4 Tips Memilih Ikan Segar Di Pasar. Pilih, Beli & Simpan!

Tips Memilih Ikan Segar Di Pasar

Andaikan kita bukan dari keluarga nelayan dan tinggal di kawasan bandar. Maka kita tiada akses pada ikan segar di jeti. Mahu tidak mahu terpaksa ke pasar untuk beli ikan untuk dimasak. Untung kalau suami teman. Kalau isteri yang ‘indipendent’, dia pergi sendiri!

Kalau bosan makan ayam, boleh juga beralih kepada ikan yang juga memberi sumber protein. Mari kita lihat tips memilih ikan segar di pasar:

Foto Kredit: love-ezy.blogspot.com
Foto Kredit: love-ezy.blogspot.com

1. Mata Ikan

Lihat mata ikan elok-elok. Pastikan mata ikan jernih atau kebiruan dan ada lendir lagi.Ini baru segar! Yang penting beli yang ikan matanya merah. Ini selalu kita dapati di pasaraya besar dan ‘hypermarket’ yang jual macam ‘nak tak nak’.

2. Insang Ikan

Tengok insang ikan dan pastikan masih lagi merah serta berlendir. Kalau nampak kekelabuan, ternyata ia ikan lama yang dibekukan.

Foto Kredit: romyelnino.wordpress.com
Foto Kredit: romyelnino.wordpress.com

3. Isi ikan

Tekan sedikit bahagian badan ikan dengan jari. Pastikan isi ikan pejal dan tidak lembik.

4. Perut ikan

Ini satu lagi. Cuba tekan betul-betul di kawasan perut secara perlahan-lahan. Rasa betul-betul. Kalau lembik, jangan beli. Ikan lama!

Ini info tambahan dari kesehatan96.blogspot.com:

Tanda-tanda & ciri-ciri ikan segar ialah:

  • Warna kulit terang dan cerah.
  • Daging ikan bila ditekan terasa keras.
  • Mata jernih menonjol dan cembung.
  • Sisik ikan segar masih kuat melekat kuat dan mengkilat, sisik masih utuh tidak banyak yang lepas.
  • Insang berwarna merah
  • Sirip kuat.
  • Kulit dan daging ikan tidak mudah robek, terutama pada bahagian perut.
  • Tidak berbau busuk.

Tanda-tanda & ciri-ciri ikan yang sudah busuk ialah :

  • Mata suram dan tenggelam.
  • Sisik suram dan mudah lepas.
  • Warna kulit suram dengan lendir tebal.
  • Insang berwarna kelabu dengan lendir tebal.
  • Dinding perut lembik.
  • Warna keseluruhan suram dan berbau busuk

Semoga bermanfaat!

Leave a Comment