Bapa Ini Kongsi Tips Travel 27 Jam Dengan 2 Anak Kecil. Mission Possible!

Siapa kata kalau dah ada anak tak boleh travel jauh-jauh? Ramai yang menganggap membawa anak kecil pergi bercuti ke luar negara adalah sangat menyusahkan.

Tetapi, tidak bagi seorang bapa ini. Bayangkan, beliau boleh travel 27 jam secara terus-menerus dari KL ke London tanpa sebarang masalah!

Tips bercuti kali ini dikongsikan oleh En Mohd Syafie, seorang bapa kepada 2 orang anak kecil berumur 7 tahun dan 2 tahun melalui laman FB peribadinya.

tips bercuti
Foto Kredit: FB Mohd Syafie

Kronologi Perjalanan KL-London

Sebelum itu mungkin ada yang nak tahu, bagaimana perjalanan ini boleh memakan masa sehingga 27 jam – iaitu tempoh melebihi satu hari.

Di sini En Mohd Syafie berkongsi kronologinya secara terperinci.

Manalah tahu ada yang bakal menyusul ke London nanti! Bolehlah dijadikan rujukan.

  • 6 pagi bertolak keluar rumah
    4 jam sebelum waktu penerbangan
  • 10 pagi berlepas dari KLIA
    Perjalanan 7 jam
  • Tiba di DXB (Dubai) 1pm waktu tempatan (5pm Malaysia)
    Transit 2 jam
  • 3pm tolak ke LGW (London)
    Perjalanan 8 jam
  • 8pm tiba LGW (3 am Waktu Malaysia)
    Selesai check out dalam 1 jam
  • Drive dari LGW ke Cambridge selama 5 jam
    Tiba di Cambridge jam 2 pagi (9 pagi Malaysia)
    Total 27 jam straight!!!
Foto Kredit:
Foto Kredit: FB Mohd Syafie

Tips Bercuti Dengan 2 Anak Kecil Selama 27 Jam Perjalanan

Menurut beliau, paling penting, “Anak-anak akan OK jika mereka cukup tidur dan cukup makan. “

Mereka berdua happy di semua check point. Tidak meragam. Ketawa sepanjang perjalanan.

Apa lagi rahsia dan tips bercuti yang membolehkan mereka travel dengan mudah?

1. Rancang Waktu Tidur

Rancangkan jam berapa mereka tidur dan di mana boleh tidur dengan selesa.

2. Rancang Waktu Makan

Jam berapa mereka boleh makan dan di mana ada restoran atau tempat makan yang sesuai.

tips bercuti
Foto Kredit: FB Mohd Syafie

3. Kena Ada ‘Backup Plan’

Jika tidak berhenti makan, apa alternatif ‘plan’. Memang beg kami penuh makanan mereka sahaja.

4. Isi Aktiviti Sepanjang Perjalanan

Sepanjang perjalan buat apa? Kami bawa mainan dan buku kegemaran mereka.

tips bercuti
Foto Kredit: FB Mohd Syafie

5. Tukar Baju, Lap Badan

Lap badan untuk pastikan mereka selesa. Perjalan lebih 12 jam takkan nak biar mereka melekit-lekit. Memang mereka akan meragam.

tips bercuti
Foto Kredit: FB Mohd Syafie

Mission Possible!

“Ramai yang saya pernah jumpa sememangnya biasa travel jauh-jauh bersama anak-anak kecil. Tetapi saya berkongsi ini untuk ibu bapa muda yang rasa impossible untuk berjalan jauh bersama anak.”

Tambah beliau lagi, “6 tahun lepas kami lakukan bertiga semasa Irsyad berumur 8 bulan. Kami tawan 3 negara selama 2 minggu.

Kali ini kami tidak begitu ‘ambitious’. Kami ‘plan’ untuk melancong ke 3 negara juga, tetapi destinasi tidak banyak.”

Semoga tips bercuti ini dapat dipraktikkan kepada semua ‘kaki travel’ dan ibu bapa yang suka melancong. Seronok pergi ramai-ramai!

 

*Untuk mengikuti perjalanan atau coretan beliau lebih lanjut, boleh follow akaun FB peribadinya di sini. En Mohd Syafie dan isterinya adalah usahawan kepada jenama pakaian muslimah yang sedang meningkat naik, D’yana.

Leave a Comment