Rumahtangga yang dibina bermula dengan kehidupan sepasang suami isteri. Ketika ini, segalanya masih teratur dan dalam kawalan. Namun, setelah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga dan selepas kehadiran cahayamata, segalanya berubah.
Tidak semua perkara dapat dilakukan mengikut perancangan dan kehendak anda. Semakin ramai penghuni di dalam rumah, semakin huru-hara si ibu untuk menguruskannya. Beruntunglah sekiranya si bapa rajin menghulurkan tangan membantu apa yang patut.
Tips ibu bekerja
Ibu perlulah bijak dalam menguruskan rumahtangga supaya segalanya berjalan lancar. Ikuti tips yang dicadangkan ini :
1. Menyiapkan bahan memasak terlebih dahulu

Ibu yang bekerja sudah tentu kebuntuan masa untuk memasak bukan? Tambahan pula apabila ada anak kecil. Cara yang boleh dipraktik adalah dengan menyiapkan bahan-bahan asas memasak pada hujung minggu.
Kisar bawang, cili, siang ikan, ayam, udang, sotong,dan potong sayur kemudian masukkan ke dalam bekas sebelum disimpan di dalam peti ais. Bahan basah yang hendak dibekukan diasingkan mengikut bahagian yang akan dimasak dalam sehari.
Jika anda membuat persiapan untuk 5 hari, maka akan ada 5 bungkusan/bekas. Cara ini bukan sahaja dapat membantu mempercepatkan proses memasak malah akan memelihara kesegaran bahan basah tersebut.
2. Memasak dengan bahan yang memang sedia ada

Setelah semua bahan asas sudah tersedia, pasti anda boleh memasak dengan mudah dan cepat. Keluarkan bungkusan/bekas yang diperlukan sahaja untuk dinyahbekukan. Sementara menunggu bahan basah dinyahbeku, anda boleh memasak sayur yang sudah siap dipotong.
Proses nyahbeku juga boleh dipercepat dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro. Mudah bukan? Tidak perlu lagi mengambil masa untuk memotong dan menghiris bawang serta mengisar cili semasa memasak.
Hanya sediakan bahan tambahan seperti halia,rempah-ratus, kentang dan lain-lain yang diperlukan bergantung kepada lauk yang hendak dimasak.
3. Mencuci pinggan mangkuk semasa memasak, bukan selepas makan

Selepas memasak, periuk dan kuali perlu dicuci. Begitu juga dengan pinggan mangkuk yang digunakan selepas makan termasuk cawan dan sudu. Bilakah masa yang boleh diperuntukkan untuk mencuci peralatan dapur ini?
Sebagai cadangan, mencuci pinggan mangkuk boleh dilakukan semasa memasak. Semasa menunggu lauk yang ditumis atau direneh, ringankan tangan untuk mengosongkan sinki daripada peralatan dapur yang kotor. Ini akan dapat menjimatkan masa dan anda tidak perlu berada di dapur terlalu lama.
4. Membasuh dan menyidai pakaian selalu, bukan bila penuh longgokan baju

Seperti yang kita sedia maklum, pada zaman sekarang kebanyakan rumah dilengkapi dengan mesin basuh, sama ada mesin basuh automatik mahupun separa automatik. Pastikan basuh pakaian bila bakul sudah penuh, jangan biarkan jadi seperti Gunung Everest.
Usah bertangguh kerana sekali bertangguh, semakin banyak baju yang dilonggokkan. Dengan adanya mesin basuh, kerja akan menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa. Oleh itu, anda tidak perlu bimbang kerana boleh membasuh pada bila-bila masa walaupun di malam hari.
Pakaian juga boleh disidai di dalam rumah ketika cuaca tidak menentu. Tidak seperti zaman dahulu, pakaian dibasuh pada waktu pagi dan disidai di kawasan yang terdapat cahaya matahari kerana ia diperlukan untuk mengeringkan pakaian.
5. Usah bertangguh melipat pakaian

Melipat pakaian merupakan kerja yang agak merunsingkan para ibu. Pakaian yang telah kering perlu dilipat dan disimpan di dalam almari atau laci. Ada juga yang menggantung pakaian yang sesuai untuk menjimatkan ruang dan masa.
Melipat pakaian boleh dilakukan pada masa terluang seperti semasa menonton televisyen atau semasa membantu anak-anak dalam pelajaran. Kerja melipat pakaian akan menjadi rumit sekiranya ditangguh. Oleh yang demikian, lipatlah pakaian setiap kali selepas pakaian yang kering diangkat agar anda tidak merasa tertekan apabila melihat pakaian yang banyak untuk dilipat.
6. Menggosok pakaian untuk stok seminggu

Satu lagi proses yang kebanyakan dari kita kurang gemar ialah menggosok pakaian. Menggosok pakaian merupakan satu kerja yang memerlukan perhatian dan tenaga. Menggosok pakaian untuk seisi keluarga bukan satu kerja yang mudah.
Pakaian untuk ke pejabat serta pakaian seragam sekolah anak-anak perlu digosok kemas. Salah satu cara yang dapat membantu ibu-ibu yang sibuk ialah dengan menggosok terus kesemua pakaian yang hendak dipakai untuk satu minggu. Lakukan kerja ini pada hujung minggu.
Peruntukkan beberapa jam untuk menggosok pakaian sahaja. Selain menjimatkan masa, anda juga dapat menjimatkan tenaga elektrik.
7. Mengemas rumah semasa orang lain sedang tidur

Siapa yang tidak menginginkan rumah yang bersih, kemas dan tersusun rapi. Alangkah senangnya jika ada pembantu rumah bukan? Tidak semestinya jika hanya ada pembantu rumah, rumah anda akan kelihatan kemas dan bersih. Benar, anda juga boleh melakukannya!.
Mengemas rumah sebaiknya dilakukan ketika ahli keluarga yang lain masih tidur atau tidak berada di rumah. Buatlah mengikut kemampuan dan masa lapang yang ada. Tidak perlulah menyental lantai sehingga berkilat.
Setidak-tidaknya pastikan barang-barang terletak di tempat yang sepatutnya dan kebersihan rumah terjaga. Latih anak-anak supaya mengemas peralatan sekolah serta permainan sendiri. Sang suami pula janganlah goyang kaki sahaja di rumah. Pantaulah sedikit kebersihan di rumah!.
Akhir kata
Tips yang disenaraikan ini sangat sesuai dipraktik oleh ibu-ibu yang bekerja. Akan tetapi, suri rumah juga boleh mencubanya. Walaupun tidak bekerja, suri rumah turut mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan di rumah saban hari.
Jadi, jangan fikir suri rumah dapat lebih banyak rehat pula. Sebenarnya mereka ini lebih banyak tugasnya dari ibu yang bekerja. Walaupun ibu yang sering melakukan kerja-kerja di rumah, namun harus diingat bahawa kerjasama antara ahli keluarga juga penting agar kesemuanya mendapat manfaat.
Sebagai contoh, suami membantu menjaga anak kecil supaya isteri dapat menyediakan makan malam lebih cepat. Cara ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi pertalian antara suami, isteri, dan anak-anak.
Selamat mencuba!
good info.. nak kene beli bekas tapawarree banyak2..huhu
Ohsem
Hebat tips ni
Idea yang bernas dan memudahkan, bab mengosongkan sinki agak mecabar, datang semula mesti ada cawan lah, gelas lah…
Tip tambahan bagi mengelakkan asik teringat-ingat jemuran ampaian, boleh jemur dibawah teduhan. Sekarang dah banyak sabun pencuci khas untuk jemuran bawah teduhan. Tiada bau hapak
Kebetulan baru post 12 tips untuk ajar anak kemas mainan. Boleh lah jenguk sini
untuk perkongsian bersama
mmg mcm nie lah slalu saya praktikkan ….. org lain dh tido lena kite sibuk membasuh , menyidai dll . Rumahku Syurgaku .
Bab melipat baju tue yg susah ckit nk praktikkan…huhu
Alhamdulillah..semua dah praktikkan..
tips yg berguna, sis. Tapi, bab melipat baju tu, saya rasa lebih bagus kalau hantar ke kedai dobi. dalam rm1/kg. Kos untuk hantar lipat kain sebulan lebih kurang rm50. lebih berbaloi dari kena lipat baju setiap hari.. atau lipat berbakul2 sampai rasa macam nak patah pinggang duduk.. hehe
Cmni lh sy lakukn setiap hr,tp ada jgk skali skali xbt cmtu…
Mana dapat gambar kain jemuran kena hujan tu…its remind me of UMP.
Nice info….
Thanks sharing tips…Memang betul bab melipat baju paling tak suka…hihihihi…Lepas ni kena cuba angkat baju, terus lipat
Thanx sharing yg sgt superb..
Kehidupan seorang ibu, tak lari dari basuh baju, lipat baju, iron baju, jemur baju, angkat baju, basuh pinggan mangkuk 🙂 Warna warni kehidupan
sy suka tips urus rumahtangga mcm nie, mmg perlu utk wanita bekerjaya, lagi2 utk surirumah yg kerja xpernah habis.
Tanggungjawab suami. Semua bini buat.. laki buat apa???
Alhamdulilah, periuk ajaib yg sy gunakan sgt membantu utk memasak. Boleh siap masak dlm minit2 aja..
Bagus!
betul..inilah yang saya amalkan sehingga kini
Ini sebenarnya kerja para suami…tp diorg xsedar…klu bab poligami serah pd diorg…sama2 la bantu…baru la ringan beban di rumah
isteri je la yang buat semua benda.. nak bekerja lagi, kerja rumah nak buat sampai nak semput berkejar sana sini.. ini semua suami yang patut buat bukan isteri. ade duit gaji maid tak yah penatkan isteri dengan kerja rumah bagai.