Tips Bawa Bayi Naik Kapal Terbang
Seringkali melihat foto-foto Instagram artis yang membawa bayi yang baru beberapa bulan lahir ke luar negara seperti pasangan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari yang membawa Lara Alana ke Australia, serta Rozita Che Wan yang membawa Aaisya Dhia Rana ke London. Terdetik saya ingin kongsikan dengan pembaca tips bawa bayi naik kapal terbang. Tips ini juga dikongsi oleh pembaca-pembaca di media sosial dan juga dari kenalan rapat.

Mungkin ada juga yang tidak pernah membawa anak kecil menaiki flight dan tips ini boleh dijadikan panduan di masa akan datang.

10 Tips Bawa Bayi Naik Kapal Terbang!
1. Bawa stroller
Jika ada stroller, maknanya keluarga itu ada bayi. Daftar masuk awal kerana ibu-bapa dan anak akan diberi keutamaan untuk naik kapal terbang terlebih dahulu. Biasanya, satu keluarga yang bersama dengan bayi akan dibenarkan masuk sekali. Bagi yang pertama kali naik kapal terbang, bawa stroller hingga ke aero-bridge. Tinggalkan di sana. Jika guna Air Asia yang tidak menggunakan aero-bridge, letakkan di tangga sebelum naik kapal terbang. Jika anda melancong ke negara-negara eropah kebiasannya yang membawa bayi bersama stroller akan mendapat sedikit keistimewaan untuk tidak perlu beratur panjang semasa pemeriksaan kastam.
2. Main dengan anak sampai penat
Bagi anak makan dan ajak anak bermain sehingga letih. Tips ini agak berguna kerana anak kita tadi akan tertidur di dalam kapal terbang.
3. Tukar lampin dahulu
Pastikan tukar lampin pakai buang anak sebelum berlepas atau pastikan anak telah buang air dahulu sebelum berlepas. Ini bukan sahaja untuk keselesaan bayi, tetapi keselesaan penumpang bersebelahan. Tentu sekali tidak mahu ada yang terbau sesuatu yang tidak diingini.
4. Bawa selimut sendiri.
Tidak semua pesawat menyediakan selimut. Bagi syarikat penerbangan seperti MAS anda boleh cuba minta pada pramugari yang bertugas. Untuk lebih selesa, bawa selimut bayi atau sweater sendiri kerana dalam pesawat suhunya akan lebih sejuk bagi bayi atau kanak-kanak.
5. Bawa satu beg handcarry.
Pastikan lengkap semua barang bayi, susu, tisu basah, biskut bayi, minyak angin saiz kecil (cuba sorokkan). Letakkan barang di bawah kerusi supaya senang untuk dicapai.
6. Beri makanan yang sesuai
Bagi makanan yang tak memualkan untuk yang boleh makan. Tetapi kalau bayi tersedar dari tidur, bagi minum susu atau makanan bayi.
7. Peluk bayi sepanjang masa
Pastikan peluk bayi untuk bagi bayi lebih selesa dan rasa dekat dengan ibu.
8. Tutup telinga bayi
Semasa take-off atau landing, pastikan tutup telinga bayi untuk mengelakkan bayi menangis kerana perubahan tekanan udara (air pressure). Kalau boleh berikan susu semasa take-off atau semasa dekat nak landing.
9. Booking kemudahan bassinet
Sekiranya anda memilih penerbangan full service airline seperti MAS dan GARUDA serta membawa bayi bawah 24 bulan, boleh booking tempat duduk yang hampir dengan bassinet atau baby cot seat. Tetapi jika low fare airline, boleh cuba tanya dahulu sebab kebiasaannya hanya ada pada pesawat-pesawat besar.
Air Asia juga ada menyediakan kemudahan bassinet di bahagian hot seat mereka tetapi hanya untuk flight number bermula dengan D7 (Air Asia X). Kemudahan bassinet ini sedit sebanyak dapat melegakan anda jika masa penerbangan yang ditempuh adalah lama.

10. Pilih tempat duduk
Pilih kedudukan seat yang betul supaya senang keluar masuk. Elakkan duduk di bahagian tengah sekiranya mengambil penerbangan masa yang panjang kerana agak sukar untuk keluar masuk.
Anda ada tips atau petua tersendiri?
Kongsikan dengan kami dengan hanya meninggalkan tips anda di bahagian komen di bawah.
Selalu naik flight berdua dgn baby je. Mmg x bawa hand luggage pun. Bawak handbag sndiri je. Sumbat je semua dlm tu. Botol susu, mainan yg dia suka pegang, kain lampin satu, n pampers. So far dia akan tido je time kat atas. Kena pilih seat yg depan sekali sebab luas sikit, baby x rasa lemas. Xpakai carrier pun. Baby mudah rimas.
10 Tip bawa bayi naik kapal terbang..
Anak di atas 2 tahun boleh bagi mereka colour pencil and colour book… So diorang will keep quiet busy colouring di kapal… Or bagi iPad ja jangan lupa download lots of game make sure bukan game online.
Apa yg sy bolwh kongsikan ialah..
Masa kapal terbang nak naik or turun..bagi baby minum susu..
Pengalaman bawa anak…pertama…jaga mood dia dr lapangan terbang…dia nak apa bg…belikn…bawa plastik kecik2…bawa wet tissue…sbb kalu anak buang air besar senang…kat atas susah nak basuh….bawa tab..kasi dia tgk citer dia suka…
terimas kasih atas post yg membantu ni…
terimas kasih atas post yg membantu ni… lebih senang untuk bawak anak naik flight nnti. huhu
tips2…….moga2 awin baek je nnti