Tips Temuduga & Interview Kerja Yang Berkesan. Terbaik, Ini Rahsianya!

Tips Temuduga

Antara perkara yang paling ditakuti yang perlu kita tempuhi adalah sesi temuduga untuk pengambilan kerja. Ada yang tidak boleh tidur malam memikirkannya dan ramai yang berasa gemuruh untuk hadapinya. Tetapi jika anda telah bersiap-sedia untuk hadapi temuduga tersebut, anda akan berasa lebih yakin dan selangkah lebih dekat dengan cita-cita anda untuk mendapat kerja impian tersebut.

Ramai yang cukup rungsing apabila mahu pergi temuduga guru, SPA, kastam, polis atau apa-apa sahaja. Percayalah, tidak kira samada anda ingin pergi temuduga kerajaan atau swasta, asas tips temuduga adalah sama sahaja.

Berikut merupakan tips temuduga yang amat berguna untuk kita semua:

1. Persiapan sebelum tarikh temuduga

  • Buat kajian tentang bakal majikan anda dan bisnes mereka

Anda perlu tahu lebih banyak lagi tentang majikan yang anda akan ditemuduga tersebut, bukan sekadar tahu nama syarikat tersebut sahaja. Anda perlu tahu bidang apa yang mereka ceburi, siapakah pelanggan utama mereka dan misi serta visi syarikat tersebut. Kebanyakan daripada maklumat tersebut boleh didapati dari laman sesawang syarikat tersebut. Anda juga boleh Google nama syarikat tersebut dan jika ia merupakan sebuah syarikat ternama, sudah pasti ramai yang bertanyakan tentang syarikat tersebut di dalam forum, blog dan sebagainya.

  • Penampilan diri dan dokumen penting

Selain daripada menyelidik syarikat bakal majikan, sila pastikan anda membuat persiapan yang rapi sebelum tarikh tersebut. Jika anda mempunyai rambut panjang yang agak berserabai, sila potong pendek supaya kelihatan lebih kemas dan rapi. Juga pastikan kuku dipotong pendek dan tidak dibiarkan terlalu panjang. Sijil-sijil pendidikan peringkat menengah, tinggi dan sebagainya dan kalau boleh; buat satu salinan kad pengenalan beserta beberapa keeping gambar pasport bagi memudahkan pihak sumber manusia membuat semakan dan pengesahan.

  • Jangan terlalu stress

Ramai di antara kita terlalu memikirkan tentang temuduga tersebut sehinggakan tidak cukup rehat dan tidak lalu makan. Jika semua persiapan telah dilakukan, tiada apa yang perlu dibimbangkan lagi. Dapatkan tidur yang secukupnya, selidik lokasi temuduga supaya anda tahu bagaimana nak ke situ dan seeloknya alas perut terlebih dahulu.

2. Persiapan semasa temuduga

  • Berpakaian kemas

Bagi lelaki, pilihlah untuk memakai kemeja dan seluar yang berseterika dan juga tali leher atau kot untuk lebih berketerampilan. Bagi perempuan pula, tidak perlu memakai pakaian yang berlebih-lebihan atau yang menjolok mata; cukuplah dengan kemeja dan seluar dan kot yang senang mata memandang. Juga kenakan sedikit mekap supaya kelihatan berseri.

  • Datang lebih awal ke tempat temuduga

Pasti, anda semestinya tidak mahu sampai lambat pada hari temuduga tersebut. Dengan persiapan yang rapi, keluar dari rumahh sedikit awal supaya anda mempunyai sedikit masa terluang, sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Ini adalah satu tips temuduga yang ramai golongan muda tidak ambil peduli tentang masa. Jika lambat, tentu sekali kita tidak ambil serius dengan kerja itu.

  • Jawab soalan dengan tenang

Anggaplah sesi temuduga sebagai sesi suai kenal di antara dua orang yang belum pernah bertemu. Memandangkan anda telah membuat kajian tentang bisnes bakal majikan anda, ceritalah bagaimana anda boleh membantu syarikat berkenaan untuk mencapai misi dan visi beserta dengan kebolehan anda dan kejayaan anda bersama tempat kerja anda sebelum ini.

Biasanya panel penemuduga sudah terlebih dahulu menapis anda daripada puluhan atau ratusan permohonan yang mereka terima; jadi ambil masa ini untuk meyakinkan mereka andalah calon yang terbaik.

Ingat, ini ialah tips temuduga yang sangat penting. Bila mereka nampak anda tenang dan tidak tergopoh-gapah, tentu sekali akan timbul rasa kepercayaan sedari awal.

3. Selepas temuduga

  • Follow-up

Sebaik temuduga tamat, seeloknya ucapkan terima kasih kepada penemuduga dan tanya bila anda boleh dapatkan jawapan dari pihak mereka. Apabila tiba tarikh tersebut, anda boleh menelefon mereka untuk maklumbalas.

  • Usah berharap

Ini satu lagi tips temuduga yang penting. Usah meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada sesuatu pekerjaan yang kita idam-idamkan. Bila terlalu tinggi harapan, hati akan berkecamuk jika tiada panggilan. Barangkali sudah tertulis, rezeki di syarikat tersebut bukan milik kita.

Harap kami

Semoga tips temuduga ini diharap dapat melancarkan proses temuduga dan semoga berjaya dapatkan pekerjaan yang anda idamkan. Jangan buat muka blur jika penemuduga mula bersuara, “Please introduce yourself“.

Ingat, bila dapat gaji pertama, jangan lupa belanja ibu-bapa dan keluarga sebagai tanda penghargaan kita.

Semoga berjaya dalam kerjaya yang anda pilih!

2 thoughts on “Tips Temuduga & Interview Kerja Yang Berkesan. Terbaik, Ini Rahsianya!”

  1. Tips yang amat bermanfaat untuk clon temuduga.

    Tips tambahan,sebelum masuk ke bilik temuduga kawal pernafasan anda.

    Tarik nafas dalam – dalam .

    Lepaskan nafas dengan kadar yang perlahan dan senyumkan bibir, tumpukan perhatian dan melangkah dengan penuh yakin.

    Katakan dalam hati yang anda boleh lakukannya

    Reply

Leave a Comment