Wanita Hamil, Awasi 8 Penyakit Berjangkit Ini

Tubuh manusia mudah terdedah kepada jangkitan penyakit. Namun, apa yang membezakan adalah kekuatan antibodi individu itu melindungi dirinya daripada dijangkiti.

Kenapa Wanita Hamil Mudah Dijangkiti Penyakit Berjangkit?

Kanak-kanak dan warga tua biasanya mudah dijangkiti kerana mempunyai antibodi yang lemah.

Begitu juga wanita hamil. Ini kerana apabila mengandung, berlakunya perubahan hormon dan ketidakseimbangan sistem badan.

Semakin dekat dengan hari bersalin, lebih banyak kemungkinan untuk dijangkiti penyakit, lebih sulit jika terdapat pelbagai komplikasi pada diri dan anak dalam kandungan.

Jadi wanita hamil perlu kenali 8 penyakit berjangkit ini.

susu lembu atau susu kambing
Foto Kredit: justinhealth.com

8 Risiko Penyakit Berjangkit Kepada Wanita Hamil

1. Hepatitis B

Antara penyakit yang sering menyerang wanita hamil dan jika dijangkiti virus Acute Hepatitis B boleh menyebabkan sakit kuning pada bayi dan serta kelahiran pra-matang.

Ambil imunisasi Hepatitis B sebelum merancang kehamilan.

demam kuning bayi
Foto Kredit: gspkdesign.ltd.uk

2. Hepatitis C

Simptom pertama penyakit ini adalah mual-mual namun ia susah dikenal pasti kerana muntah dan mual adalah perkara normal yang dialami oleh wanita di awal kehamilan.

3. Jangkitan Salur Kencing

Bakteria yang hidup pada kulit, kemaluan atau dubur masuk ke dalam tubuh melalui saluran kencing.

Bakteria ini hidup dalam pundi kencing dan membiak sehingga banyak serta boleh menimbulkan komplikasi pada buah pinggang.

Menjaga kesihatan buah pinggang
Foto Kredit: prezi.com

4. ‘Sexually Transmitted Disease’ (STD)

Wanita hamil mempunyai kemungkinan besar untuk dijangkiti STD. Ia berjangkit melalui hubungan kelamin bersama pasangan.

Berita buruknya, tiada simptom khusus untuk mengenal pasti jika dijangkiti.

5. Demam cacar air

‘Chicken pox’ atau cacar air sebenarnya jarang berjangkit pada orang dewasa yang pernah mengidap demam cacar air. Bagi yang tidak pernah dijangkiti sebelum ini, peluang untuk dijangkiti agak besar.

Jadi, ibu hamil perlu berwaspada kerana jika dijangkiti, ia boleh menyebabkan komplikasi pada tumbesaran anak.

penyakit berjangkit wanita hamil
Foto Kredit: mamma.no

6. Genital Herpes

Disebabkan oleh virus Herpes Simplex, ia berjangkit melalui sentuhan alat sulit atau seks oral bersama pasangan yang dijangkiti penyakit itu.

Jika dikesan awal, ia boleh dirawat namun jika terlambat, Cesarean perlu dilakukan sewaktu kelahiran untuk mengelakkan virus berjangkit pada bayi.

7. Rubella

Penyakit seperti selesema ini menunjukkan simptom sakit mata dan peningkatan suhu badan.

Jika dijangkiti, bayi yang menerima kesannya iaitu hilang penglihatan dan pendengaran.

Merangsang IQ bayi dalam kandungan
Foto Kredit: thetimes.co.uk

8. Group B Streptococcus

Meskipun penyakit ini jarang berjangkit, ia meninggalkan kesan buruk pada perkembangan tumbesaran bayi.

penyakit berjangkit
Foto Kredit: health.usnews.com

Sebab itu,

Wanita hamil perlu peka dengan dirinya sewaktu kehamilan. Amat penting untuk mengenali dan mengetahui simptom penyakit-penyakit di atas agar dapat melindungi diri dan bayi dalam kandungan.

Rawatan awal juga boleh dilakukan secara tak langsung dapat menyelamatkan nyawa dan bayi.

Leave a Comment