Tak Perlu Pembedahan, Lakukan 10 Tips Ini Untuk Besarkan Payudara. Berkesan!

“Tengok tu, tengok tu… Budak-budak lelaki kat ofis ni kalau si Maisara, dari mengantuk menghadap komputer terus terbuntang mata. Manakan tidak teruja tengok payu dara yang montok. Yang si minah pun satu, pakai baju sesendat boleh nak ‘show off’ aset dia. Apalah rahsia dan tips besarkan payudara yang dia gunakan agaknya.”

Ada yang tidak puas hati dengan saiz payu dara sendiri bila tengok aset wanita lain yang lagi mengancam?

Masa itulah rasa kurang keyakinan diri, segan dan berbagai-bagai ‘rasa’ lagi timbul. Sebab itu tak hairanlah ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit menjalani pembedahan membesarkan payudara.

Tapi itu dulu. Sekarang ini ramai wanita yang sudah celik IT mengguna Internet untuk mencari alternatif bagi membesarkan payu dara dengan cara semula jadi.

Tak perlu lagi keluar duit dengan banyak apatah lagi masuk bilik pembedahan!

Foto Kredit: healthtap.com
Foto Kredit: healthtap.com

10 Tips Besarkan Payudara Secara Semulajadi, Tanpa Pembedahan!

Praktikkan 10 tips besarkan payudara secara semulajadi dengan konsisten, mudah-mudahan anda akan dapat melihat kesannya.

1. Serlahkan payu dara melalui postur badan yang betul

Berdiri lurus, kepala sedikit mendongak, belakangkan bahu dan sambil berjalan, tinggikan dada ke hadapan.

Apabila berjalan dengan postur sebegini, payudara akan kelihatan lebih besar dan menonjol berbanding jika anda berjalan menunduk ke bawah.

cara besarkan payudara
Foto Kredit: kurera.jp

2. Pakai bra ikut saiz payu dara

Ada wanita yang pakai bra lebih besar daripada saiz payu dara kerana fikirkan akan beri lebih penampilan pada payu dara.

Sedangkan, cara ini sebenarnya menenggelamkan saiz payu dara sehingga kelihatan kecil.

Dengan memakai bra yang betul, sesuai dengan ukuran badan sebenarnya akan lebih menyokong dan ‘up’kan payu dara.

tips besarkan payudara
Foto Kredit: designersareeblouse.blogspot.my/

3. Tonjolkan payu dara dengan padded atau push up bra

Salah satu tips besarkan payudara paling cepat adalah dengan bantuan bra yang khusus.

Bagi yang punya payu dara kecil, digalakkan memakai padded atau push up bra kerana ia akan menampakkan payu dara yang lebih berisi dan besar.

tips besarkan payudara
Foto Kredit: hdimagelib.com

4. Elak pakai bra yang terlalu ketat atau terlalu nipis

Bra yang nipis dengan renda memang nampak menarik dan seksi jika dipakai tetapi sebenarnya ia kurang menyerlahkan penampilan payu dara.

Begitu juga dengan bra sukan yang biasanya ketat kerana ia memberi gambaran payu dara yang kecil dan leper.

cara pilih bra
Foto Kredit: wikihow.com

5. Jangan sumbat tisu atau kain dalam bra

Trick ini memang biasa nampak dibuat dalam drama! Memang nampak saiz payu dara lebih besar dari sepatutnya tetapi ia tidak tahan lama sama ada tisu atau kain terburai.

Jika ada yang alah, lain pula jadinya, kena ruam hingga gatal badan. Sebaiknya, invest pada push up bra.

tips besarkan payudara
Foto Kredit: pinterest.com

6. Selalu urut payu dara

Lakukan selama 30 minit setiap hari boleh membesarkan payu dara.

Ini kerana urutan membantu meningkatkan pengaliran darah bersama hormon phytoestrogens dan menambah stimulasi pada prolactin.

Kedua-dua hormon ini fungsinya membesarkan payu dara.

tanda subur wanita
Foto Kredit: pingminghealth.com

7. Ambil herba yang memang dikhaskan untuk pembesaran payu dara

Antara herba yang disarankan adalah keladi liar, jintan manis, kava, halba, chaste tree berry dan black cohosh.

Anda juga boleh meminum halia, kunyit, madu, manjakani, kacip fatimah dan sebagainya. Herba ini terkenal untuk kesihatan wanita.

Sebelum mengambilnya, disarankan juga merujuk pada doktor untuk mengelakkan terjadinya alahan dan sebagainya.

tips besarkan payudara
Foto Kredit: caramakan.com

8. Sapu krim atau losen yang boleh merangsang pembesaran

Selain makan herba, boleh juga sapu losen atau krim yang dikhaskan untuk merangsang pembesaran payu dara.

Foto Kredit: toptenhomeremedies.com
Foto Kredit: toptenhomeremedies.com

9. Lakukan exercise yang menggalakkan pembesaran payu dara

Pumping iron, chest presses dan push-ups adalah antara exercise yang jika diamalkan selalu boleh menambah keanjalan pada tisu-tisu sekitar payu dara.

Tips besarkan payudara ini adalah antara yang paling berkesan menjadikannya lebih tegang, lebih besar dan lebih lembut.

Foto Kredit: activelifenews.com
Foto Kredit: activelifenews.com

10. Elak terlalu kurus

Apabila kurus, tisu sekitar payu dara menjadi kurang menyebabkan ia kelihatan kecil.

Sebab itu, bagus untuk dapatkan berat badan yang ideal kerana payudara juga lebih kelihatan berisi dan nampak cantik.

tips besarkan payudara
Foto Kredit: debmimeter.nl

Elak Pembedahan, Praktikkan Cara Semulajadi

Jalan terbaik untuk mendapatkan payu dara yang besar adalah dengan cara semula jadi.

Memang tidak secepat pembedahan tetapi perlu ada usaha, keyakinan, disiplin dan kesabaran.

Ia juga adalah amalan yang sihat untuk tubuh badan secara keseluruhannya.

2 thoughts on “Tak Perlu Pembedahan, Lakukan 10 Tips Ini Untuk Besarkan Payudara. Berkesan!”

  1. Assalam..saya umur 17 ketinggian saya 147

    Adekah dsbbkn ketinggian saya y terbantut ni mnybbkn payudra sya kecil?hmm sbb kecil sgt2..

    Reply

Leave a Comment