5 Cara Tipu Sunat Ketika Travel Di Luar Negara

Sesekali membaca pengalaman mereka yang ditipu ketika travel ke luar negara memang menakutkan. Tak terbayang jika perkara yang sama terjadi pada diri sendiri. Sudahlah jauh di tempat orang, tak tahu nak harapkan bantuan sesiapa.

Sebab itu, ada kalanya kita perlu tipu sunat!

Isshh tak baik tau menipu walaupun tipu sunat dan walaupun niat kita baik.

Backpacker Muslimah
Foto Kredit: Instagram irmaswns

Ok bukan tipu.

Cuma elakkan daripada berkata terlalu benar dan jujur pada orang yang tidak kita kenali. Sebab orang akan mengambil kesempatan daripada info yang diperoleh daripada kita.

Jadi, jika kita di luar negara dan ditanya soalan-soalan berikut, ini jawapan yang boleh digunakan:

1. Adakah ini kali pertama melawat ke sini?

Selalunya soalan ini akan ditanya ketika anda menaiki teksi di lapangan terbang. Bukan perkara asing jika ada yang mengambil kesempatan dengan membawa anda ke laluan yang jauh untuk ke destinasi.

Untuk mengelakkan daripada ditipu, katakan yang anda sudah beberapa kali datang dan sudah biasa dengan jalan di situ.

2. Adakah anda tahu nama tempat penginapan dan lokasinya?

Jika ada yang menunjukkan minat terhadap anda dan mula bertanya mengenai tempat penginapan, elak memberi nama hotel. Bagaimana pula jika anda sesat dan hadapi masalah mencari hotel yang anda bermalam?

Gunakan alasan yang anda ingin berjumpa kawan di sekitar hotel itu dan memerlukan direction ke sana.

3. Anda faham English?

Jika was-was untuk berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali, pura-pura anda tidak tahu bercakap English. Guna sahaja bahasa kebangsaan kita hingga jadi perbualan seperti ayam dan itik. Percayalah mereka akan putus asa dan tidak lagi mengganggu anda.

Dan jika anda muslimah solo backpacker.

4. Adakah anda masih single?

Elak jadi perhatian lelaki-lelaki tempatan yang mata keranjang dengan mengakui anda masih bujang. Nanti ramai yang offer diri menjadi teman sepanjang anda di negara mereka.

Jika mereka mengetahui anda sudah berpunya, mereka tidak akan mengganggu atau mengikuti anda.

Cakap sahaja, “Saya sudah berpunya dan akan berkahwin tidak lama lagi. Mohon tidak ganggu saya!”.

5. Adakah anda bersendirian?

Perempuan dan bersendirian memang jadi target mereka yang punya agenda kurang baik. Katakan sahaja yang anda tidak keseorangan dan sedang menunggu teman anda di satu tempat.

Semua traveller di luar sana,

Cara tipu sunat
Foto Kredit: muslimbackpackerseoul.com

Tak semua orang di sekeliling kita baik. Dan tak semua juga jahat. Di mana jua kita berada, kena beringat! Meskipun sedikit kecuaian, namun impaknya boleh menjadi besar kerana kita bukan di negara sendiri.

Leave a Comment