Video Inspirasi Berbuat Baik Kepada Orang Lain & Sesama Kita, Balasan ‘Cash’

Kadang-kadang kita tidak sedar pertolongan kita yang kecil itu, sungguh besar pada yang menerimanya. Tidak perlu meminta-minta balasan atas perkara baik yang kita lakukan. Rujuk hadith di bawah, sumber dari Jakim.

Tolong-menolong Untuk Kebaikan dan Ketakwaan

Riwayat: at-Tirmizi
Kategori: Akhlak

Hadith:
Daripada Abu Abdul Rahman Zaid bin Khalid Al-Juhaniy RA katanya, Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang menyediakan kelengkapan orang yang berperang fisabilillah sesungguhnya samalah seperti dia sendiri pergi berperang, dan sesiapa yang mengganti orang yang keluar berperang untuk menjaga anak isterinya maka sesungguhnya samalah seperti dia sendiri pergi berperang”.

Huraian Hadith:

  • Segala niat suci dan amal baik akan diberi pahala lebih-lebih lagi pahala akan diberi kepada orang yang berperang pada jalan Allah.
  • Tolong-menolong ke jalan kebenaran itu adalah merupakan satu tugas yang disuruh oleh Islam.
  • Takutilah perkara yang mungkar kerana ia membawa kepada kerugian sama ada di dunia atau akhirat.
  • Sesiapa yang membantu seseorang Muslim untuk berjihad dengan menyediakan keperluan musafirnya atau menjaga dan membiayai anak isterinya semasa ketiadaannya akan mendapat ganjaran seperti orang yang pergi berjihad itu, dan sama seperti membantu orang yang berjihad ialah orang yang membantu dalam apa-apa kebajikan.
  • Kewajipan berjihad tidak terbatas kepada satu golongan manusia, malah kewajipannya itu mencakupi semua individu dalam masyarakat Muslim, kerana setiap orang boleh mengambil bahagian dengan menyertai peperangan atau mendermakan hartanya atau kedua-duanya sekali.

1 thought on “Video Inspirasi Berbuat Baik Kepada Orang Lain & Sesama Kita, Balasan ‘Cash’”

Leave a Comment