Jom Balik Kampung! Amalkan 4 Langkah Keselamatan Jalanraya Ini, Ya

Setiap nyawa adalah beharga dan kita sering dikejutkan dengan berita yang agak sedih mengenai nahas jalanraya yang tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi pada musim perayaan.

Oleh itu, seeloknya kita membuat persiapan yang secukupnya bagi memastikan keselamatan di atas jalanraya bersama keluarga tercinta.

Berikut merupakan tips-tips yang sewajarnya diamalkan bersama semua orang bagi mengelakkan dari perkara yang tidak elok berlaku.

Walaupun kemalangan itu kadangkala tidak dapat dielakkan, sekurang-kurangnya kita telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan jalanraya bersama keluarga tercinta.

keselamatan jalanraya bersma keluarga
Foto Kredit: actionautocypress.com

Amalkan 4 Langkah Keselamatan Jalanraya Bersama Keluarga Tercinta

1. Pakai tali pinggang keledar

Perkara pertama yang sangat penting dilakukan ialah setiap kali kita memasuki kenderaan, pastikan setiap orang memakai tali pinggang keledar.

Statistik menunjukkan bahawa terdapat lebih kurang 20 kematian yang berkaitan dengan kemalangan di mana rata-rata pemandu atau penumpang tidak memakai tali pinggang keledar.

Umum mengetahui betapa pentingnya perkara ini tetapi hanya majoriti mereka yang memandu dan penumpang di bahagian depan sahaja yang memakainya.

Penumpang di bahagian belakang juga wajib sebenarnya untuk memakai tali pinggang keledar.

Tetapi kerana kurangnya penguatkuasaan dari pihak yang berwajib, ia seakan tidak penting.

keselamatan jalanraya bersama keluarga
Foto Kredit: jiffylubesocal.com

2. Pastikan kanak-kanak duduk di kerusi mereka

Tali pinggang keledar adalah untuk dewasa dan kanak-kanak mahupun bayi perlu duduk di kerusi mereka sepanjang perjalanan.

Jika diperhatikan di sekeliling kita, kebiasaannya ibu atau bapa yang duduk di bahagian penumpang akan memangku anak mereka.

Dan jika ditakdirkan berlakunya kemalangan, kanak-kanak atau bayi tadi akan terlepas dan tercampak lalu membahayakan nyawa mereka.

Bayangkan tenaga yang dihasilkan oleh seorang kanak-kanak yang beratnya 7 kilogram dan mengalami kemalangan pada kelajuan 50 km/j, sama seperti seorang dewasa yang jatuh dari bangunan setinggi lima tingkat.

Peluang untuk hidup sangatlah tipis.

Hanya jika mereka diletakkan di kerusi yang sesuai dengan umur mereka, barulah boleh dikatakan selamat.

Sebarang kecelakaan dan mereka akan tetap berada di kerusi mereka.

Ajar Anak Duduk Dalam Car Seat
Foto Kredit: projectnursery.com

3. Periksa tayar anda

Ya, hanya dengan 4 tayar lah kenderaan anda boleh bergerak dan tayar harus diberikan perhatian yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan jalanraya bersama keluarga tercinta.

Selain daripada memeriksa tekanan tayar anda setiap 2 minggu sekali (periksa sekali tayar spare), pastikan juga bunga tayar anda berada dalam keadaan baik.

Kalau dah botak tu, pergilah tukar cepat-cepat.

Jangan tunggu sampai dah pancit ke meletup ke baru nak buat sesuatu.

keselamatan jalanraya bersama keluarga tercinta
Foto Kredit: mcconechys.co.uk

4. Bawa secara defensif dan berhemah

Kita sering diingatkan untuk mematuhi had laju tetapi berapa ramai yang melanggarnya? Dah ada AES di lebuhraya pun, masih ramai yang degil tetap nak memecut. Tak peduli kena saman pun, kan biasa polis trafik ada bagi diskaun hujung tahun?

Perhatikan pula di persimpangan yang mempunyai lampu isyarat. Bagi kebanyakan orang, lampu berwarna kuning tu maksudnya kena pecut supaya tak perlu tunggu pusingan seterusnya. Berapa ramai yang langgar lampu merah?

Tatkala jalan sesak atau jammed terutama sekali di waktu puncak, ramai yang memotong barisan tanpa mempedulikan orang lain.

Rasa marah bukan, bila ada kenderaan lain tiba-tiba sibuk masuk barisan?

Gunakanlah isyarat untuk belok ke kiri dan ke kanan dengan betul. Jangan ikut sedap hati masuk ke lorong lain atau simpang tanpa memberikan isyarat.

Foto Kredit: mopo24.de
Foto Kredit: mopo24.de

Amalkan Langkah Keselamatan Sepanjang Masa

Secara kesimpulannya, ramai di antara kita masih belum sedar betapa pentingnya kita perlu menjaga keselamatan jalanraya bersama keluarga tercinta.

Kita rasa seperti ia tidak akan berlaku kepada kita, hanya kepada orang lain.

Malang tidak berbau, tetapi banyak perkara yang kita boleh lakukan sebagai langkah berjaga-jaga.

1 thought on “Jom Balik Kampung! Amalkan 4 Langkah Keselamatan Jalanraya Ini, Ya”

Leave a Comment