mata? Boleh pandu kereta, hanya 120 km sahaja dari Kuala Lumpur

Orang bandar tentu dengar bunyi enjin kereta di jalanan setiap hari. Bayangkan, bila berehat di sini, bangun pagi terdengar bunyi burung berkicau. Buka tingkat, nampak sawah menghijau. Ah, cukup mendamaikan!

Membeli-belah di pekan Sungai Besar juga bakal buat isteri dan wanita kering poket. Bukan sahaja kuih dan kerepek yang murah-murah, banyak pilihan baju untuk kanak-kanak. Mewah juga dengan hasil laut di pasar.

Tempat Menarik di Selangor
Foto Kredit: homestayairmanis.com

Risau tentang nyamuk? Siap-siaplah beli ubat nyamuk sendiri kalau takut digigit  nyamuk.

 

2. Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey

amverton-cove-golf-pulau-carey

Siapa kata perlu tahu dan mahir main golf jika mahu bercuti dalam resort golf?

Ianya terletak di belah selatan Pelabuhan Klang dan utara bandar Banting. Pulau Carey amat popular untuk makanan lautnya seperti ketam, udang, dan pelbagai jenis ikan. Juga merupakan kawasan penempatan orang asli Mah-Meri yang terkenal dengan tarian, muzik dan topeng muka yang mungkin sedikit mengerikan.

Di resort ini anda boleh menikmati spa dan juga urutan badan yang amat merehatkan badan setelah penat bekerja. Selain daripada kolam renang, barbeku, gymnasium yang biasanya terdapat di mana-mana resort, anda boleh juga cuba aktiviti luar seperti menaiki ATV, kayak, flying fox dan juga memanah. Sehari dua pasti tidak cukup untuk anda cuba kesemuanya.

Maklumat lanjut: amvertoncove.com

3. Air Terjun Kemensah, Ulu Klang

Tempat Percutian Menarik di Selangor
Foto Kredit: mforum.cari.com.my

Air terjun ini terletak tidak jauh daripada Zoo Negara. Dan Air Terjun Kemensah ini sangat sesuai untuk mereka yang mahu bersama alam semulajadi dan ber-barbeku sambil mandi di sungai atau air terjun. Terdapat chalet yang boleh disewa semalaman yang membolehkan seisi keluarga bersantai tanpa perlu jauh daripada bandar.

Selain mandi air terjun dan barbeku, ada juga sukan ekstrem ATV yang boleh dicuba. Tetapi pastikan anda membawa makanan yang lebih kerana agak sukar untuk mendapatkan makanan di sini. Juga pastikan anda melakukan tempahan terlebih dahulu bagi mengelakkan kekecewaan

4. Asian Water Sports Village, Puchong

Foto Kredit: groupon.my
Foto Kredit: groupon.my

Saya pasti ramai yang tidak mengetahui tentang tempat ini yang juga merupakan tempat percutian menarik di Selangor. Ia merupakan satu-satunya Pusat Sukan Air Berlesen di Lembah Klang dan anda tidak perlu pergi jauh untuk menikmatinya. Ia juga mempunyai pantai persendirian bagi mereka yang inginkan sedikit privasi.

Pakej yang ditawarkan cukup menarik dan ia merangkumi aktiviti seperti akses tanpa had ke Taman Tema Air, sukan air tanpa motor (banana boat bukan jetski), makan malam barbeku, tidur di dalam khemah, bagi ikan makan dan banyak lagi. Mereka turut menawarkan aktiviti team building jika anda mahu untuk syarikat anda.

5. AVANI Sepang Goldcoast Resort, Sepang

Foto Kredit: wotif.com
Foto Kredit: wotif.com

Selangor tidak dianugerahkan pantai cantik dan membiru seperti di negeri-negeri Pantai Timur. Namun, AVANI Sepang Goldcoast bijak bermain dengan design and ambience. Pantai yang biasa-biasa juga boleh jadi menarik.

6. Gold Coast Morib Resort, Banting

gold-coast-morib

Tempat percutian menarik di Selangor ini yang terletak di Kuala Langat betul-betul menghadap Selat Melaka. Ia merupakan tempat tumpuan pengunjung terutamanya di hujung minggu dan cuti sekolah. Ia adalah tempat untuk bersantai dan menjauhkan diri dari kesibukan kota.

Resort sebesar 14 ekar ini menawarkan pemandangan paya bakau dan laut yang menarik. Dengan adanya 672 bilik penginapan daripada Studio Suite dengan jakuzi peribadi, sehinggalah ke pangsapuri 2 dan 3 bilik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah Taman Tema Air, Amfiteater, Kolam Renang dan Dewan Bankuet yang boleh memuatkan sehingga 2,000 orang.

Maklumat lanjut: gcr.com.my

7. Air Terjun Kanching, Selayang

air-terjun-kanching-selayang
Foto Kredit: http://unikversiti.blogspot.com/2010/10/air-terjun-kanching-selayang-baru.html

Dari tepi jalan besar, kebanyakan orang akan perasan signboard Hutan Lipur Kanching. Itu sahaja. Tidak banyak diketahui apa yang ada di dalam. Bila sampai di tempat letak kereta, rupanya ramai pelancong asing yang singgah ke sini. Pelancong Arab ada, pelancong Eropah juga ada.

Cuma ambil masa dalam 10 minit sahaja untuk sampai ke air terjun. Saya pasti, lepas dengar deruan air terjun itu, hilang semua penat lelah.

Lupa nak beritahu, air terjun ini ada 7 tingkat. Kalau larat, dipersilakan naik!

8. Bukit Gasing, Petaling Jaya

Tempat Percutian Menarik di Selangor
Foto Kredit: dexxy.net

Mungkin ini bukan tempat percutian, kerana tiada hotel atau resort di Bukit Gasing. Lebih sesuai dikunjungi pada hujung minggu. Terletak di antara Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, Bukit Gasing bakal menjanjikan satu pengalaman baru bagi sesiapa yang tidak pernah ke sini.

Rupa-rupanya, ramai orang yang mendaki bukit ini untuk menghirup udara segar. Walaupun kecil, cukup untuk warga kota menikmati suasana hutan tanpa ke negeri Pahang. Jangan tidak percaya, di sini juga ada walkway yang cukup untuk membuatkan kita rasa gayat sebentar.

Bila sudah mula jungle trekking, hati kita akan berkata, “Kalaulah aku tahu ada hutan macam ni, dah lama aku pergi”.

Maklumat lanjut: bukitgasing.org/bukitgasingforestpark.htm

Akhir kata

Banyak sebenarnya tempat percutian menarik di Selangor yang mungkin kita sendiri sebagai anak jati Selangor tak pernah dengar atau lawatinya sebelum ini. Dengan cuti sekolah yang semakin hampir ini, apa kata anda bawa seisi keluarga anda ke mana-mana tempat yang disenaraikan di atas ini dan nyatakan komen anda mengenai tempat tersebut.

[infobox title=’Tentang Tourism Malaysia – Selangor’]

Tourism Malaysia

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) atau dikenali sebagai Tourism Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Parlimen, Akta 481 pada tahun 1992. Penubuhan LPPM ini selaras dengan pemansuhan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai TDC pada tahun yang sama.

Selaras dengan penstrukturan semula Tourism Malaysia dan bagi merancakkan lagi sektor pelancongan domestik, maka beberapa pejabat negeri ditubuhkan di bawah Bahagian Pemasaran Domestik Tourism Malaysia. Pejabat Tourism Malaysia Selangor berpindah ke pejabat sendiri di Shah Alam pada 1 September 2009.

Pejabat ini beroperasi di Tingkat 6, Wisma PKPS, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14 , Shah Alam. Selain itu, di bawah seliaan pejabat Negeri Tourism Malaysia Selangor adalah Kaunter Penerangan Pelancongan KLIA dan KLIA 2.

Matlamat Tourism Malaysia Selangor adalah untuk menaikkan lagi industri pelancongan negeri Selangor ke mata dunia.

 

[/infobox]

33 thoughts on “Tempat Percutian Menarik Di Selangor, Yang Ramai Orang Tidak Tahu!”

  1. Sg Hj Dorani.. sapa sapa nak datang Sabak Bernam boleh datang dan lawat tempat menarik, Pantai BNO Sabak Bernam terkenal dengan Mee Udang, siap ada Kelong lagi untuk yang suak memancing

    Reply
  2. jom…kampung sy kat sg besar…mmg best klu dok homestay…bg org bandar biasanya ada sedikit "jakun" tp xheran la klu org kampung pon bila pergi KL…"jakun" tetap ada tgk bangunan2 tinggi..
    JAKUN (teruja)..hehehe

    Reply
  3. menariknya….yang hj dorani tu dekat kampung tapi tak penah pegi. teringin nak merasa duduk tengah2 sawah.

    Reply
  4. jgn lupa dtg homestay Sg Sireh…Gaya hidup kg seperti Homestay Sg Hj Dorani…Tp klau dtg Sg Sireh, boleh stay kt D'Bendang Homestay.. Teratak tradisional yg pernah mnjadi pilihan engarah2 filem t'knl di malaysia utk filem hebat spt 'Setia Hujung Nyawa' dn byk lg….Yg psti nya kami jnjikan kehidupan dgn sawah padi yg cantik…

    Reply
  5. bnyak rupanya tempat menarik di selangor ni rupanya…bole la plan utk tenangkan fikiran d hujung mnggu…tmpat2 pun xjauh mna

    Reply

Leave a Comment